Wednesday, December 27, 2017

Rebut hadiah menarik sempena Year End Giveaway by Husnieyhusain!

Haluu Assalamualaikum semua! Eh tup tup dah hujunng tahun dah kita ni, lagi beberapa hari je lagi nak melangkah ke tahun 2018. 

Dah prepare ke korang. Mesti 2018 ni ramai geng sebaya aku akan menamatkan zaman bujang, ada yang akan dapat baby, ada yang dapat kerja tetap, ada yang tamat belajar dengan cemerlang. Semoga kita dapat meraih kejayaan ikut paksi masa kita sendiri. 

Kejayaan setiap orang berbeza. Apapun, didiklah diri agar selalu merasa cukup dengan rezekinya, kerana disitulah terletaknya kebahagiaan hati.

Baiklah panjang pula bebel. Actually entry kali ini aku nak ajak korang join Year End Giveaway yang dianjurkan oleh rakan blog aku Husniey Husain~! Dah join ke belum, mari lah beramai-ramai join, hihihi.

Ikutkan hati aku pun nak join korang rebut hadiah giveaway ni yang cukup lumayan. Hahaha apakan daya kali ini aku kena kasi chance kat korang untuk menang sebab aku jadi salah sorang penaja giveaway ni. Yay~! Meh-meh join ramai-ramai tau.

Giveaway ni tak lama tau, sampai 5 January 2018 je, haha. Sebab weols tak sabar nak bagi hadiah kat korang cepat-cepat. See tengoklah betapa semangat penganjur dan penaja ni, haha. Korang support tau!

Untuk maklumat lanjut dan nak tengok senarai hadiah, klik banner dibawah. Terima kasih & Good luck untuk semua~!

Klik Untuk Join


Follow

Sunday, December 24, 2017

Iqram Dinzly atau Prince Dinzly Chiki Chiki boom Boom?

Sekarang kecoh isu Iqram Dinzly pulak kan... Korang ni kalau bab viralkan benda pelik laju je kan. Aku yang sibuk-sibuk kat tempat kerja pun sempat lagi dengar sikit-sikit je pasal cerita pasal Iqram Dinzly , Prince Dinzly Chiki Chiki Boom Boom, Cumi cumi Muah Sikit, etc tapi aku tak faham pun sangat apa jadi.

Sampailah aku tengok sendiri video yang tersebar kat facebook. Oooo baru aku faham kenapa isu ni kencang sangat.

Netizen ni memang, kalau benda pelik atau bodoh suka lah diorang. Tak faham aku.

Ok then dia ada mengaku yang semua yang dibuat ni cuma strategi untuk menarik perhatian netizen sebab lepas ni dia nak fokus dengan bisnes dia. 
"Sekarang ini saya sengaja 'selerakkan' diri saya selepas itu saya akan 'cantum-cantumkan' semula dan jadi diri yang lebih baik. Saya undur diri dari bidang seni lakon, namun saya akan beri tumpuan pada bidang perniagaan yang berkaitan dengan seni pula.
Ketika dimaklumkan tentang reaksi masyarakat mengenai videonya yang tersebar kini, Iq tidak menafikan bahawa pada mulanya dia tertekan selepas kematian ayahnya. "Dulu ya tertekan sedikit tetapi sekarang tidak lagi. Saya kena jaga Mama saya.  Jangan bimbang saya masih waras," tegasnya. ---SUMBER

Prince Dinzly

Penjelasan dah diberi. Kalau nak percaya ke tak percaya ke terpulanglah, tapi ingat jangan ambil kerja Tuhan untuk judge dia.

My personal opinion pasal isu ni, korang jangan seronok sangat tengok orang jadi macam tu. Kalau korang rasa dia tak waras, korang tu waras sangat ke tengok live video dia sambil maki dia, provok dia.

Yaa Tuhan, dimanakah akal fikiran yang diberikan pada korang tu...

Kalau korang rasa dia sakit, perlu bantuan, dan korang mampu untuk bantu, jadi BANTULAH. Kalau tak mampu, doa untuk dia. Please la jangan provok dia, sebab kita tak tahu apa dalam hati dia, apa yang ditanggung dia sampai jadi macam tu.

Kalau tak ada apa yang baik nak cakap, lebih baik diam. Takut perkataan buruk kita tu penyebab kita ke neraka je.

Korang yang aku maksudkan dalam entry ini adalah khas kepada makcik pakcik bawang yang suka sibuk hal orang pastu kecam pastu maki. Bawak-bawak bertaubat lah ye.


CUMI CUMI MUAH CIKIT , ahaks.

Follow

Monday, December 4, 2017

Cintaiku Kerana-Nya


"Awak tahu? Ada seseorang tanya kenapa awak nampak teruk sekarang? Kurus, cengkung."

Aku pandang dia. Menunggu sambungan kata-katanya. 

"Saya cakap biarlah, awak kan sakit. Memanglah jadi kurus." Sambungnya terus. "Kemudian orang tu tanya, Kong, takmau ke cari baru ke?"

Aku yang mahu tersenyum langsung terus padam. "Habis awak jawab apa?"

"Saya jawab kalau asyik cari yang sempurna, kita takkan dapat jumpa. Fizikal yang cantik belum tentu hati budinya cantik. Yang gemuk tak selamanya gemuk, yang kurus tak selamanya kurus, yang cantik tak selamanya cantik. "




Jeda.

"Awak pernah terfikir tak untuk tinggal saya?" Tanyaku walau aku tahu mungkin jawapan yang aku akan terima akan memedihkan.

"Tak pernah terfikir macam tu Mai. Saya happy sangat dengan awak Mai. Saya selalu bersyukur dapat jumpa awak."

Akhirnya aku dapat tersenyum. Aku tidak mendesaknya tentang siapa yang berkata pahit tentangku itu, kerana mengetahui itu cuma akan membuatku membenci seseorang yang aku kenali.

Aku harap dia itu mendapat kasih sayang yang dia perlukan dan kebahagiaan sendiri. Tidak perlulah perlu menghancurkan hubungan yang kami jaga selama 6 tahun ini.

Tidak perlulah hancurkan harapan aku yang mungkin berharap terlalu tinggi walau pada matanya aku tak layak mungkin.

Ya orang sakit tak layak bahagia kah?

Terima kasih Allah, kerana menghadirkan orang yang baik hati untuk mencintai kelebihan dan kelemahanku. Kebaikan dan keburukan yang ada pada diriku. Mencintai diriku kerana-Allah.
Kepada tunangku yang paling aku sayang, cintailah aku keranaNya, kerana cinta keranaKu akan penuh kekurangan yang akan kau temui. 


Follow