Tuesday, April 24, 2018

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim


Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim


Biarpun muka melayu jangan main-main dengan lidah Korea aku, gitchewww. Hahaha, selain minat dengan drama Korea, aku juga peminat makanan korea tau. Ada beberapa restoran korea berhampiran aku, tapi kali ini aku memilih untuk review restoran Korea Uri Jeju Kulim sebab aku dah jatuh hati dengan makanan disitu.

Selain harga yang paling murah antara restoran Korea lain (hahaha bijak berbelanja bukan kedekut), sebab lain yang buat aku suka dengan Restoran Korea Uri Jeju Kulim ni adalah semua makanan boleh delivery kat kawasan Kulim sampai ke pintu rumah/office! Daebakk, kadang-kadang bila lapar kat rumah atau office, aku whatsapp je diorang, lepastu tadaaa, makanan kegemaran sampai depan mata.

Kalau taknak delivery, nak makan kat restoran terus pun boleh. Lokasi restoran Korea Uri Jeju ni DALAM Restoran Rasa Ayamas Kulim. Restoran Rasa Ayamas yang kat area Pasaraya Minat tu, ala orang Kulim mesti tahu punya. 

Lepas tiga kali beli makanan dari situ, baru tergerak hati nak review untuk korang. Yelah benda baik mana best makan sorang, sharing is caring kan...

Rabokki - RM15 

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Ramen + Tteobokki = Rabokki

Rabokki adalah gabungan Ramen dan Tteobokki (Korean rice cake). Maafkan flash camera aku yang buat ramen nampak macam laksa tu, hahaha. Over lighting pulak. 

Oleh sebab aku minta extra spicy, korang boleh bayanglah kot level pedas tu macam mana, hahaha. Tebal bibir haa, dah la masa ni kat tempat kerja, nasib boleh control dari sembur kat customer. Hahaha.

Memang sedap dan puas hati. Kalau korang takut pedas, janganlah gatal order extra spicy, ambik yang biasa je pun dah okay.

Oleh sebab aku tak lalu jeruk apa entah yang warna kuning tu, so aku pun pesan siap-siap minta dia jangan letak. Masam ya amat rasa dia. Kimchi pun masam juga, tapi tak tau kenapa yang Kimchi aku boleh telan pulak. Hahaha tekak memilih.

Cakap pasal tteobokki, tu memang antara favorite aku. Aku suka benda kenyal-kenyal, macam rice cakes, mochi, kuih abuk-abuk (tetiba selit). Dah la tteobokki ni favorite kan, pastu banyak pulak tu dia bagi untuk aku! Nyum nyum! Senyum sampai ke telinga lah.

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Inilah Tteobokki tu, rasa asal tawar je tapi bila kena dengan kuah dia memang umphh.
 Berapa bintang nak bagi? Sedap +1, Puas Makan +1, Cukup Rasa +1, Servis +1 , Kenyang +0.5, jadi 4.5/5 bintang! Hahaha tak kenyang sebab aku perut tangki, kalau korang yang perut normal insyaAllah kenyang lah kot, haha.

4.5/5 ☆


Bibimbap - RM15 

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Bibimbap = 'Nasi Campur'
Bibimbap bermaksud "nasi" "campur". Ya secara literally, memang nasi yang dicampur gaul sampai sebati semua. 

Cara makan adalah gaulkan nasi bersama bahan-bahan. Macam yang diberi adalah kepingan seaweed, jeruk, timun jepun, kimchi, sosej, carrot, dan bijan. Gaul-gaul sekali dengan kuah tu sampai puas hati baru boleh ngapp!

Nasi yang digunakan untuk Bibimbap bukan nasi putih biasa kita makan tu. Mungkin guna beras khas kot, rasanya nak macam nasi sushi tu, liat-liat sikit. Ok yang ni memang kenyang gila makan, maybe sebab nasi jenis tu kot buat perut rasa mampat dengan cepat.

Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Seaweed tak pernah tak sedap! 
Review Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Jatuh cinta dengan kimchi

Ermm berapa bintang nak bagi ni haa... Hahaha. Ok kita kira sama-sama, Sedap +1, Puas Makan +1, Cukup Rasa +1, Servis +1 , Kenyang +1, jadi 5/5 bintang! Yeay! 5 bintang untuk Bibimbap!

5/5 ☆

Sebenarnya ada dua makanan lagi aku duk usha nak try kat Restoran Korea Uri Jeju ni, Jjangmyeon dan Mochi. InsyaAllah tak ada aral nanti aku cuba yang dua tu pulak. Hihi. Untuk menu penuh boleh tengok gambar kat bawah : 

Harga Makanan Restoran Korea Uri Jeju Kulim
Harga makanan di restoran Korea Uri Jeju Kulim

Waktu Operasi

Setiap Hari  | 12 pm - 9 pm


Untuk Maklumat Lanjut / Order Segera 

Whatsapp

Facebook

Instagram

Alamat
Rasa Ayamas, Taman Selasih, 09000, Kulim Kedah

KORANG SUKA MAKAN KOREAN FOOD? SHARELAH FAVORITE KORANG DENGAN MAI!

Follow

Saturday, April 21, 2018

TeddyVille Museum Penang Memang Comel Sangat!




TeddyVille Museum Penang 

TeddyVille Museum Penang

TeddyVille Museum Penang memang comel sangat! Pendapat aku, TeddyVille Museum adalah yang terbaik kalau korang nak bawak anak kecik jalan-jalan atau girlfriend berdating dihujung minggu, hahaha. Confirm diorang akan teruja! Sebab aku yang hati kental pun boleh tukar mood jadi cumi-cumi bila pergi muzium ni haritu, haha.

Ok untuk makluman korang, harga untuk masuk ke TeddyVille Museum ini adalah RM36 dewasa (normal) / RM27 (MyKad), kanak-kanak RM25 (normal) / RM15 (MyKad). Kalau ada kad student & MyKad, korang dapat masuk dengan harga RM22 sahaja. Budak kecik bawah 3 tahun boleh masuk PERCUMA! Yeay!

Lokasinya? Korang boleh guna Waze saja. Muzium comel ini terletak di Ground Floor Hotel DoubleTree Resort by Hilton Penang. So kalau korang dah alang-alang ke Batu Feringghi, bolehlah singgah sini enjoy-enjoy teddy bear yang soooo pluffy! 


Aduh tenggelam kecomelan aku bila bergambar dengan si comel ni. Hahaha besar betul saiz teddy bear kat sini,dan gambar kat atas ni adalah teddy bear terbesar kat muzium ni. Haha. Jangan lepaskan peluang untuk bersandar manja dengan sigebu ni masa nak bayar tiket masuk nanti.

Bukan sekadar disajikan dengan teddy bear yang comel-comel saja, kita dapat tahu sedikit sebanyak asal usul teddy bear & sejarah PENANG dengan cara paling comel sekali! Hihi.

 🐻 Sejarah Teddy Bear 🐻




Rupanya, Teddy Bear pertama wujud di German tau, kemudian barulah tersebar ke USA. Akhirnya, terus keluar variasi teddy bear yang makin hari makin comel dan gebu. Kalau tengok teddybear dulu ada yang creepy semacam, ahaha, tak tahu macam mana budak boleh sayang, lol. 



♫ 
I don't want to be your tiger
Cause tigers play too rough
I don't want to be your lion
Cause lions ain't the kind you love enough
I just want to be, your teddy bear
Put a chain around my neck and lead me anywhere
Oh let me be (oh let him be)
Your teddy bear  - Elvis Presley

Pernah dengar tak lagu Teddy Bear by Elvis Presley, haha. Teddy bear biru itu adalah untuk memperingati Elvis. So rock and roll bebehhh.



So ini pula adalah the original Winnie The Pooh & Piglet kawan baik dia tu. Lain kan dari kartun harini? So versi mana yang korang suka?

Selain dari Elvis dan Winnie, ada banyak lagi patung-patung bersejarah yang dipaparkan kat situ, tapi dalam kaca lah. Takut korang picit-picit mau bersepai kat situ, maklumlah ada yang dah berusia beratus, berpuluh tahun.

🐻 Kenali Malaysia dengan Teddy Bear 🐻





Ini gambaran ketika Captain Francis Light tiba di Fort Cornwallis, hahaha sejarah tak pernah rasa secomel ini! Sempat lagi bergambar dengan Captain Francis Light, hihihi. 




Selain tu ada juga beberapa budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dipaparkan dalam versi mini Teddy Bear yang cute sangat. Secara tak langsung tourist boleh kenal Malaysia dengan lebih dalam lagi.






 🐻 Penang Syurga Makanan 🐻

Hahaha, kalau datang Penang tak pergi makan street food memang rugilah sebab makanan yang sedap-sedap belaka adalah antara daya penarik di Penang. Tak percaya tengok Teddy Bear ni, haha.




 🐻 Penang & Pantai Tak Dapat Dipisahkan 🐻




 🐻 Tokoh Terkenal yang Berasal Dari Penang 🐻

Tahukah korang, ada antara tokoh & legend Malaysia yang lahir dari Penang. Bangga pula diri yang juga IC 07 ini, haha.

Tan Sri P.Ramlee adalah lagenda yang lahir di Penang!

Jimmy Choo juga tokoh yang lahir di Penang yang berjaya mencipta nama di arena antarabangsa

 🐻 Mencipta Kenangan dengan Group Photo di TeddyVille 🐻




LOL bunga besar tu nak tutup perut boncit je, kahkahkah. Sabo jelah, salah posing sikit hancus hasilnya. Kahkahkah salahkan posing padahal makan tak ingat dunia.

Okaylah aku tutup cerita indah di TeddyVille Museum Penang yang comel sangat! Kang lagi banyak cerita, lagi banyak gambar, hang pula blog aku. Haha.

Jadi kalau korang nak rasakan sendiri kecomelan muzium TeddyVille kat Penang ni, bolehlah singgah nanti. Buka setiap hari, 9pagi sampai 6petang sahaja.

Maklumat Lanjut:

Alamat
Penang TeddyVille Museum
Ground Floor (inside the building)
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia.

E-mail
beary@teddyvillemuseum.com

Facebook


Follow

Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box)


Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box) | Sebut pasal Penang, kita tahu memang terkenal dengan banyak art museum. Antara art museum yang menarik di Penang ni mestilah Ibox Glass Museum, muzium kaca pertama di Malaysia! So aku & the gang pun ambil kesempatan masa 'first gathering' kami kat Penang haritu untuk rasai sendiri pengalaman masuk glass museum Penang (I-Box) ni.

Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box)
Dari kiri : Mellya, Mai, Olivia, MR.BOWIE (the founder), Lia, Busyra, Yana

I-Box Glass Museum ni terletak kat area Georgetown Penang, nak senang boleh guna waze je untuk sampai. Parking agak terhad kat kawasan sini, tapi jangan risau sebab je banyak ruang nak park kereta berdekatan, kena jalan sikitlah dan pastikan ada kupon parking untuk elakkan kena saman.

Kedatangan kami kat situ disambut oleh founder Glass Museum tu sendiri, Mr.Bowie. So thanks to Mr.Bowie yang sudi iringi kami menjelajah glass museum dan mengutip macam-macam ilmu tentang seni dengan kaca. Siapa sangka macam-macam hasil seni dapat dicipta dari sekeping kaca kan. Jujur cakap, memang lepas masuk muzium ni mengubah perspektif aku tentang kaca ni.

I-BOX , Museum Of Glass Penang


Tahu tak korang yang Glass Museum Penang ni dua kali dapat masuk Malaysia Book of  Records. Awesome !!! 

Pertama kali dapat masuk Malaysia Book of Records adalah sebab I-Box is the first glass museum in Malaysia! 

Kemudian salah satu karya seni dari muzium ini juga tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai The Longest Glass Batik Painting yang terpanjang dalam dunia!

So, jomlah aku nak tunjuk sikit apa yang menarik kat situ, hihi.

Longest Batik Motive Glass Painting

Longest Batik Motive Glass Painting ni la yang aku cakap dah pernah tercatat dalam Malaysia Book of Record tu. Mana tidaknya, lukisan ini bersaiz 12 meter panjang, dan 1.5 meter tinggi. Memang besar betul.

Bayangkanlah kesusahan nak ukir corak batik diatas sekeping kaca. Kalau salah, mana boleh repair dah, melainkan buat balik semula atas kaca yang baru. Kagum dengan kegigihan si pengukir tu.

Longest Batik Motive Glass Painting
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan ukiran batik terpanjang di dunia!


Sudut Fakta Tentang Ukiran Kaca

Ada beberapa keratan akhbar dan pengenalan tentang ukiran kaca yang korang boleh baca sendiri kat ruangan ni. Jangan risau kalau malas baca sebab akan ada guide yang tolong terangkan serba sedikit dengan bidang pengukiran kaca.

Yang paling aku tertarik kat situ adalah asal usul muzium kaca ni sendiri. Bayangkanlah dari sekecil-kecil rumah, akhirnya tersergam sebuah muzium kat situ.

Antara pesanan Mr.Bowie, founder I-Box Glass Museum Penang yang paling aku ingat sekali adalah, "Jangan hiraukan mulut orang, cari apa yang kamu suka, buat apa yang kamu suka, dan buat betul-betul." Lebih kurang gitulah, point sama, ayat aku hentam je, hahahaha (maafkan short term memory aku).

Asal Usul Muzium Kaca Penang

World Of Avatar

World of Avatar ni ruang gelap yang penuh dengan ukiran kaca yang glow in the dark gitu. Tapi bestnya, warna-warna background ni bertukar-tukar tau.

Kalau korang pernah tengok movie Avatar, haa rasa macam masuk dalam alam tu pulak, hihi. Cuma takda "Jack Sully" dalam tu, haha.

Alaa gambar terlebih cahaya pulak, hancur imaginasi Avatar aku

Interactive 3D Glass Mural

Kat sini bolehlah korang berposing sakan ikut imaginasi kreatif memasing. Kalau tak pandai posing, guide akan tolong korang beraksi, haha. 




Acah-acah bidadari jatuh kebumi gitcheww. Hahaha. Oppss bukan sejenis fallen angel :P . Mohon abaikan kebuncikan pewutt aye...





 DIY Glass Souvenir

Ok selepas sesi bergambar semua tu, kita akan diberi peluang bereksperimen pula dengan seni diatas kaca. Ambikkk, time ni baru kutahu langit tinggi rendah. Hahaha. Susah weh, tambah-tambah aku jenis tak kreatif + tangan pun cemerkap. Adoi.




Of course akan ada orang yang guide kita dari awal sampai akhir. Hahaha. Nak tahu cara nak buat ukiran atas kaca ni, korang kena pergi sendiri, haha. Cuma kalau nak hasil yang cantik, fikirlah siap-siap korang nak lukis apa atas kaca korang nanti.

Hasil ukiran kami semua, hehehe. Purple for life!


Ok actually banyak lagi gambar menarik boleh ditangkap tapi aku taknak tunjuk semualah, sebab nanti tak suprise untuk korang yang belum berkesempatan untuk pergi. Nanti kalau ada plan nak travel ke Penang, jangan lupa masukkan I-BOX Glass Museum Penang dalam list wajib terjah tau!

Harga Tiket

Pemegang My Kad
RM18 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak 3-12 tahun)

Non My Kad
RM23 (Dewasa) & RM13 (Kanak-kanak 3-12 tahun). 

Alamat
Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆
6, Jalan Burma, 10050 Penang Malaysia

Website

Facebook

Instagram




Follow

Wednesday, April 18, 2018

Kerja Sebagai Receptionist Hotel


Aku pernah cerita pasal pengalaman bekerja sebagai Hearing Consultant tapi sebenarnya aku tak bertahan lama pun kat situ sebab rasa dipergunakan bila kos nak kursus aku kena keluarkan duit sendiri (dan lebih banyak dari sebulan gaji). Aku memang nak kerja, tapi takdalah terdesak sampai rela dipergunakan syarikat-syarikat besar kan.

Selepas ambil keputusan untuk kembali menganggur, tiba-tiba aku dapat call dari sebuah hotel ni untuk pergi untuk tawaran kerja sebagai receptionist. Bagai orang mengantuk disorong bantal lah masa tu, aku terima tawaran tu dan alhamdulillah bermulalah hidup aku sebagai seorang receptionist hotel, atau nama melayu, "Penyambut Tetamu".

Kerja Sebagai Receptionist Hotel

Kerja Sebagai Receptionist Hotel 

Alhamdulillah, sebenarnya dah 10 hari jugalah aku jadi seorang receptionist ni. Itulah sebab blog aku macam terabai sikit dua tiga menjak ni.

Aku perlukan sedikit masa untuk adapt dengan jadual hidup yang baru. Tapi orang malas memberi alasan kan, aku tabik betul dengan blogger bekerjaya yang boleh consistent update blog. 

Job scope receptionist ni takdalah berat pun, cuma perlu register check in, check out dan uruskan booking bilik melalui telefon je. Tapi bagi seorang yang introvert, agak mencabar bila kena pasang 'topeng' muka yang ceria setiap hari ditempat kerja terutama bila berhadapan dengan guests, haha.

Menariknya, aku seorang je receptionist melayu kat situ tau, yang lain Chinese. Tapi takda gap perkauman pun, sebab diorang sangat helpful & mesra. Alhamdulillah, bila tempat kerja dikelilingi orang positif, kita pun jadi happy nak kerja.

Sebab dah terbiasa jadi kuli kat mall, kerja jam 9 pagi sampai 11 malam setiap hari, bila dapat kerja yang 8 jam ni, rasa relax ya amat pulak. Rasa baru duduk dah boleh balik, haa kau hiperbola gitcheww. Bestnya lebih banyak masa aku boleh luangkan dengan family & kucing!

Degree in Biomolecular Science tu boleh letak tepi dulu. Aku rasa sekarang aku patut bina soft skills dan cari pengalaman sebaik mungkin. Nak buat macam mana, nak tunggu dapat kerja setaraf sijil, memang susah zaman sekarang ni. Bukan aku je, ramai juga kalangan kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Kami tak memilih pun, tapi rezeki belum sampai.

Prinsip aku, apa sahaja yang kita buat, buat sungguh-sungguh. Alhamdulillah bos cakap aku cepat pickup, so point 'fast-learner' dalam resume tu tepat lah kan, haha. Semoga aku disenangi bos & rakan-rakan staff kat sini.

Gaji sebagai receptionist ni tak banyak pun, tapi tak sikit juga. Cukup makan la kata orang. Paling best sebab OT gaji darab dua k. Asikkkk!

Cabaran pula, ada night shift sebab kaunter reception ni open 24 hours kan. Bila kerja malam zaman 2018 ni, aku tak takut hantu pun, tapi aku takut dengan kejahatan manusia. Semoga Allah terus melindungi aku dari anasir-anasir jahat.

Doakan aku ye. Aku harap korang pun terus dimurahkan rezeki dunia akhirat. 


Follow

Tuesday, April 17, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Alhamdulillah, sekali lagi Kak Siqah buat GA untuk kita join beramai-ramai. Kalau GA anjuran Kak Siqah ni, aku wajiblah join sebab hadiah semua best-best.

Hadiah utama untuk GA ini adalah tudung dUCk Matte Satin Silk yang diberi nama Love Letter. Curlass betul, hahaha, aku tak pernah pakai merasa pakai scarf mahal yang ekslusif lagi, so why not mencuba nasib mana tahu rezeki kan?

Hadiah kedua menawarkan sebuah buku berjudul Love & Happiness by Yasmin Mogahed. Kalau pernah baca review kak Siqah mengenai buku ni, mesti korang pun tahu yang ini antara buku favorite beliau. Buku yang boleh boost motivasi diri, I need one!

Hadiah ketiga adalah Stuff-It Notebook in Blush. Aduh yang ni pun lawa level infinity. Aku nak juga!!!Tapi takut sayang nak guna pula nanti, haha. Tapi nak!!! Kehkehkeh. Siap ada zipper pocket lagi notebook ni. Awesome!

♡♡♡

Ok done pasal GA. Kak Siqah ada tanya pendapat mengenai blog www.siqahiqa.com. Aku bab komen-komen blog orang memang semangat, hahaha. 

Sebenarnya tak tau nak komen apa sebab aku bila masuk blog seseorang, aku perhati template je. Template blog kak Siqah mmg selalu gorgeous. Dan rasanya blog kak Siqah satu-satunya yang post penuh body, takde sidebar. Unik betul.

Aku pernah ada kenangan buruk pakai template berbayar ni, maybe sebab template murah kot, atau salah seller yang tak berkualiti kat Etsy. So kalau kak Siqah free + rajin nanti, boleh tak saya nak request post pasal tips pilih template premium kat Etsy yang gorgeous dan berkualiti (mesra SEO terutamanya). 

Hihi. Orang suruh komen, dia request-request pulak, hahaha, harap penyertaan GA tak ditolak :P.

Apapun, good luck semua yang join.



Follow

Friday, April 6, 2018

A song to match my mood!



"Real Friends"


No, I think I'll stay in tonight
Skip the conversations and the "oh, I'm fine"s
No, I'm no stranger to surprise
This paper town has let me down too many times
Why do I even try? Give me a reason why
I thought that I could trust you, never mind
Why all the switching sides? Where do I draw the line?
I guess I'm too naive to read the signs

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

I stay up, talkin' to the moon
Been feelin' so alone in every crowded room
Can't help but feel like something's wrong, yeah
'Cause the place I'm livin' in just doesn't feel like home

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town

(Lookin' for some real friends)

I just wanna talk about nothin'
With somebody that means something
Spell the names of all our dreams and demons
For the times that I don't understand
Tell me what's the point of a moon like this
When I'm alone again
Can I run away to somewhere beautiful
Where nobody knows my name?

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
But I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town, yeah

♡♡♡

Mood nak keluar town dengan my girls, to have good time & good conversation. Hihihi. Seriously I can't wait for 7th April 2018!

♡♡♡
Disclaimer
 Entry ini adalah sebahagian daripada 30 Challenges in 30 Days. Boleh klik SINI untuk join saya!


Follow

Thursday, April 5, 2018

What makes you different from everyone else?



What makes you different from everyone else?

#MyOtakSeminit

You better don't underestimate the ability of my otak seminit. Hahahaha. Aku boleh balik kenduri bawak anak buah mandi air terjun pakai baju kurung, sebab awal tak prepare pun, sebab tak cadang pun. Yelah inilah fungsi otak seminit yang suka buat keputusan tiba-tiba dan lantakkan jelah apa nak jadi pun.


#iDontLikeKids

Yes, I'm not the typical gegadis yang bila nampak budak then terus "cumi cumi cium cikit". No, no, no. Kecuali budak tu berjaya menambat hari aku macam berambut kerinting (haha i love people with curly hair!), ataupun baik gila behave. Aku pernah belanja entah anak sapa kat Tesco masa beratur kat cashier, dia nak coklat cadbury yang duk susun di tepi cashier tu and of course mak dia marah dia suruh letak balik. Aku tengok dia letak balik tanpa melawan, terus aku grab sebungkus dan bayar then bagi kat budak tu. Reward sebab aku suka budak baik. Eh tadi cakap tak suka budak? Yelah aku tak suka budak annoying! #harap-karma-dont-hit-me-back, kahkahkah.


#TakTakutHantu

Aku tak takut hantu, in fact masa tengok cerita seram, aku akan rasa nak gelak, lahai bodohnya movie ni trying hard sangat. Fuh tapi aku takut tengok orang kena rasuk/histeria. Sebabnya aku pernah tengok sendiri depan mata, asrama diserang histeria. Seram oh bersampuk-sampuk dengar orang jerit sana-sini.


#BergerakSolo

Aku sejenis yang prefer untuk hadap risiko sorang-sorang dari susahkan orang lain. So aku lebih selesa bergerak solo kemana-mana pun aku pergi. Err lagipun aku malas nak tunggu orang, ahahaha.


#TiadaIstilahPengaruhRakanSebaya

Aku berkawan dengan semua orang tidak kira latar belakang macam mana pun. Bagi aku tiada istilah pengaruh pun, asalkan kita pandai jaga diri kita. Dan kalau kita rasa kawan kita dah jauh tersasar, itu tanggungjawab kita nak tarik balik, bukan tinggalkan dia terkapai-kapai. Hihihi, tapi kalau dia yang tinggalkan kita dengan alasan kita ni boring tak sekapal dengan dia, tu lantakkan jelah dia.


#TakMerajuk&TakMengongkong

Aku sejenis tak pernah kisah pakwe aku (sekarang tunang dah kisah sikit lah, haha) nak pergi konvoi mana pun, dengan siapa pun, lantak dia lah, selagi mak dia tak marah, aku tak marah. Kalau dia buat sesuatu yang mak dia marah, so aku tambah kemarahan tu. HAHAHA. Dan aku juga jenis tak merajuk kalau aku rasa tak puas hati, aku cakap je apa aku tak puas tu, dan dia pun dah terjebak sama perangai dah. Kesudahannya, kami tak pernah bergaduh pun. More to berbincang je bila ada masalah. Kena settle cepat lah kalau ada problem ni aku nak gosip ngan sapa lagi dah tunang aku tu bestfriend aku merangkap pakcik bawang time aku transform jadi makcik bawang, lol.


Aku harap orang sekeliling aku tetap terus tabah menerima aku apa adanya. Hihi. So apa ciri dalam diri korang yang buat korang unik dari orang lain?


♡♡♡
Disclaimer
 Entry ini adalah sebahagian daripada 30 Challenges in 30 Days. Boleh klik SINI untuk join saya!


Follow

Wednesday, April 4, 2018

Favorite Photos of Your Best Friend



Lucky - Jason Mraz

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oh oh oh oh oh oh oh oh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through the trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Oh oh oh oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh oh oh oh

❤️❤️❤️

Kawan yang baik adalah yang selalu ada disaat suka dan duka. Susah dan senang. Tawa dan tangis.

Yang tak pernah terfikir untuk pergi walau setelah diperlihatkan sisi buruk diri.

Yang selalu mengangkat untuk terus naik,selalu menolak untuk terus maju, dan menjadi penyokong setia walau satu dunia menafikan kita.

Aku punya kekurangan. Begitu juga kamu. Terima kasih kerana selalu cuba melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu, dan menghargai kelebihanku ketika aku cuba membantumu.

Disclaimer
 Entry ini adalah sebahagian daripada 30 Challenges in 30 Days. Boleh klik SINI untuk join saya

Follow

Tips Cari Jodoh Online


Tips Cari Jodoh Online | Jodoh ini sebenarnya biarlah datang lambat, asalkan dengan orang yang betul. Tapi nak dapat orang yang 'betul' ni bukan dia datang bergolek, kenalah usaha sikit. 

Dulu orang cakap kalau nak cari jodoh tunggu masuk universiti, bila dah masuk, semua yang kita nak dah ada pakwe makwe tunang segala. So tunggu masuk kerja, bila dah masuk kerja pun ramai yang dah berumahtangga. Aduh, mcm mana ni?

Tips Cari Jodoh Online
Tips Cari Jodoh Online

Selain berdoa, berazam nak cari parents menantu, dan usaha perbaiki diri, mencari jodoh online adalah salah satu inisiatif yang boleh dicuba. Mana tahu jodoh sebenar duk menyorok kat situ. Bila bercakap pasal cari jodoh online ni mesti ada yang terfikir tentang BAHAYA kan.

Insyaallah dalam entry ini akan dikongsi tips cari jodoh online yang dapat meminimakan risiko bahaya dan memaksimukan potensi untuk berjaya cari jodoh yang tepat. 

TIPS CARI JODOH ONLINE


01. Kenalpasti Tujuan DIri

Check tujuan kenapa kita cuba untuk cari jodoh online. Adakah kita betul-betul bersedia dengan komitmen jangka panjang. Kalau sekadar untuk bermain-main, fikir semula perasan orang lain yang betul-betul serius dalam tu. Cuba tekadkan hati untuk serius dalam hal ini. 


02. Set Up Profile yang Meyakinkan 

Masukkan gambar yang ceria (of course menutup aurat), kata-kata yang positif, dan pengenalan diri yang meyakinkan. Bila profile kita sempurna begini, tentu orang akan lebih percaya untuk berkenalan dengan kita dengan lebih lanjut. Jangan sesekali menipu dalam profile page.


03. Jangan memberi maklumat peribadi di awal perhubungan 

Jangan berlebih-lebih terutama ketika baru saling mengenali. Perbuatan memberi maklumat peribadi boleh membahayakan diri sendiri. Apabila ada seseorang yang kita kenalpasti dia ada agenda jahat dengan perbuatan cuba memprovok kita atau membuat kita rasa tak selesa, terus block atau report akaun tersebut. Kekalkan sekeliling yang positif untuk kita terus bahagia.


04. Jangan menilai orang dari gambarnya

Jangan tertarik hanya kerana sekeping gambar. Walaupun muka yang kacak seperti Adam Levine (lol tetiba), atau badan yang tegap. Jangan! Pastikan analyze profile dia betul-betul, tengok kebaikan, kekurangan dan ciri-ciri yang dia tulis disitu. Kalau kena dengan diri kita, baru boleh teruskan langkah seterusnya. Sebab rumahtangga yang bahagia ni bukan sebab rupa paras je, banyak lagi ciri yang kena titik beratkan. Selidik latar belakang sidia bila berkesempatan. 


05. Jadi diri sendiri & jangan kelihatan terdesak

Jangan berpura-pura semasa dalam proses taaruf. Lebih baik menjadi diri sendiri, sekurangnya kita tahu siapa yang sanggup menerima kita seadanya. Jangan terlalu push untuk dapat pasangan sampai kelihatan fake & terdesak. It's not cool at all, malah memalukan. So keep steady & classy okeh!


Laman Web Terbaik Untuk Cari Jodoh

Excited tak nak tahu laman web mana terbaik untuk cari jodoh terutama untuk rakyat Malaysia ni?


Tips Cari Jodoh Online


Baituljannah! Ya Baituljannah adalah laman web carian jodoh yang semakin mendapat perhatian ramai. Jadi salah seorang daripada puluhan ribu calon yang sudah mendaftar. Bersama-sama kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan serta diberkati. Sebarkan berita gembira ini.

Kenapa laman web Baituljannah dipercayai ramai?

  • 1. Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.
  • 2. Sistem anti-SEO. Enjin carian seperti Google dan Yahoo tidak dapat mencari akaun anda.
  • 3. Baituljannah.com mengawasi sebarang bentuk spam.


Tahap sekuriti yang maksimum, jadi jangan risau sebab data peribadi kita takkan bocor di profile. Sistem anti-SEO tu pula akan membuat enjin carian Google & Yahoo takkan boleh cari akaun kita di google search. Takdelah kantoi kat makcikpakcik bawang yang nak buat bahan mengata kan, padahal kita tengah usaha, biasalah mulut orang takleh tutup. Huhu. 

Dan paling penting, Baituljannah mengawasi ketat aktiviti berbentuk spam. InsyaAllah takkan ada aktiviti bukan-bukan dalam Baituljannah ni sebab semuanya dipantau rapi untuk pastikan keselesaan & keselamatan pengguna juga.

Berminat untuk mendaftar di Baituljannah? Klik Sini untuk mendaftar.

atau klik gambar dibawah :) Semoga berjaya mendapat jodoh yang diredhai Allah!

Tips cari jodoh online di baituljannah
Klik Untuk Mendaftar




Follow

45 Tanda Si Dia Bukan Orang Yang Tepat Untuk Kita


Tanda Si Dia Bukan Orang Yang Tepat Untuk Kita 

Tanda Si Dia Bukan Orang Yang Tepat Untuk Kita

TIDAK SEPADAN

1. Kamu terpaksa rendahkan taraf diri untuk dia

2. Pandang rendah pada sesuatu yang penting bagi kamu

3. Susah untuk jadi diri sendiri bila dengan dia

4. Pandangan politik yang berbeza bagai langit dengan bumi

5. Terpaksa ubah diri sendiri untuk puaskan hati dia

6. Dia meminta kamu untuk lakukan pembedahan plastik

7. Dia tidak berminat dengan banyak perkara tentang kamu

8. Kamu seorang yang agak 'deep' , dia tidak.

9. Dia seorang yang 'robotic', kamu tidak

10. Dia jenis 'liar' dan kamu tidak

11. Dia jenis sangat bersosial dan kamu tidak (atau vice-versa)

12. Nilai dirimya berbeza daripada kamu

13. Dia tidak kelakar pada kamu

14. Kamu tidak suka apa yang dia suka

15. Dia tidak suka haiwan kesayangan atau anak kamu

MASALAH JANGKA MASA PANJANG

16. Dia tidak pernah minta maaf (atau hanya dibibir)

17. Dia tidak menyokong impian kamu

18. Impiannya cuma fokus tentang dirinya sendiri

19. Plan masa depannya tidak melibatkan kamu

20. Emosinya tidak matang

21. Bila kamu menegur, dia meninggikan suara

22. Dia mengubah panggilan ketika bergaduh

DIA TIDAK SEPENUHNYA CINTAKAN KAMU

23. Dia tidak pernah memberi hadiah

24. Dia tidak membuat kamu rasa istimewa

25. Dia tidak bersemangat untuk meluangkan masa bersama kamu

26. Asyik kamu yang perlu menghubunginya dulu

27. Lebih dari selalu dia terlalu sibuk untuk kamu

28. Kamu yang terakhir dalam senarai prioritinya

29. Dia meluangkan masa lebih dengan orang lain dari kamu

30. Dia menyebelahi orang lain sebelum kamu

31. Kamu tidak dialukan dalam kalangan keluarga atau kawan-kawannya

32. Dia penah cuba untuk memutuskan hubungan 

33. Dia tidak pernah mengatakan rasa sayang.

DIA TIDAK BERGUNA

34. Dia menipu dalam perkara yang penting

35. Kemarahan yang melampau (panas baran)

36. Dia cuba menjatuhkan kamu

37. Dia menyakiti hatimu dan tidak meminta maaf

38. Dia kejam

39. Dia cuba mengawal hidup kamu

40. Dia mempermainkan perasaan kamu

41. Dia tidak menghormati wanita

42. Kamu peduli padanya & dia tidak menghargainya

43. Dia sering mengenakan kamu untuk membayar 

44. Dia sering menyakiti perasaanmu dengan perbuatannya

PALING TERUK ANTARA SEGALANYA

45. He doesn't value, appreciate, love and adore you!


Even at your best, you never be right for the wrong.
Even at your worst, the right will tell you are worth.


Follow

Tuesday, April 3, 2018

Idea for Perfect First Date ( Pengantin Baru Version)


Idea for Perfect First Date ( Pengantin Baru Version)



Hi guys. Before ni aku pernah share pasal IDEA APA NAK BUAT MASA FIRST DATE  bagi pasangan bercinta, so kali ini aku nak kongsikan pula idea untuk first date sebagai suami isteri bagi pasangan yang baru berkahwin. Ihiks Best sikit kot dah boleh cuit-cuit, lor.

01. Movie Night 

Dulu tengok movie kat sama-sama wayang je boleh, lepas kahwin ni boleh dah berkubang sama-sama dalam selimut tengok movie favorite sama-sama. Hihihi. Nak lagi romantik, boleh cuba rooftop cinema, yang aku tahu kat Langkawi ada satu.

02. Flashback Memori

Dating balik di tempat-tempat yang banyak memberi memori semasa bercinta. Tempat pertama kali jumpa, atau tempat si dia meluahkan rasa hati. There’s nothing like a walk down memory lane to remind you why you fell in love in the first place.

03. Extreme Date

Pergi themepark atau yang latest ada The Gravityz (baca pengalaman Yana & Mellya). Buat aktiviti yang mencabar diri & rasa fobia. Berkongsi rasa debar & takut sama-sama confirm buat rasa sayang tu makin menebal. Err dan barulah boleh nampak rupa hodoh pasangan masing-masing masa tengah takut. hahaha.

04. Makan Malam Romantik 

Set up candle light dinner tepi pandai, upah beberapa pemuzik untuk lagukan lagu cinta. Hihihi traditional kan, but I love it! Pakai pakaian cantik-cantik, lupakan handphone, kerja dan semuanya, fokus pada pasangan & nikmati masa-masa berdua.

05. Camping !

Pek barang, bawa khemah, dan cari adventure sendiri dengan pasangan dengan bercamping di tempat tempat yang belum pernah korang pergi. Malam-malam boleh tengok bintang sama-sama, hihi, kalau hujan boleh cudling sambil dengar bunyi hujan. Phewww mak jemah kalau berangan memang cenggini, maafkanlah daku,haha.

Hahaha untuk mengelakkan imaginasi aku makin meliar, aku hentikan entry takat disini saja, haha. So korang ada idea bagus lain untuk first date?


♡♡♡
Disclaimer
 Entry ini adalah sebahagian daripada 30 Challenges in 30 Days. Boleh klik SINI untuk join saya!

Follow

Lirik Amarah Cinta | Aliff Aziz (OST Melankolia)


Lirik Lagu Aliff Aziz Amarah Cinta




setiap sisi ku hamba kasih dan sayang
aku diuji dengan lelah keasyikan
tak pernahku dibuang ke lembah kegelapan
namun kamu yang melangkah pergi

disaat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

mengapa perlu ku bersedih sendirian
sedangkan ku tahu ini hanya dugaan
aku menanti satu realiti sarat kecintaan
yang tidak berbisa

disaat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

setiap detik yang kau dusta
nafasku lemah luluh sepi
biarkan semua cinta pergi
kerna hati ini terjerat mati

disaat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

disaat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

♡♡♡

Follow