"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

Saturday, June 9, 2018


Hi. Assalamualaikum semua! Giveaway datang lagi, hihihi.

Banner Giveaway



 Kenapa "Buka Buku Baru"? 


Hidup ini seperti buku, kadang-kala ia menghiburkan, kadang jua ia boleh jadi menyedihkan atau menyebalkan. Tanpa salah satu emosi, 'buku' kita akan jadi mendatar dan membosankan. Kitalah penulis dalam buku kehidupan masing-masing.

Akhirnya pada Jun 2018 ini, aku bakal membuka sebuah buku baru sebagai seorang isteri. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Countdown sudah berubah kepada satu angka, kurang lebih seminggu lagi untuk kami diijab kabulkan.

Selamat tinggal segala perangai tak elok dan crush-crush zaman silam (lol sis gurau). Doakan sis dapat jadi isteri yang baik, solehah dan manja, kahkahkah.

 Cara Menyertai "Buka Buku Baru" Giveaway by Mai 


01 - Follow blog www.noormaizan.com 

02 - Like Fanpage (KLIK SINI) dan (KLIK SINI)

03 - Follow instagram @noormaizan (KLIK SINI

04 - Buat satu entry bertajuk "Buka Buku Baru" Giveaway by Mai, tempekkan banner diatas dalam entry tersebut dan link ke entry ini.

05 - Share nasihat, petua atau ucapan untuk pengantin baru, hihi. Terpulang nak share apa pun tapi janji positif.

06 - Komen link entry penyertaan bersama dengan emel (senang untuk Mai contact pemenang nanti)

Good Luck!

 Cara Pemilihan Pemenang 


Sebenarnya tak suka pakai random org tu, jadi pemilihan akan dibuat oleh Mai sendiri. Buat permulaan, hadiah disediakan untuk seorang pemenang sahaja. Tapi jika penyertaan memberansangkan, Mai akan menambah beberapa hadiah lagi  (akan update entry ini dari masa ke semasa).

Hadiah "Buka Buku Baru" Giveaway by Mai 


01 // dUCk Whenever Planner + Dalila Handsock 1 Layer (warna pilihan korang)





02 // UNLOCK DENGAN 50 PESERTA

03 // UNLOCK DENGAN 100 PESERTA

Ruangan hadiah akan diupdate dan ditambah hadiah dari masa ke semasa jika bilangan peserta mencapai sasaran, hihi.



 Tarikh Tamat Giveaway 

15 July 2018 (1200am)


Follow

Dalila Handsock | Handsock Muslimah yang Murah & Cantik

Dalila Handsock

Dalila Handsock


Pernah dengar Dalila Handsock? Dalila Handsock menawarkan sarung lengan untuk muslimah yang murah dan cantik tau. Kalau zaman dulu handsock plain dan membosankan je kan, dah tu sekali basuh je dah berbulu dan loose dah. Hahaha, sekarang tidak lagi, sebab handsock pun dah maju dengan design dan kualiti yang semakin baik.

01// Kenapa Pilih Dalila Handsock?


Dalila HandsockMenutup aurat tidak bermaksud kita tak boleh bergaya anggun. Tak hairanlah kenapa Dalila Handsock jadi pilihan ramai muslimah di Malaysia. Selain cantik dan menarik, sarung lengan ini sangat selesa dipakai sebab tidak melorot bila dah pakai lama.

Material Dalila handsock adalah daripada moss crepe dengan panjang lepas paras siku. Kain yang strechable menjamin keselesaan pemakai tanpa mengira saiz lengan berisi atau kecil. 

Paling best, Dalila Handsock ni tak ada getah di hujung lengan, jadi tak adalah rasa gatal terutama untuk mereka yang allergik getah. Lagipun kalau ada getah, handsock akan jadi ketat sangat dan rasa tak selesa sampai kebas tangan kan.

Jadi untuk tak nak rasa menyesal beli handsock, pilihlah Dalla Handsock ok, sejuk selesa dan bergaya! Gittcheww..

02// 2 Jenis Dalila Handsock


Dalila Handsock ni ada dua jenis ; 1 layer dan 2 layer ruffle. So boleh la pilih ikut selera nak jenis simple ataupun vouge gitu. 


Dalila Handsock Ruffle 1 layer
Ruffle 1 layer

Dalila Handsock Ruffle 2 layer
Ruffle 2 layer

03// Pilihan Warna Dalila Handsock


Pilihan warna memang meriah, senang nak mix and match dengan baju tau. Suka jenis pastel pun ada, suka warna bold pun ada. Pilih je mana yang berkenan, nak borong banyak-banyak pun okay je sebab harga murah, siap dapat free postage lagi, tapi takpe japgi aku akan cerita detail pasal cara nak beli. Meh usha warna dulu.


Pilihan Warna Dalila Handsock

Pilihan Warna Dalila Handsock

Pilihan Warna Dalila Handsock

Pilihan Warna Dalila Handsock

Pilihan Warna Dalila Handsock

04// Harga Dalila Handsock

Dalila Handsock 1 Layer Ruffle - RM12
Dalila Handsock 2 Layer Ruffle - RM15

Beli 10 pasang ke atas, akan dapat free postage! So kalau korang nak jimat berganda, jangan lupa order banyak-banyak terus, kumpul order beramai-ramai dengan adik beradik ke, kengkawan pun boleh, haha.

05// Cara Membeli Dalila Handsock


Korang boleh dapatkan handsock yang awesome ni dengan order terus dari ZZ Colection, ❤AuRaT DiJaGa MaRuAh TeRpELiHaRa❤ .


Facebook

Facebook Page

Whatsapp 
0134331007


Penyelesaian Untuk Instagram Error dan Tak Dapat Download Instagram di Google Playstore

Wednesday, June 6, 2018

Instagram APK Penyelesaian Tak Dapat Download Instagram di Google Playstore 


Instagram Error dan Tak Dapat Download Instagram di Google Playstore

Siapa yang perasan harini Instagram error, nak buka pun tak boleh. Then aku pun ikut lah tips dari entah facebook mana cakap, "Delete je instagram tu, then download balik, boleh guna dah." Dah sudah lepas aku delete tu, aku dah tak dapat download Instagram di Google Playstore balik. Ah sudah!

Instagram can't be downloaded. Try again, and if the problem continues, get help troubleshooting. (Error code:941)

Jemmm. Eh aku ni takleh kalau sehari tak post selfie kat Insta Story, ahaks, macam mana nak teruskan hidup ni. Tudia punya drama duk bayang hidup-hidup seterusnya tanpa Instagram, camna aku nak show off kucing aku yang comel tu dah, hahaha.

Mental. Biasalah orang lagi seminggu nak kahwin memang mental eh?

Dah hentikan drama. Akhirnya aku terfikir satu penyelesaian untuk instagram error dan tak dapat download instagram di Google Playstore ni. Cara ni selalu aku guna untuk jadi lanun vsco filter je, haha. Tak lain tak bukan adalah........Download APK.

Cara Download APK Instagram


01) Pergi ke laman web ini : https://apkpure.com/instagram/com.instagram.android

02) Klik download APK dan tunggu sampai selesai

03) Klik File yang dah siap download dan open file tersebut, tunggu loading habis.

04) Klik button Install. 

05) Done!

Taraaa finally aku dapat guna balik Instagram aku. Yeay. Harap membantu pada yang ada masalah sama macam aku.

Tata!



Follow

Prosedur Kahwin Negeri Kedah

Sunday, June 3, 2018

Prosedur  Kahwin Negeri Kedah


Prosedur kahwin negeri kedah

Hi, hi assalamualaikum semua. Wahh semakin menghampiri raya, semakin berdebar rasa hati ini mengenangkan diri dah nak menamatkan zaman solo. Rupanya nak kahwin ni tak senang juga sebab macam-macam prosedur kahwin nak kena tempuh tau. Tapi alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan sampailah di step yang terakhir sebelum akad nikah bermula...iaitu..step untuk hantar borang kebenaran kahwin di Pejabat Agama Kulim.

Walaupun berasal dari negeri yang sama, tetapi pasangan aku (BangMan) bekerja di luar negeri Kedah, nampaknya tetap semua prosedur untuk kahwin ni kami terpaksa buat secara berasingan lah. Jom kita refresh balik apa yang prosedur Kahwin Negeri Kedah dah aku dan BangMan dah buat sebelum ini.


Prosedur Dapatkan Kebenaran Nikah di Kedah


01 | Menghadiri kursus kahwin 

Tunang aku mengikuti kursus di kem tenteranya, manakala aku pula menghadiri kursus kahwin di kawasan aku sendiri. Personally, aku menyokong 100% kursus kahwin ni diwajibkan pada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga sebab bagi aku ilmu yang kita boleh dapat sepanjang kursus tu priceless! Bukan untuk kepentingan orang lain, untuk keharmonian rumahtangga kita sendiri juga.


02 | Membuat permohonan online melalui laman web SPPIM

Untuk permohonan online ni, tunang aku yang buat. Masuk dalam laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau dikenali sebagai SPPIM dan buatlah permohonan baru. Isi detail pengantin perempuan, pengantin lelaki dan wali. Kemudian boleh la print sebab nak ambil page yang perlu bawa ke klinik atau hospital untuk urusan seterusnya pula iaitu Ujian HIV.


03 | Membuat Ujian HIV

Antara hikmah ujian HIV adalah mengelakkan penganiayaan kepada pasangan jika salah seorang pembawa virus ini. Tambah kesian lagi kalau virus ni pula diwariskan kepada bayi yang lahir-lahir terus jangkit, memang kesian kan. So kalau tak pernah buat seks bebas sebelum kahwin, atau gaya hidup yang tak terdedah kepada risiko terjangkit HIV ni, janganlah takut nak buat test ni. Tak sakit pun.


04 | Pihak Lelaki Selesaikan Borang Kebenaran Kahwin di Tempat Tinggalnya

Oleh sebab tunang stay di Negeri Sembilan, jadi dia perlu selesaikan borang kebenaran nikah di dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dengan Pihak Tentera dulu. Jadi time ni aku chillax dulu la makan eskrem sementara tunggu dia selesaikan urusannya. Yang penting bekalkan dia apa yang diperlukan supaya urusan dia smooth gituee, antaranya Sijil Kursus Nikah Perempuan, IC Perempuan & IC wali, dan juga borang ujian HIV yang negative tu.

Maklumat lengkap disini ↠ Prosedur Berkahwin dengan Tentera

05 | Hantar Borang Benar Nikah Pihak Perempuan di Pejabat Agama Kulim

Ok lepas tunang dah berjaya lulus kebenaran nikah dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dapat Kebenaran Kahwin dari Tentera, dia akan serahkan borang-borang tersebut kat kita. Pastikan kita ada yang ori ye, jangan yang photostat saja. Ikut checklist yang disediakan dari laman web SPPIM tu, check semua ada, boleh bawak ke Pejabat Agama daerah masing-masing.

Walaupun dalam borang tu cakap kena hantar kat Pejabat Agama datang bersama wali kan, tapi abah aku kerja dan tak dapat datang. Alhamdulillah diorang faham saja, tapi aku maklumkan lah pesanan abah aku yang abah nak akad sendiri, tak pakai wakil. Lagi senang kerja tok imam kan. Tok imam tempat aku pun baik sporting je, hehe.

Kemudian aku perlu sign satu borang sumpah yang aku adalah anak dara (of course bukan bini orang). Alhamdulillah masa tu Tok Imam Masjid yang aku nak akad nikah tu ada kat office beliau, jadi smooth la urusan aku hari tu. Berkat Ramadhan, alhamdulillah. 

"Nak akad nikah bila ni?" Tok Imam tanya.

"Raya ketiga.."

"Haish raya ketiga orang cuti, tutup semua.."

Gulp....

"Pukul 10 raya ketiga ok."

Hahahaha pandai tok Imam gurau, sikit lagi gue nak pingsannnn disitu, sabo je ler. Haha.

Okay semua borang dah dapat copp lulus, bayaran perlu dibuat di kaunter. Ya Allah aku punyalah prepare sampai RM50, rupanya RM10 sahaja untuk urusan ni.

Aku pun ambil number Tok Imam untuk remind beliau beberapa hari before majlis. Dan boleh balik dengan senyuman sampai ke telinga dan rasa hati yang bercampur aduk antara gembira, gemuruh dan tak percaya yang tak lama lagi aku akan bergelar isteri kepada teman baikku sendiri.

Semoga aku dapat hakis perangai rock and roll aku tu dengan suami sendiri, Wish me luck! 

P/s: Buat blogger dan sahabat di kawasan Kulim pada raya ketiga nanti, say "Haluuu orang Kulim" kat komen tau , nanti aku PM kad kenduri supaya korang dapat datang memeriahkan majlis. Loves!

Follow

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog? | Hi semua. Ok nak confess sikit, sebenarnya dulu takut nak tukar domain sebab risau iklan Adsense hilang tak lepas tukar domain ni, haha paranoid uols. Jadi sebenarnya, betul ke Adsense hilang kalau kita tukar domain ni kawan-kawan? 

Jawapannya adalah... Adsense tak hilang kalau kita tukar domain, kita masih boleh pakai account Adsense tu, dan tabungan kita dalam tu pun selamat. Jangan risau. Cuma ada beberapa step yang perlu kita buat lah untuk dapatkan semula account Adsense kita.

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Jangan terkejut kalau lepas tukar domain tiba-tiba iklan Adsense dalam blog tak muncul. Ini adalah kerana account Adsense kita yang selama ini adalah jenis 'HOSTED ACCOUNT'. Kekurangan 'HOSTED ACCOUNT' ini adalah kita hanya boleh pasang iklan Adsense kita dalam satu blog (blogspot) kita sahaja, Limited. Tak boleh pasang tempat selain blogspot kita. Itulah sebabnya bila blogspot dah jadi dotcom tiba-tiba iklan Adsense tu tak muncul lagi.

Jadi untuk membolehkan kita guna account Adsense kita dekat blog berdomain baru ni, kita perlu tukarkan status 'HOSTED ACCOUNT' kita kepada 'NON-HOSTED ACCOUNT'. Bila dah Non-Hosted ni, dah tak terikat dengan blogspot lama dah, nak pasang dekat youtube pun boleh (tapi jangan tanya cara sebab tak tahuuuu, kehkehkeh).

Cara Tukar Hosted Account Adsense kepada Non-Hosted Account

01) Semak status account Adsense

Log in account Adsense, klik pada gambar profile kita di bahagian atas sebelah kanan. Disitu akan ada status account Adsense kita, kalau hosted ada tulis disitu. 

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?


02) Register domain baru

Klik 'My Ads' > Other Product > Masukkan Url Domain Baru 

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Source :www.dannimedia.com

03) Copy code kedalam coding blog

Ok kemudian akan naik satu code dari Adsense. Copy code tersebut, dan paste dibawah code <HEAD> dalam template blog kita. Jangan lupa delete perkataan 'src' dalam code tu kalau tidak tak boleh save.

Lepas dah settle save dalam blog, masuk balik account Adsense kita, tick dalam kotak kecik dan click DONE.

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Source : https://www.helpsinhindi.com/

Ok dah siap semua step ni, tunggulah email approval dari Adsense dalam dua tiga hari (atau lebih). Aku dulu dalam dua hari je iklan muncul balik dah.

Maaf tutorial ni terpaksa guna gambar dari sumber lain sebab masa buat kat account Adsense sendiri haritu lupa nak snap step by step, hehe.

Harap membantu korang yang memerlukan tutorial ini.

Follow

Gembira Sebarkan Aib Orang?

Friday, June 1, 2018

Gembira Sebarkan Aib Orang ?

Kebelakangan ni aku tengok kat laman social ada beberapa hits yang diperkatakan, dicanang orang sana sini, tetapi yang menyedihkan perkara yang disebar-sebar itu adalah keaiban individu lain.

Mula-mula kes video call seorang artis lelaki, kemudian diikuti tersebarnya pula video lain seorang wanita melayu bersama lelaki warga asing. Ini bulan Ramadhan korang, kenapa korang pilih bulan Ramadhan ini untuk dirosakkan dengan penyebaran aib orang lain.

Sedangkan aib kita sendiri pun Allah tak bagi canang rata (of course orang jenis ni aib dia simpan rapat, aib orang dicakap-cakap), apatah pula aib orang lain. “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari).

Tambahan pula kalau mereka melakukan dosa dengan Allah, biarlah Allah sahaja yang menghukum mereka. Mana ada orang yang sempurna dalam hidup ni, kadang-kadang kita sendiri pun tersasar dari landasan lurus, tapi kita bernasib baik hanya Allah dan kita saja tahu.

Lainlah kalau video penderaan haiwan ke, kanak-kanak ke, patutlah disebar untuk awareness masyarakat. Biar terjumpa penjenayah tersebut. Tapi kalau video dosanya dengan Tuhan, tutup mata, jangan kongsi, jangan kecam, jangan hina. 

Orang yang suka bercakap tentang aib orang lain ni, sebenarnya cerminan pada hati dia sendiri. Orang begini tak boleh dipercayai, dia tidak amanah memegang rahsia, lemah sifat setiakawan, penggosip tegar, dan boleh jadi pembohong dengan tokok tambah ceritanya. Kalau ada kawan jenis penggosip ni, jauhkan la diri, hari ini dia cakap tentang orang lain, boleh jadi esok lusa kita pula yang jadi topik gosipnya.

”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” (QS. Al Hujurat [49] :12).

Paling menyedihkan bila tersebarnya aib orang itu disaat dia sudah bertaubat. Sedangkan jika Allah sudah mengampuninya, kenapa manusia lain sanggup memalukan orang lain. Dan kita sendiri tak tahu cerita disebalik video berdurasi beberapa minit itu, kenapa sanggup menanggung dosa mengecam dan menghina.

Jadi mulai hari ini aku rasa boleh berhenti dah kot cakap pasal aib orang lain. Baik cermin diri sendiri, takut nanti cela kita pula tersebar rata. Kalau betul pun orang itu ada buruknya, janganlah dilupakan kebaikan dirinya yang lain.

Yang suka menyebarkan aib dan dosa orang tu, ingatlah orang itu dosanya dengan Tuhan. Bila-bila saja taubatnya boleh diterima dan diampuni. Dia boleh jadi lebih suci dari kamu. Tapi dosa kamu menyebarkan aib manusia? Dosa dengan manusia hanya boleh terhapus dengan kemaafan orang yang kamu aniayai.



Follow

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.