SAFI FAIR BEAUTY | For A Fairer You!

Sunday, September 9, 2018

SAFI FAIR BEAUTY

“Yakin, Cerah, dan Ceriadengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”
Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?

Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di media sosial?

Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :( 


Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. 

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.



Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

Mencerahkan kulit
Menyamaratakan tona kulit
Kulit berseri merah jambu
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
Memberi perlindungan UV
Melembutkan dan menghaluskan kulit
Melicinkan kulit
Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit



Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.


Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.


Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).


SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0% GST)

4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0% GST)

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!


Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari :

Facebook SAFI 

Instagram SAFI
@safimalaysia

Youtube SAFI





Follow

Melancong ke SEEngapore Jimat dengan Traveloka Promo Code

Sunday, September 2, 2018

Melancong ke SEEngapore Jimat dengan Traveloka Promo Code


Siapa suka melancong? Yeay, kita geng! Iyelah asyik bertumpu dengan kerja saja pun tak bagus juga, sesekali kenalah take a break dan keluarkan 'buku merah' kita tu, hehe. Jauh berjalan, luas pandangan, selain tambah ilmu, melancong, bercuti dan makan angin ni juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melapangkan fikiran kita dari stress, nanti bolehlah sambung kerja dengan minda yang fresh kan...

Kalau cakap pasal travel ni, mestilah teringat dengan apps TRAVELOKA. TRAVELOKA ni adalah pakar dalam perjalanan/percutian. Alahh, kaki travel mesti tahu la kan, memang berguna TRAVELOKA ni dari nak tempah tiket penerbangan, sampailah nak cari hotel yang berbaloi. Memang awesome sangat! Dengan diskaun-diskaun hebat yang ditawarkan oleh TRAVELOKA, bukan saja kita mampu travel dalam negara, nak pergi luar negara pun boleh dapat harga yang berpatutan.

Traveloka SEEngapore - For a roaring good time!


Traveloka SEEngapore - For a roaring good time!

Pssttt, dengar kata bulan September ni banyak cuti berturutan kan, aduhh rugi tu kalau tak manfaatkan betul-betul. Dah tu pula sepanjang September ni juga TRAVELOKA buat promosi TRAVELOKA Promo Code SEEngapore - For a roaring good time!

Why Singapore? Why not? Hahaha. Sebut pasal Singapore paling terbayang dalam kepala mestilah Universal Studio Singapore, omg bestnya kalau dapat pergi. Lagi satu yang best pasal SEEngapore ni adalah banyak tempat yang 'instagram worthy' so kalau nak gambar yang hipstur dan cantik kena terjah lah. Antara instagram worthy places yang famous macam di Bayfront Ave, Haji Lane, Little India, dan Gardens by the Bay.

So, SEEngapore jom?! Yeah inilah masanya untuk kita grab peluang untuk bercuti bersama keluarga ke Singapore. Jadi, kalau nak manfaatkan promosi diskaun TRAVELOKA Promo Code ke Singapore pastikan kita menempah dengan TRAVELOKA lah.

Oleh sebab TRAVELOKA adalah "one-stop travel app" yang menawarkan kemudahan percutian ke Singapore, jadi tak perlulah runsing lagi nak plan percutian kita. Dari hujung jari kita dah boleh organize jadual penerbangan kita. Bolehlah kita banding-bandingkan harga tiket dari semua syarikat penerbangan yang available untuk tarikh pilihan kita tu. Bila dah siap beli tiket, kita boleh cari tempat penginapan juga. 

Discount untuk Tiket Penerbangan!


Apa yang menarik dalam promosi 'SEEngapore - For a roaring good time!' adalah diskaun hebat dengan potongan harga tiket penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore sebanyak RM50 flat rate discount

Tempahan tiket boleh dibuat sama ada melalui website atau aplikasi dalam telefon mudah alih dengan memasukkan code kupon dibawah. 

GOSG


Discount untuk Penginapan!


Eh of course la ada juga potongan harga untuk penginapan. Apa makna vacation kalau tak tidur semalam dua kan. Dapat penat je lebih kalau perjalanan balik hari ni. Nak explore apa pun tak sempat nanti sebab kekangan masa.

The best part is untuk tempahan hotel pun akan mendapat potongan diskaun! Ya, dengan membuat memilih lokasi penginapan melalui aplikasi TRAVELOKA, kita boleh menikmati tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore!

Tiada kupon diperlukan untuk kita dapatkan potongan 20% ni, cuma perlu pilih sahaja mana-mana hotel daripada senarai hotel yang terlibat. Mudah kan?


Cara Membuat Tempahan 


Melancong ke SEEngapore Jimat dengan Traveloka Promo Code


Buat tempahan guna aplikasi TRAVELOKA ni memang mudah je, tapi kalau nak lagi mudah pastikan kita download aplikasi TRAVELOKA APP dalam Play Store or App Store kat smartphone masing-masing. 

Kemudian lepas dah decide tarikh dan destinasi kita (SEEngapore!), search dan book flight kita dalam aplikasi TRAVELOKA APP ok. Suka hatilah nak pilih penerbangan apa, asalkan menepati bajet percutian kita lah, hihi.

Selepas dah book flight, pilih payment method untuk membuat pembayaran. Jangan lupa masukkan code coupon 'GOSG' dan klik button apply. 

E-ticket akan dihantar dalam email atau boleh save dari TRAVELOKA APP itu sendiri. Settle! Semudah 1 2 3 je boleh travel ke luar negara kan. Hihihi.

Syarat-Syarat Tempahan Untuk Promosi SEEngapore - For a roaring good time


Promosi TRAVELOKA Promo Code SEEngapore - For a roaring good time ini berlangsung dari 1 September sehingga 30 September 2018 (tertakluk kepada perubahan). Maksudnya kalau kita nak tempat tiket flight dengan potongan harga, kena buat tempahan sebelum 30 September inilah.

Tarikh ini hanya untuk tempah tiket je tau, tapi tempoh perjalanan tiada limit tarikh pon. Ikut suka hati lah nak pergi bercuti bila pun, bulan ini ke, bulan depan ke, hujung tahun ke, asalkan tiket tu beli siap-siap sepanjang sebulan promosi ni berlangsung. 

Promosi MYR50 flat rate discount ini hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID tau.

Jadi, jangan lupa gunakan kupon kod "GOSG" sewaktu pembayaran tiket flight, dan pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari senarai hotel-hotel yang terlibat untuk menikmati penjimatan maksimum untuk penerbangan dan penginapan. Bila dah jimat banyak untuk dua perkara ni, bolehlah spend duit lebih sikit untuk makan dan shopping! Yippie!

So tunggu apa lagi, cepat klik >>> SEEngapore TRAVELOKA Promo Code <<< sekarang untuk grab peluang untuk melancong ke SEEngapore!

Follow

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.