AS244 : BSc in Biomolecular Science (UiTM)


Entry ini untuk korang yang sudi bertanyakan tentang kos Sarjana Muda Sains Biomolekul, khususnya Amir Tudin dan Anon, sorry sangat lambat jawab. Jadi aku akan terangkan dengan lenggok bahasa yang santai ok.

Hai Assalamualaikum.

Maaflah sebab ramai yang comment bertanyakan mengenai kos BSc. Biomolecular Science di UiTM atau kod programnya AS244 tapi aku tak dapat menjawab segera dalam entry sendiri, dah tu, main bagi link blog orang lain pula, hehehe. Kekangan masa dan idea sebenarnya nak menulis panjang lebaq ni, hahah. Takut nanti dah la orang tak faham, bosan pula nak baca. 

First of all, aku nak ucapkan beribu-ribu tahniah kepada yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam apa jua bidang sekalipun baru-baru ini. Selamat maju jaya dalam pelajaran dan hidup korang ya. Jangan senang nak give up dengan cabaran remeh-remeh sebab kita dah besar kan. 



Jadi dalam entry kali ini aku nak ceritakan serba sedikit tentang kos Biomolecular Science (UiTM) ini. Buat masa sekarang, kos ni hanya terdapat di UiTM Shah Alam. Jom berkenalan dengan UiTM Shah Alam dulu sebab tak kenal maka tak cinta,kan?

Sumber : Google

Luas UiTM Shah Alam ni, jadi normallah kalau masa awal-awal sem1 tu pening-pening sikit lepastu sesat. Kena alert bas juga, jangan salah bas kalau tak nayaaaa weh. Hahaha. Nah aku bagi peta sekali untuk korang. :P
Sumber: Google
Jadi nanti lepas mendaftar tu, rondalah naik bas G dari Bus Stop Dewan Cendekia (DC) tu untuk cari di mana Fakulti Sains Gunaan.
Sumber : THR_Journal

Sumber: THR_Journal
Ok habis cerita pasal UiTM dan Fakulti. So boleh kita mula dengan kisah BSc. Biomolecular Science ni pulak. Maaflah aku kalau mengarut tak boleh berhenti pulak. Jadi apa yang korang perlu tahu mengenai kos ni.





1. APAKAH KOS SAINS BIOMOLEKUL?
Kos ni adalah gabungan daripada pengetahuan asas dalam bidag biologi sel, biokimia, genetik dan kemahiran dalam biomolekul. Terus terang untuk aku, kos ni memang agak tough, tapi tak mustahil untuk kita nak laluinya. Sangat banyak lab work (pheww) tapi yang paling bestnya, korang berpeluang handle lab work sendiri sampai terer sebab Final Year Project (FYP) pun nanti korang akan buat individually. Nampak tak disini, satu kelebihan untuk kita masa nak kerja nanti sebab banyak dah banyak kali experienced dalam experiments.

2.SELALUNYA RAMAI TAK STUDENTS DALAM COURSE NI -anon
Depends masa sem korang tu punya intake, tapi selalunya satu kelas dalam range <28. Apapun, macam yang aku cakap tadi, semua orang akan berpeluang handle lab work sendiri, jadi korang jangan risau okay.

3.COURSE DURATION?
Course duration ni berbeza-beza bagi lepasan Matriks/Asasi, lepasan Diploma Sains dan lepasan Diploma Microbiology.
Bagi lepasan Matriks dan Asasi, korang perlu mengikuti program sepenuh masa selama 3 tahun, maksudnya korang start macam biasa, dari sem 1. Manakala bagi lepasan Diploma Sains dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan adalah selama 2 tahun setengah. Lepas Diploma Microb macam aku akan start dengan Sem 3, bermakna pengajian adalah selama 2 tahun.

Subjek keseluruhan sepanjang pengajian

Kenapa?
Sebab bagi subjek yang dah diambil masa diploma boleh dibuat pengecualian kredit, tak perlu ambil dah masa degree ni. Jimatkan masa ? Yes, sangat jimatkan masa. Tapi jangan terkejut sebab jadual kita nanti akan jadi sangat padat dan mampat, kadang-kadang rasa tak bleh bernafas (hiperbola). Hahaha.

3.APA PELUANG PEKERJAAN SELEPAS GRAD?
InsyaAllah korang boleh memohon pekerjaan yang berkaitan dengan biologi dan bioteknologi.

-Pegawai Penyelidik
-Pensyarah
-Guru Biology (MRSM atau Sekolah Swasta)
-Pegawai Sains
-Pegawai Kawalan Mutu
-Pengurus Projek
-Usahawan
-Perunding

4.PENYEDIAAN DARI SEGI KEWANGAN
Yuran semester pertama adalah RM743. Sewa kolej/seorang RM210 (bilik berempat) dan RM420 (bilik berdua). Baju Kolej RM25 dan stiker barang elektrik RM10 setiap barang.
Untuk yuran semester seterusnya adalah RM530.

Korang boleh memohon PTPTN. Tapi aku nasihatkan, belajarlah rajin-rajin dan skor semester pertama dan kedua supaya bolehlah korang apply JPA. Lepastu jangan plak stop belajar rajin-rajin tu, belajarlah sampai boleh grad dengan selendang pink ok, Aku doakan korang, jangan jadi mcm aku. Hahaha. Tapi aku bersyukurlah dengan CGPA akhir aku, alhamdulillah, cuma tak ada rezeki nak pakai selendang pink (ANC).



Ok adik-adik? Kalau ada sebarang pertanyaan lagi boleh komen atau kalau nak tanya privately pun boleh, ecececeh. Emel saja dekat noor_maizan93@yahoo,com.

Selamat maju jaya.
Assalamualaikum.

Post a Comment

13 Comments

  1. wahhh !! nice sharing kak Mai.
    best best best

    ReplyDelete
  2. saye lepasan diploma microbiology. dpt tawaran ni jugak tp dye cakap 3 tahun. tapi kan kalau diploma microbiology bole potong 2 sem kan?? mcm mane procedure nak cut semester tu eh??

    ReplyDelete
  3. Hello junior (^_^)y

    Kalau lepasan dip microbe 2 tahun setengah je awak. Nanti dah masuk kita akan buat pengecualian kredit, masa tu la potong semua subjek yang tak belajar masa diploma so masa akan jadi singkat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari upu pun boleh potong credit tak ke penerapan je..btw saya dari dip mlt

      Delete
    2. kalau thru upu dapat ke potong credit..atau penerapan saja yg potong credit

      Delete
  4. akak sekarang dah grad kerja apa?

    ReplyDelete
  5. salam akak, sy dari dip microbe.. sy quit medic this year and ingt nk sambung biomole or analisis forensik. dalam dilema nk isi intake bln 3 ni. actually sy risau pasal kerja in future..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya lecturer awak. lecturer2 sy penah ckp dua2 susah klu basic tak kuat.

      Delete
  6. assalamualaikum akak,boleh x kalau saya nak nota utk degree biomol ?

    ReplyDelete
  7. aslm akak saya nak tanya .. mcm mana peluang pekerjaan lps belajar ?

    ReplyDelete
  8. Hi , nak tanya. Total course fee berapa ya ?

    ReplyDelete
  9. hi, kalau based on spm result...subject apa yg kena dgn syarat nk lepas? meaning subject apa yg kena lulus/kepujian and so on?

    ReplyDelete