Monday, December 4, 2017

Cintaiku Kerana-Nya


"Awak tahu? Ada seseorang tanya kenapa awak nampak teruk sekarang? Kurus, cengkung."

Aku pandang dia. Menunggu sambungan kata-katanya. 

"Saya cakap biarlah, awak kan sakit. Memanglah jadi kurus." Sambungnya terus. "Kemudian orang tu tanya, Kong, takmau ke cari baru ke?"

Aku yang mahu tersenyum langsung terus padam. "Habis awak jawab apa?"

"Saya jawab kalau asyik cari yang sempurna, kita takkan dapat jumpa. Fizikal yang cantik belum tentu hati budinya cantik. Yang gemuk tak selamanya gemuk, yang kurus tak selamanya kurus, yang cantik tak selamanya cantik. "




Jeda.

"Awak pernah terfikir tak untuk tinggal saya?" Tanyaku walau aku tahu mungkin jawapan yang aku akan terima akan memedihkan.

"Tak pernah terfikir macam tu Mai. Saya happy sangat dengan awak Mai. Saya selalu bersyukur dapat jumpa awak."

Akhirnya aku dapat tersenyum. Aku tidak mendesaknya tentang siapa yang berkata pahit tentangku itu, kerana mengetahui itu cuma akan membuatku membenci seseorang yang aku kenali.

Aku harap dia itu mendapat kasih sayang yang dia perlukan dan kebahagiaan sendiri. Tidak perlulah perlu menghancurkan hubungan yang kami jaga selama 6 tahun ini.

Tidak perlulah hancurkan harapan aku yang mungkin berharap terlalu tinggi walau pada matanya aku tak layak mungkin.

Ya orang sakit tak layak bahagia kah?

Terima kasih Allah, kerana menghadirkan orang yang baik hati untuk mencintai kelebihan dan kelemahanku. Kebaikan dan keburukan yang ada pada diriku. Mencintai diriku kerana-Allah.
Kepada tunangku yang paling aku sayang, cintailah aku keranaNya, kerana cinta keranaKu akan penuh kekurangan yang akan kau temui. 


Follow

Thursday, November 30, 2017

Potret Kartun Dari Kak Sofie

Potret Kartun Dari Kak Sofie

Wow, excited tau dapat potret kartun pertama kali muka sendiri ni, free pulak tu, kekeke. Sebenarnya potret kartun ni adalah hadiah saguhati untuk SEMUA PESERTA Segmen Suai Kenal anjuran Kak Sofie!

Hadiah utamanya masih belum tahu milik siapa. Berdebar gila hati ni dupdapdupdap nak tahu keputusannya, lumayan tauuu semua. Fuhhh moga ada terselit rezeki aku. Aamiin.

Oh kalau korang join tapi takda potret korang lagi, jangan lupa emelkan gambar korang kat kat Sofie terus tau sebab Kak Sofie tak jumpa lah tu gambar korang, hehe. 

Lukisan-lukisan di atas adalah berdasarkan gambar yang saya jumpa kat blog atau laman sosial korang seperti facebook atau instagram. Kepada yang tak ada dalam senarai, jangan risau! hehe. Saya akan lukis potret kartun korang juga. Disebabkan tak jumpa gambar korang kat blog atau laman sosial, jadi saya tangguhkan dulu. Kepada peserta segmen yang tak ada potret kartun, sila emelkan gambar korang untuk saya lukis di alamat emel saya ; ciksofie90@gmail.com . OK!




Meh la kenal-kenal dengan kitorang yang join segmen ni di SINI. Maklumlah tak kenal maka tak cinta, kihkihkih.

Apapun doakan aku berjaya tau! and All the best semua yang join.


Follow

Wednesday, November 29, 2017

dUCk Giveaway By Blog NadiaIzzati.Nia

dUCk Giveaway By Blog NadiaIzzati.NIA
Click Banner To Join
Hello & Assalamualaikum guys~!

I think it is quite a long time since I joined any giveaway because my Adsense need to be re-review again after my blog upgraded to a dotcom domain. Finally, I got my ads back and of course nothing can stop me from joining all the giveaway and contest now, yehaa!

Innalillahiwainnailayhirajiun. Sorry to hear about your grandfather Sis Nadia, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin.

I know how you and Kak Siqah love dUCk so much! I've seen Syed tweet about people who wearing dUCk got their own class. I couldn't agree more on that. That's the power of premium brand isn't? Same goes to Apple user.

So why not I join this giveaway. Siapa tahu rezeki kan uols. Hihi. Perhaps the gifts could be mine, and maybe it's yours. Jomlah join sama, hihi.

The two lucky winners of this giveaway will be receiving :

1st winner: Brand New Duck Scarves Satin Silk - Rich Monaco colour.
2nd winner: Brand New Duck Whenever Planner ( pink colour ) + New ' Tadabbur ' book.
All you have to do is just follow Sis Nadia's social media & post an entry in your blog, it takes less than five minutes to join this super duper awesome GA.

This giveaway is valid until  25/12/2017, join before it's too late okay! All the best!



*it's 2am now, ignore any grammar mistakes because I can't even thinking straight right now. Pheww, good night luv.

Follow

Sunday, November 26, 2017

I'm Fine.

Mereka tidak pernah peduli,
Kesusahanku, kesedihanku,
Namun ketika aku tidak mampu menuruti kehendak mereka,
Lantas terus mereka membenciku.



Sudahlah harini kerja penat macam buruh non-stop dari pagi sampai tengah malam, hati pula dirundung sedih. Too tired to be sad but I my heart can stop bleeding right now. 

Di dunia ini mereka yang bermulut manis memang senang menang. Senyuman manis mereka menutup hitamnya hati mereka.

Aku tak pandai mengadu domba. Aku tak pandai jadi selain diriku sendiri.

Aku kalah?

Mungkin ya, kerana untuk membela diri sendiri pun aku tidak mampu. Mungkin juga tidak kerana beralah itu bukan satu dosa.

Aku tak tahu macam mana lagi nak sucikan nama sendiri yang dirosakkan orang. Entah macam mana aku nak padam fitnah tentang diriku yang telah sebati dalam ceritanya. 

Ya tidak perlulah cuba menerangkan sesuatu pada mereka yang cuma mahu dengar apa yang mereka percaya. Tetap salah apa yang aku buat, tetap khilaf apa yang aku cakap.


I'M not FINE.
Bukankah itu yang kau mahu dengar?

Follow

Friday, November 24, 2017

Betul ke Blogger Suria LekatLekit Kena Saman

Betul ke Blogger Suria Lekat Lekit Kena Saman | Mungkin blogger memang kenal dengan Kak Suria Lekatlekit dan kita sedia maklum yang kak Suria sedang berdepan satu kes saman sivil. Sesungguhnya itu satu ujian besar buat kak Suria, semoga Allah terus membantu beliau menegakkan kebenaran.

Tapi sedihnya, ada segelintir orang yang tak kenal Kak Suria malah meragui kes tersebut. Sudahlah meragui, tanpa hati perut terus mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati orang dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi orang lain yang nak membantu kak Suria supaya berfikir dua kali.

Tak kesian ke dengan Kak Suria hah korang ni. Kalau tak mampu membantu memudahkan beliau, janganlah korang susahkan pula. 

Orang tengah dalam masalah, janganlah kita ketawakan. Suatu hari nanti mungkin kita ditempat yang memerlukan kita menagih simpati orang lain.

But you've done, you'll get back. Buatlah perkara baik-baik sahaja, supaya perkara baik-baik juga yang melantun kat kita semula.


HABIS KENAPA SURIA TAK NAK REVEAL KENAPA DIA KENA SAMAN?

Ok korang takut kena tipu kan? Baiklah aku tolong explain ya. Kak Suria kena perintah injuksi dan akan dikenakan tindakan mahkamah kalau bercerita detail tentang kes saman ini. 

Blogger Suria ni memang kita tahu banyak buat review dan pendedahan tentang produk kecantikan untuk kebaikan masyarakat. Cukuplah kita tahu yang kak Suria ni telah dikenakan saman sivil kerana menulis satu pendedahan dalam blog beliau.

So lepas ni kalau korang mesej secara personal pun, tak payahlah nak korek sampai kelubang cacing, Marilah kita sama-sama tolong FAHAMI situasi kak Suria. 


KOS GUAMAN YANG DIPERLUKAN BLOGGER SURIA UNTUK FIGHT KEMBALI?

SUMBER : Facebook Suria Lekatlekit

Kos guaman sangat tinggi lebih kurang RM40K. Jadi berbagai usaha kak Suria buat untuk mengumpul dana bagi membayar kos guaman tu. 


Memang mencabar kerana Kak Suria cuma seorang blogger & surirumah yang mempunyai anak mild autisme. Saman ni pula difailkan di negeri pantai timur sedangkan beliau di Selangor. 


Mahu tak mahu, Kak Suria memang kena melawan membela diri, kalau tidak risiko beliau bakal berhutang RM 3 JUTA dan dimufliskan. Nauzubillahimizalik, Semoga Allah terus membuka jalan rezeki padamu.


BAGAIMANA INGIN MEMBANTU?

Alhamdulillah sekiranya ingin menghulurkan bantuan untuk perjuangan Blogger Suria Lekatlekit berlawan membela diri dan menegakkan kebenaran, ada beberapa cara yang kita boleh lakukan :

1) Salurkan bantuan terus ke akaun bank kak Suria Lekatlekit
Maybank account 162795008709 (Nursuria). Allah kata nak rezeki bertambah, kita kena belajar memberi dulu. Berilah semampu boleh, kita takkan jatuh miskin kerana bersedekah.

2) Gunakan servis review di blog Suria Lekatlekit
Upah kak Suria untuk review produk anda di blog beliau dengan upah yang mampu milik.

3) Gunakan servis entri berbayar dari Suria Lekatlekit
Tak cukup masa nak tulis blog tapi ada job nak buat? Upah saja kak Suria Lekatlekit untuk tuliskan entri anda dengan penulisan yang sempoi dan berkualiti.

4) Gunakan servis review di Facebook dengan bayaran yang rendah
Upah Suria Lekatlekit untuk review produk korang di facebook dengan bayaran serendah RM15, memang mampu milik harganya.

5) Tolong Viralkan Kes Kak Suria supaya ramai orang akan tahu
Share, share, dan terus share pasal kes Kak Suria. Bantu viralkan kes beliau supaya ramai orang tahu dan turut membantu. Mana tahu bila kes ni viral nanti kes Kak Suria dapat membuka mata pihak-pihak yang dapat memberikan bantuan lebih besar dari kita.

6) Sumbangan Doa
Sumbangkan doa untuk kekuatan Kak Suria menempuhi ujian berat ini dan semoga dipermudahkan urusan beliau.


Ikuti perkembangan semasa Blogger Suria LekatLekit Kena Saman ni dengan follow laman sosial beliau :

Facebook.-Suria Lekatlekit
Website    -www.lekatlekit.com
Email       -lekatlekitgurl@yahoo.com

Follow

Thursday, November 23, 2017

Kisah Benar Jumpa Toyol

Kisah Benar Jumpa Toyol |  Cerita yang aku nak tulis ni memang kisah benar yang terjadi kat rumah aku sendiri, tapi bukan aku yang ditakdirkan jumpa ni, tapi adik aku. 

Kisah Benar Jumpa Toyol

Masa adik-adik aku kecik, kami semua tidur kat ruang tamu ramai-ramai sebab semua takut nak tidur tanpa parents. Time tu kat kawasan rumah kami ada rumors pasal satu pasangan suami isteri yang bekerja 'mengubat orang' dikatakan 'membela'.

Ceritanya pada suatu hari adik aku si Liyana ni dia tidur lambat sikit dari orang lain. Masa dia terkebil-kebil nak tidur tu, tiba-tiba dia nampak ada budak kecik main lompat-lompat dekat tangga di hujung kepala dia.

Bila 'budak kecik'' tu nampak Yana tak tidur lagi, dia pun datang turun ke bawah dan datang dekat Yana. Yana cakap saiznya kecik je macam baby, seluruh badan dia hitam, muka dia kosong kecuali ada mulut dan gigi yang tajam saja.

"Eh tak seram ke Yana?" , Aku pelik la sebab adik aku boleh relax lagi kan bila bertembung dengan 'budak kecik' yang seram gitu. Tapi Yana cakap tak takut pun masa tu, mungkin terpukau ke, entahlah dia pun tak tahu kenapa dia tak rasa takut.

'Budak kecik' tu pun datang hampiri Yana dengan cerianya. Macam budak kecik yang happy dan comel walau hakikatnya rupa dia seram. Dia mulakan perbualan dengan Yana. Yana cakap suara dia kecik je dan comel.

"Macam mana nak bukak tin biskut?" dia tanya Yana.

So Yana fikir dia lapar la. Yana pun ajar, "Alaa hang ambik la garfu, lepastu bukak je."

"Alaa tak reti, tolong la ajar."

Masa Yana setuju nak ajar tu, tetiba Yana kata dia tersentak. Macam baru bangun dari tidur walaupun tak tidur. Dan 'budak kecik' tu hilang dari pandangan dia. Macam mana dia nak mimpi kalau belum tidur.


Esoknya, Yana cerita kat family pasal apa yang jadi malam tu. Apa lagi terkejutlah mama dan abah sebab hanya mereka yang tahu pasal 'TIN BISKUT' tu. Beberapa minggu sebelum tu sebenarnya duit abah selalu hilang dari dalam dompet.

Duit hilang ni boleh buat gaduh dan saling syak wasangka kan.

Jadi bila abah cerita dengan kawan abah, kawan abah ni cadangkan simpan duit dalam 'TIN BISKUT' supaya orang tak tahu.

Malah kami adik beradik pun tak tahu yang duit abah masa tu letak dalam tin biskut. Jadi mana logiknya Yana tetiba mimpi nak buka TIN BISKUT? Dah la biskut kering yang tak sedap tu lagilah kami tak peduli dengan tin tu, hahaha.

Misteri kan?

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tau apa sebenarnya yang terjadi. 

Monday, November 20, 2017

Tasneem Naturel Balm Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

Tasneem Naturel Balm Untuk Kegunaan Seisi Keluarga | Kalau ada yang tak tahu, balm ni adalah sejenis minyak urut berasaskan bahan semulajadi yang selalunya digunakan oleh kaum ibu untuk sapu selepas mandi atau sebelum tidur untuk buat baby rasa selesa.

Walaupun fungsi balm hampir sama macam minyak angin, istimewanya balm ini tidak panas (sebab tu sesuai untuk baby), bau balm lebih wangi dan segar, dan balm tidak meninggalkan kesan berminyak kat kulit selepas disapu.

Tasneem Naturel Balm
Koleksi Tasneem Naturel Balm


❤ Tasneem Naturel Balm 


Mesti ramai pernah dengar pasal Tasneem Naturel Balm yang semakin famous hari demi hari sekarang. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang, ahaha, tentulah Tasneem Naturel Balm ni semakin dikenali sebab kebaikannya yang banyak dikongsi oleh pelanggan yang berpuas hati, terutama kaum ibu yang sangat happy sebab Tasneem Naturel Balm ni banyak membantu buat baby mereka selesa!

Tasneem Naturel Balm ni adalah 100% pati minyak (essential oil) yang diperbuat dari bahan semulajadi. InsyaAllah, keselamat dan kesucian produk memang terjamin, lebih-lebih produk ini adalah keluaran bumiputera.

Lagipun, kebaikan balm Tasneem Naturel ni bukan saja untuk digunakan untuk bayi, tapi boleh dimanfaatkan oleh orang dewasa juga. Pendek kata, seisi keluarga boleh menggunakan Tasneem Naturel Balm yang best ini, hihi.


Tasneem Naturel Balm
Jenis-jenis Tasneem Naturel Balm : Calm Time, CF-Rub, Tummy Time, Sleep Time



❤ 4 Jenis Tasneem Naturel Balm 

Tasneem Naturel Balm ni datang dalam 4 jenis balm yang mempunyai kebaikan yang khusus dan lengkap untuk si manja mahupun kegunaan diri kita sendiri.

Calm Time Rub

Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile
Memberikan keselesaan kepada bayi
Mengurangkan keletihan dan tekanan
Bantu anak lebih tenang ketika tantrum

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan


CoughFlu Rub

Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
Bantu melegakan asthma
Mengurangkan suhu ketika demam

Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

Tummy Time Rub

Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Membuang angin dalam perut
Bantu melegakan perut sebu dan kembung

Sapu pada perut dan tapak kaki

Sleep Time Rub

 Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang
Bantu anak supaya mudah tidur lena
Bantu anak bangun dalam mood ceria
Membaiki kualiti tidur

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

❤ Review Tasneem Naturel Balm 

Personally, aku paling suka Calm Time rub & Cough-Flu Rub sebab sangat berguna untuk aku di tempat kerja. 

Cough-Flu Rub ibarat belangkas dengan aku, haha. Maklumlah aku kerja hampir setiap hari dari pagi sampai tengah malam (OT kumpul duit kahwin), dan aircond tempat kerja pula sangat menyengat sampai ke tulang kadang-kadang sejuknya tu. Keadaan ni buat hidung aku asyik berhingus je. Tambah pulak bad habit yang tak dapat tinggal air berais, aduh naya. 

Cough-Flu rub ni aku akan gosok atas hidung dan tekak pastu gosok-gosok. Aku offer kawan aku guna sekali sebab dia pun jadi berhingus macam aku, terus dia pun jatuh cinta dengan Tasneem Balm ni, hahah.

Bekerja dengan manusia ni macam-macam ragamnya. Kadang-kadang hampir hilang juga sabar aku nak handle pe'el masing-masing, lepas tu stress sorang-sorang. 

Jadi sekarang aku kena lebih bijak tangani stress tu dengan bernafas dalam-dalam, dan sapu Calm-Time rub di kawasan nadi ataupun hidu bau yang fresh tu untuk rasa lebih segar! Ayook jangan stress lama-lama, tak elok untuk kesihatan!

Sleep Time Rub tu aku share dengan anak-anak buah. Haha. Kemain seronok diorang menadah belakang untuk aku sapu sebelum tidur. Cepat sikit tidur diorang tu, kalau tidak pokpekpokpek tak larat nak melayannya. 

Aku pun dapat berehat yang berkualiti dengan Sleep Time Rub ni sebab kadang-kadang aku ni badan je penat, tapi mata taknak pejam, seksalah pagi esok. No worries, sekarang aku gosok-gosok Sleep Time di belakang telinga, kejap je mata layu lalu tertidur dengan nyenyaknya, yeay!

❤ Testimoni orang mengenai Tasneem Naturel Balm 






❤ Harga Tasneem Naturel Balm 

RM49.00/sekotak 

❤ Cara dapatkan Tasneem Naturel Balm 

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

Instagram
TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)

Facebook
 TASNEEM NATUREL HQ

Whatsapp
011-2096 4665

Web
www.tasneemnaturel.com





Follow

Hidup dengan 'Bitchy-Resting-Face'

Bitchy Resting Face 

A bitchy alternative to the usual blank look most people have. This is a condition affecting the facial muscles, suffered by millions of women worldwide. People suffering from bitchy resting face (BRF) have the tendency look hostile and/or judgemental at rest. Their expression does not necessarily reflect how they are feeling inside. BRF can ruin friendships and first impressions, start fights and kill an atmosphere.



Aku memang marah betul kalau ada orang cuba nak candid muka aku tanpa sedar, sebab memang hasilnya akan buruk angkara sindrom bitchy-resting-face yang mana muka aku selalu nampak masam mencuka bengis dan garang bila duduk saja-saja.

Antara buruk dan baik ada muka natural beauty ganas ni macam:


1) Orang Ingat Aku Sombong
Hampir 90% orang yang dah lama kenal aku akan cakap dialog macam "Dulu aku ingat hang sombong!" Haha. Well of course la aku tak sombong, mungkin pemalu tu ya, tapi selalu disalah erti dengan muka yang ketat dan kalau senyum pun kelat macam muka aku, sabar jelah. Hanya orang yang sudi kenali hati aku baru la tau aku macam mana, hehe. Tunang aku cakap funny,ekekeke :P


2) Tak Stress pun Nampak macam Stress
Bila tak stress pun nampak macam stress ni boleh menimbulkan rasa stress sebenar tau, haha. Kita duk relax ja tapi orang duk kata kita stress mau tak pening. Tapi tu la, kalau duk saja campur pakej termenung serius orang ingat aku ada masalah negara, haha. Sedih tul nak berangan lauk makan tengahhari pun orang ingat serabut kerja tak siap. 


3) Ikhlas tak ni?
Bila kawan minta tolong aku, then aku tolong tapi muka serius sangat orang jadi takut pula. Aku pulak rasa takkan nak renyih tiap masa lenguh la mulut aku, haha. Aku sebenarnya tak kisah pun nak tolong orang, hehe tapi orang pun kena la tolong faham yang muka aku je nampak macam nak makan orang, tapi aku cool je, haha.


4) Tak Photogenic untuk Gambar Candid
Ya please, please, please, janganlah candid gambar aku walaupun aku tengah happy masa tu, hahaha. Bukan apa, selain nampak hodoh dengan muka masam gitu, takut disalah erti yang aku tengah marah or sedih or tak puas hati pulak dalam gambar tu. Suruh aku sengih angkat peace dulu before snap ok.


5) Perisai Semulajadi
Satu yang aku paling suka dengan muka sendiri yang tak berapa mesra alam ni adalah......selalu jadi perisai dari diganggu buaya darat, HAHAHA. Mungkin orang takut nak kacau, atau mungkin juga orang tak selera, hahaha. Biasalah buaya darat suka yang comel lotey je sokmo. Alhamdulillah selamat kito, haha.


Jadi lepas ni kalau terserempak dengan aku yang muka macam tengah fikir bajet tahunan negara korang janganlah fikir aku sombong pulak tau. Haha aku ni muka je serius, hati bak kebun bunga. Acewahhh.

Follow

Sunday, November 19, 2017

Lirik Saling Merindui - Ayie Leon (Lagu Baru)


LIRIK SALING MERINDUI (LAGU BARU)

Usah kau tangiskan aduhai kekasih, 
Jangan merajuk menjauhkan diri.
Berapakah harga salah nak ditebus,
Memadaikah dengan gubahan ini?

Senyumlah kekasih hati sanubari,
Itulah hiasan disudut hati,
andainya kau padam api cinta ini,
Sengsaralah aku kelam sendirian.

Corus:
Pudarlah warna pelangi,
Turut gerhana mentari,
Keruhlah air dikali
Kerna setitis air matamu,
Duhai bungaku...

Andai kuada menyakiti hati,
maafkanlah daku oh kekasih,

Kurentasi jenuh aku mencari,
Kutemui mawar ditaman ini,
Kusedari biarpun kau berduri,
takku peduli, akan ku genggami,
inginku miliki,

Engkaulah bunga yang teristimewa,
kan ku belai memenuhi jiwa,
kau dan aku pasti saling merindu,
saling kasihi,
saling menyayangi,
saling merindui.

💙💙💙

Wow! Just wow! Kagum gila aku dengan suara brother Ayie dari kumpulan Leon (dulu terkenal dengan lagu Balasan Janji Palsu, dan Saling Merindu). Haha macam tertelan kaset kan, suara live dengan rakaman tak beza pun.

Aku ni memang peminat lagu jiwang 80-90an tau. Zaman bapak mengorat mama dengan petikan gitar dan karya lukisan-lukisannya, hihiks, puitis bapak gue lol. 

Tengok lirik lagu lama sudahlah, panjang dan bermakna tersirat lagi tersurat. Lagu sekarang tulis tiga baris then ulang sampai lebam, no offense but ini cuma pendapat aku je. Catchy, but seminggu je terus bosan.

Kalau kumpulan lama-lama dulu of course aku minat Iklim (sekarang minat Syafiq Farhain kahkah), Leon, Damasutra, Putra, BPR, Olan, Dinamik, dan ramai sangat-sangat lagi, haha.

Aku harap akan banyak lagi karya baru yang diberi nafas macam zaman 80-90 an baru feel nak layan, ihiks. 

Korang minat lagu jiwang macam iols tak? Hihi. 




Follow

Wednesday, November 15, 2017

5 Cara Kawal Berat Badan Walaupun Sibuk


Cara Kawal Berat Badan Walaupun Sibuk | Aku ni jenis kalau duduk rumah, sehari tak makan pun takpa. Yelah, duduk melingkar macam dugong terdampar, mana guna energy, so tak lapar pun perut. Tapi semuanya berubah bila aku start kerja,

Maklumlah, bila bekerja ni bukan tangan je tak boleh berhenti, mulut pun sama, ngapp ngapp ngapp setiap masa. Tak boleh skip langsung masa makan, nanti mulalah perut merintih. Hasilnya berat badan aku daripada 54kg naik ke 59kg dalam masa sebulan (1 Oct-31 Oct).

4 KILOGRAM! 59 kg tu kalau nak banding dengan tinggi aku 163cm masih dalam paras normal weight kalau kira BMI. Tapi aku tak boleh terima hakikat sebab lemak yang menggebu tu tumpu pada perut. Belly fat bukan saja tak cantik, tapi berbahaya juga, lubuk penyakit tu.

Nak exercise, tak cukup masa sebab aku kerja pagi sampai malam. Nak diet, aku tak boleh tahan rasa lapar perut ni. Arghhh semua tu alasan je sebenarnya. Itulah jadinya kalau plan nak turunkan berat badan dan maintain tapi takda hala tuju.

'When you failed to plan, you planned to fail.' Exactly. Aku ni bukan jenis pengalah, tapi tak kuat juga nak lawan nafsu sendiri ni kang buat-buat nyanyuk pula, exercise tidak tapi makan macam bela saka.

Alhamdullillah sekarang aku dapat jumpa solution untuk kawal berat badan. Current weight aku pada 14 November ini adalah 58kg. Dan belly fat mula kurang sikit. Penat oh kalau boroi ni, duduk pun semua terlipat-lipat, hahaha. Oklah tu aku puas hati bila nampak kesan ni, Insya Allah aku akan teruskan sampai dapat balik berat idaman aku 55kg dan shape badan yang fit, kan nak kahwin ni, ahaha, tetiba.


Apa yang aku buat untuk maintain berat badan walaupun jadual kerja memang pack dan selalu lapar?


1) Kawal nafsu makan - Payah memang payah sebab aku ni ada penyakit hyperthyroid, so double la azab nak kawal makan tu sebab aku selalu lapar.

Jadi aku download apps MyFitnessPal Calori Counter dari Google Store. Apps ni memang hebat sebab kau type je apa makanan yang kau makan, contoh 'kuih lompang;, 'nasi lemak' , semua ada dalam database dia. Kalau makanan dalam pack pun boleh scan barcode tu nanti dia akan detect kalori makanan tu. Mula-mula dia akan tetapkan kalori yang diperlukan badan kita untuk turun berat badan ideal, then dia kira la berapa kalori makanan kita sehari, berapa kalori terbakar bila kita exercise atau mengemas rumah, then setiap malam dia buat kesimpulan berapa berat kita akan capai kalau kita teruskan ikut kalori yang dia bagi.



2) Senaman 7 Minit Sehari - Ya senaman pun aku memerlukan bantuan apps untuk guide. Haha maklumlah tak mampu nak pergi gym dan bayar trainer. Ala zaman sekarang ni dihujung jari je, dalam apps 7 Minute Workout ni, kita boleh pilih apa saja jenis senaman yang kita nak. Sebut je nak bentuk abs perut ke, nak punggung solid ke, nak bina badan ke, nak senaman untuk stamina ke, semua ada.

Hanya 7 minit sekali sesi, tapi memang all out la. Serius memang lencun kalau ikut betul-betul. Penat beb. Tapi nak kurus punya pasal. Yang bestnya, dia bagitau berapa kalori kita burn satu sesi tu. Bagus, boleh key in terus dalam apps MyFitnessPal Calori Counter tu terus (rujuk point no 1).



3) Banyakkan berdiri kat tempat kerja - Kerja aku ni tak tentu, kalau hari busy memang syoklah bakar lemak-lemak kat badan ni kehulu kehilir buat kerja. Tapi kalau hari tenang, memang duduk jelah nak menulis mengira semua.

Jadi aku akan buat kerja sambil berdiri, so bila berdiri ni banyak sikit pergerakan, goyang sana, goyang sini, barulah aktif sikit segala otot-otot badan ni bila digunakan selalu.


4) Senaman atas kerusi kerja - Workout kat tempat kerja memang pelik la pulak kan, Tapi encik tunang cadangkan aku buat senaman L atas kerusi. Caranya, duduk tegak atas kerusi, dan cuba angkat kedua belah kaki setinggi yang mampu. Kalau boleh sampai jadi macam bentuk L la (90 darjah), 

Perghhh aku rasa angkat sikit dah nak putus urat peha. Tapi aku tahu la tak mustahil sebab en tunang buat relax je walaupun badan montel,hahaha. Takpa-takpa, sis akan cuba sampai boleh. Senaman ni untuk perut juga, nak hilangkan belly fat tu so kena guna muscle perut dan kaki la.

5) Stop Supper - Balik kerja setiap hari hampir jam 11 malam, dan aku selalu akan makan nasik juga sebelum tidur. Memang amalan tak sihat kan, tapi yelah lapar kot balik keje.

Jadi sekarang aku akan stop makan tengah malam, tapi gantikan dengan minuman saja, green tea suam tanpa gula dan susu. Rasa nak menangis juga tahan lapar tu, macam sekarang lah, aku nak hilangkan rasa lapar sambil taip entry ni, 

HAHA, kenapa tak tidur je? Sebab malam aku akan buat job berkaitan blog la pula, edit blog, entry review, tulis entry, semuanya aku pulun masa balik kerja la. Kan aku dah tulis kat tajuk tu '5 Cara Kawal Berat Badan WALAUPUN SIBUK' , yes jadual aku memang sibuk betul.

Baiklah aku harap aku dapat istiqamah dalam menurunkan berat badan walaupun busy kemain mengalahkan YB kawasan, haha. Kalau korang nak try apps tu nanti, download je kat phone sebab free je, serius berbaloi. Err tapi android la, kalau IOS aku tak pastu ada tak.

WISH ME LUCK! Tata!


Follow

Monday, November 13, 2017

Blog Mayy Jie Bertukar Domain



Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini aku nak merasmikan domain baru untuk www.missobsesi.blogspot.my yang telah bertukar kepada WWW.NOORMAIZAN.COM. Alhamdulillah, finally dapat juga belanja blog sendiri dengan hasil titik peluh dari blogging sendiri.

Walaupun adsenseku kini merajuk entah ke mana, aku redho jelah sambil cari jalan nak pujuk dia balik, sobs.

Apapun! 

Terima kasih kerana selalu support jatuh naik blog aku ni ye, aku sayang semua readers blog ni 💓



Follow

Sunday, November 12, 2017

Jika Bukan Jodoh

I think it's strange that you think I'm funny 'cause he never did
Kalau Taylor Swift tulis lagu berdasarkan pengalaman dia, maknanya sama lah pengalaman kami, hahaha! Ada ex boyfriend bukanlah perkara yang menyedihkan sangat pun, dan kesilapan lalu boleh dijadikan kayu ukur supaya kita tak mengulangi kebodohan mempercayai orang yang salah lagi.

"Saya tengok orang lain selalu gelak-gelak bila on call dengan girlfriend masing-masing. Tapi kita ? Awak ni membosankan!"

My ex said that to me. Honestly it hurt like hell, yelahh orang yang kita ingat soulmate kita sendiri kata kita membosankan, macam mana nak grow old together kan. Rupanya itu hint dia untuk berpisah, kenapalah aku slow sangat masa tu untuk faham yang kami tak mungkin dapat bersama lagi.

Bukan tak faham, cuma tak nak faham. Takut sangat nak hidup sendirian, aku bayangkan dunia akan sepi. Alahai. Akhirnya bila terpisah jua kami, aku fikir dia lelaki jahat! Sampai sanggup melukakan aku.

Damn, I'm wrong!

Bila Allah letak tanda noktah, sepatutnya aku tak payah sambung dengan tanda soal. Sebab semua yang berlaku pastilah ada hikmahnya.

Aku pasti dia sedang ketawa mengekek-ngekek dengan cinta sejatinya, dan cinta sejatiku pula terus terbahak-bahak dengan jenakaku. 

Jika bukan jodoh, mana datang keserasian, dan patutlah orang yang salah dulu tidak pernah rasa bahagia walau sedaya mana aku usaha.

Dan aku salah dengan menganggap dia seorang lelaki jahat. Aku selfish sebenarnya bila memaksa dia untuk sayang aku balik macam mana aku cuba sayang dia.

Sekeras mana pun lelaki, dia akan lemah dengan perempuan yang dia cinta. 

Dia bukan jahat, dia cuma tidak cintakan aku. Dan aku tak sepatutnya paksa itu.

🎜🎜I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe I watched it begin again🎜🎜


Follow

Monday, October 16, 2017

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat | Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan kerja yang aku ceburi sekarang. Walaupun jauh sekali dari bidang biomolikular sains ke kilang fabrik, tapi aku bersyukur kerana ini juga adalah rezeki untuk aku (rezeki pengalaman & rezeki wang).

When opportunity doesn't knock, Build a door,

Bukan tak cari kerja dalam bidang sendiri, tapi rezeki masih belum ada. Mungkin ada lah tu hikmahnya aku belum dapat kerja tetap. Aku faham, bukan semua doa kita akan dimakbulkan serta merta, adakalanya Allah dah siapkan plan yang lebih baik dari apa yang kita rancang. Have faith dear self. Jadi bila akhirnya aku dapat peluang kerja dengan company fabrik perabot ni, aku terima dan bersyukur apa adanya.

Bila muka karier dari bawah, atau kata lainnya jadi KULI, memang cabaran dasyat sekali. Terutama bila cabaran sebagai kuli bertembung dengan EGO diri yang tak nak kalah. Penat juga nak pujuk diri sendiri supaya jangan downgradekan diri turun sekadar nak berlawan dengan orang-orang yang fussy, sombong etc. 

KULI juga sinonim dengan BULI, tapi alhamdulillah tempat kerja aku harmoni la juga setakat ni. So that I can work happily~! InsyaAllah apa jua cabaran mendatang tak akan aku tepis tapi aku akan cuba untuk solve sampai bereh. 

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat
Avoid overthinking, just RELAX

Seperti masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembekk, begitulah aku bila mula masuk dalam bekerja dalam company ni. Apa yang aku buat untuk menyesuaikan diri dalam tempat orang ni?

1) Datang awal - Aku susah untuk bertenang terutama dalam environment asing sebab senang kena panic attack. So aku pastikan aku datang awal untuk ambil masa bertenang sikit sebelum memulakan sesuatu.
(point-Punctual)

2) Bersedia untuk mendengar arahan - Di tempat kerja, tidak kira apa pun taraf pendidikan kita, kita wajib mendengar arahan dan tunjuk ajar dari orang berpengalaman di situ. Jangan berlagak nanti orang benci, susah hidup kita.
(point- Fast Learner)

3) Belajar pasal apa  yang kita buat - Lupakan sebentar passion kerjaya impian kita bila masa kerja. Fokus untuk belajar tentang apa yang kita buat, barulah boleh pupuk rasa cinta dengan kerjaya sendiri. Seronok dapat timba ilmu ni, tambah-tambah pasal sesuatu yang kita tak pernah tahu pun.
(point - Willing to Learn)

4) Buat sesuatu, buat sungguh-sungguh - Apa yang kita buat, buat dengan hati dan semangat. Cakap pasal kerja, semua orang boleh kerja, tapi kita pastikan kita ikhlas dalam bekerja. Ikhlas memberi khidmat. Jika dapat satu task tu, cuba selesaikan dengan baik dan teliti. Semoga rezeki kita akan lebih berkat.
(point- Strong work ethic)

5) Berkawan dengan pekerja lain - Work environment aku lebih ramai bangsa Cina tapi tak ada masalah untuk aku berinteraksi dengan mereka. Kita kan 1 Malaysia. Yang penting saling menghormati agama masing-masing. Ada kawan ni senang, takdalah semua benda nak terus rujuk bos, tanya-tanya dulu kawan-kawan. Jika ada masalah yang boleh settle, boleh terus settle situ je.
(point- Team Work)


PUNCTUAL, FAST-LEARNER, ALWAYS WILLING TO LEARN, STRONG WORK ETHIC, TEAM WORK!

Point yang aku bold kan itu adalah nilai murni yang aku terapkan dalam diri supaya apa yang aku nyatakan dalam resume tu adalah bukan omong kosong. Pekerjaan aku hari ini memang biasa tapi alhamdulillah banyak menolong aku improve communication skill aku yang sangat teruk (pemalu + anxiety + panic attack + rapid heart rate).


Kerja keras,kerja keras juga, tapi aku takkan bawak balik kerja untuk siapkan kat rumah walau apa pun terjadi. Hahaha. Sebab aku kan ada baby, kesian Udin seharian tunggu aku balik, takkan balik rumah pun nak fokus kerja kan. Hidup kita ni ada komitmen selain kerja juga. 

Kalau kejarkan kerja yang betul-betul aku nak, memang susahlah nak dapat zaman sekarang ni. Jadi aku harap tindakan aku untuk kerja dulu dalam industry yang lari jauh dari course zaman belajar ni adalah pilihan yang tepat. Aamiin. 


Korang dapat kerjaya idaman sendiri tak? Atau sama-sama struggle dalam bidang yang kita tak pernah terfikir untuk terlibat?


Follow

Sunday, October 15, 2017

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada | Abah dan mama selalu berpesan, "rezeki itu ada, cuma datang lambat atau cepat saja." Mereka selalu memastikan kami cukup semua keperluan, tetapi kalau bab 'KEMAHUAN', kami perlu banyak bersabar untuk mendapatkan sesuatu itu.

'SABAR' itu bukan perkara yang mudah, terutama untuk budak kecik (masa dulu). Tapi kalau menangis meraung pun, selagi belum sampai masanya, aku tetap takkan dapat miliki sesuatu kemahuan itu. Akhirnya aku belajar untuk bersabar demi apa-apa keinginan walaupun rasa hati tu melonjak-lonjak nak cepat-cepat.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Hikmah bersabar sebelum dapat memiliki apa yang kita inginkan tu, bila dah dapat, kita akan rasa lebih menghargai benda tu. Tak kira lah benda murah atau mahal nilainya, perasaan tu memang akan rasa lain sikit. Benda yang senang nak dapat ni walaupun mahal, tapi susah untuk orang hargai. 

Sekarang ni, ramai yang tengah gembira dengan berita kehamilan Dato Siti Nurhaliza kan. I'm not really her die hard fan tapi tak ada reasons untuk tak suka beliau yang sangat sweet and humble tu. Alhamdulillah, happy for them. Tahniah Dato' Ct dan pasangan, semoga dipermudahkan urusan.

Memang perkara ini pun salah satu bukti bahawa rezeki tu ada, Allah cuma nak kita usaha. Janganlah sesekali berputus asa dengan nikmat Allah ya, pesanan untuk diri sendiri juga.

Masa tengok kawan-kawan dah kahwin, berkeluarga, dulu ada terfikir juga kenapa aku tak dapat 'rezeki' macam tu lagi. Tapi alhamdulillah rupanya 'rezeki' aku untuk terus hidup dan bermanja dengan mama & abah lagi.

Rezeki untuk kahwin akan datang nanti. Tak lama dah, kena sabar sikit lagi, hihi. Dalam masa bersabar ni juga kenalah usaha kan. Haha, maafkan saya encik tunang sebab tak ada hasil lagi, sedangkan beliau yang umur sebaya dah berjaya beli sebuah rumah untuk masa hadapan. Huhuhu, jauh betul ketinggalan aku ni. :P

Apapun, aku doakan semoga semua orang yang sedang bersabar dengan permintaannya ketika ini, semoga ditunaikan Allah.

Assalamualaikum :')

Kita hanya hamba, memang perlu meminta dari-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Follow

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Click Banner To Join Us!

Hi, malam ni tertarik nak join giveaway anjuran Kak Siqah tersayang pula. Kak Siqah ni sinonim dengan buku, tak hairanlah giveaway anjuran beliau pun bertemakan BUKU.

Dua buah buku disediakan sebagai hadiah...
1. Hati Ini MilikMu - Yasmin Mogahed (versi Bahasa Melayu) 
2. How to be Interesting (In 10 simple steps)

Dannn menurut Kak Siqah lagi, pemenang akan dapat hadiah MISTERI juga selain hadiah buku tu. Misteri ni buat rasa suspen dupdapdupdap ni.

Giveaway ini akan tamat pada 12 November 2017 ni tau, so cepat-cepat join mana yang tak join lagi sebab syarat pun senang aje.

Good luck semua!


Follow

Friday, October 13, 2017

Apabila dipandang Rendah oleh Orang Lain

Dipandang Rendah oleh Orang Lain | Sesiapa pun mesti tak suka apabila dipandang rendah atau sebelah mata saja oleh orang lain. Biasalah bila hidup dalam masyarakat ni, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pantang ada kekurangan saja akan ada golongan yang suka menghakimi orang lain.

Memandang rendah orang lain memang perbuatan yang sangat tidak baik. Selain dapat membunuh keyakinan diri orang lain, perbuatan ini juga mengundang rasa riak' dalam hati kita. Memandang orang rendah akan orang lain, adakah kita fikir kita akan selamanya berada dipuncak? Hidup ini kan ibarat roda, sentiasa berpusing, ingat tu!

  • Pandang rendah orang yang dah dewasa baru nak belajar baca Al-quran, sudah sempurnakah bacaan kamu?
  • Pandang rendah cashier di pasaraya, mungkin dia buat part-time sambil menghabiskan pengajian masternya. 
  • Pandang rendah orang tak berpelajaran, mungkin rezekinya lebih murah dari kamu. 
  • Pandang rendah orang berpelajaran tinggi tapi masih tiada kerja tetap, mungkin ilmunya suatu hari nanti yang akan membantu kamu. 

Apabila dipandang Rendah oleh Orang Lain
You Will Be Wrong!

Apa yang kita perlu buat sekiranya ada orang pandang kita sebelah mata ni? Sakit hati memang sakit hati tapi kadang-kala kita perlu tengok sesuatu situasi dari sudut positifnya. Fuh, macam mana tu?

1) Jangan Pendam Dalam Hati

Jika kita terguris dengan apa yang mereka katakan, jangan pendam dalam hati terlalu lama. Kalau dipendam terlalu lama, bimbang perasaan kita bertukar menjadi benci dan dendam. Anggap saja tohmahan orang lain masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kita tak boleh tutup mulut orang, tapi yang pasti kita lebih kenal diri kita. Lagipun kebanyakan yang memandang rendah kita bukanlah orang yang terdekat dalam hidup kita, tak perlu tambah tekanan diri sebab orang yang tidak penting.

2) Maafkan Mereka yang Memandang Rendah Kita

Hidup ini terlalu pendek untuk dendam dan perasaan marah. Maafkan mereka yang memandang rendah kita, untuk ketenangan jiwa kita sendiri, walaupun mereka tidak memohon maaf. Tidak mengapalah, anggap saja mereka tidak kenal kita luar dalam. Kita ini 'tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji'. Move on dan teruskan hidup dengan happy!

3) Jadikan Hinaan sebagai Motivasi untuk Lebih Berjaya

Nilaikan semula segala tohmahan, cacian, hinaan, dan jelingan mereka, analisis apa yang tak kena dengan kita untuk kita ubah diri jadi lebih berjaya. Jika kita memang salah, maka berubahlah kearah lebih maju. Kalau kita benar tapi orang masih suka memandang rendah kita, tidak mengapalah. Redha Allah lebih penting dari pendapat manusia yang suka berprasangka.

4) Buktikan Pendapat Mereka Salah

Usaha keras untuk buktikan tanggapan mereka mengenai kita salah. Hihi lagi senang bila orang underestimate diri kita, sebab dia tak akan tahu tahap sebenar kebolehan kita. Buktikan kita tak semudah yang mereka sangka. Sesekali kena ajar sikit orang yang suka pandang orang lain sebelah mata macam dia saja hebat dalam dunia ni.

5) Tilik Diri Sendiri, adakah ini Kifarah?

Kita ni manusia. Kalau orang buat kita, kita rasa pedih, tapi kadang-kadang kita tak sedar kita pun ada buat orang lain. Mungkin orang memandang rendah kita adalah kifarah kerana sifat riak' yang juga ada sekelumit dalam hati kita. Check balik hubungan kita dengan semua orang, even makcik pakcik cleaner, makcik kantin, abang kantin, kakak kantin semua. Ada tak kita pandang rendah mereka, sombong bila bertembung, senyum tak masa terserempak. Kalau kita pun sombong, janganlah mengharap orang akan baik dengan kita. 

Moga kita juga tidak memandang rendah dan berfikiran buruk tentang orang lain

Pendek kata, tak salah kalau kita terasa sedih jika ada orang memandang rendah dengan kita, kita cuma manusia yang punya perasaan. Tapi lepas sedih tu, bangkit semula dan buktikan pendapat buruk mereka semua salah. Yang penting, Allah dan diri lebih kenal siapa kita. 

Dan jangan buat kat orang lain perkara yang kita tak nak orang buat kat kita. Kita mahu orang percaya dan tidak pandang kita sebelah mata, tapi kita perlulah mulakan langkah pertama untuk lebih hormat dan baik dengan orang lain.


LIFE IS SHORT, MAKE IT SWEET BABE~!

Follow

GIVEAWAY REFRESH BLOG

Click To Join Us!

>>><<<
KLIK BUTTON DIATAS UNTUK DENGAR

Lirik Lagu Biar – Fynn Jamal

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Ayahanda beta
Kekasih beta

♥♥♥

Aku seorang peminat Fynn Jamal, yang jatuh hati dengan karya ikhlas dari hatinya. Dan salah satu puisi berlagunya yang sangat aku suka adalah 'BIAR'. Sebuah lagu bisik hati seorang anak pada orang tuanya. Mak bapak kita, AYAHANDA kita :)

Lagu ini buat aku tersedar betapa tak terbalas perih jerih abah yang setiap hari membanting tulang mencari rezeki untuk hidup kami anak beranak. Dan mama yang mengorbankan kerjayanya ketika dipuncak untuk menjaga kami, anak-anaknya.


🎜🎜Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga🎜🎜


Sampai umur kita ke satu tahap, kita sudah pandai mahu rebel. Remaja, kemuncak masa kita mahu cari identiti diri sendiri. Ayahanda bonda dikatakan tidak faham hati kita, hanya KAWAN yang kita percaya. Walau akhirnya KAWAN pun pergi juga meninggalkan kita, hanya Ayahanda Bonda kita yang masih setia disisi.


🎜🎜Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan,ku sesat kau tunjuk jalan?🎜🎜


Semoga mereka memaafkan dosa laluku yang kadang-kala membelakangi mereka dalam membuat keputusan. Apabila terkandas, mereka jugalah yang kucari. Ayahanda, bonda, mohon teruskan memimpinku dalam landasan hidup walau aku kini sudah dewasa.


🎜🎜Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi🎜🎜


Terima kasih atas kawalan ketat terhadap diriku pada masa keliru seperti itu. Belum tentu aku dapat menjaga diri ku sendiri seperti kalian yang membelaiku.

Ya Allah, berkatilah rezekiku walau sekecil atau sebesar apapun, supaya sentiasa cukup untuk membahagiakan mereka.

🎜🎜Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti🎜🎜

♥♥♥

Apa lagu favorite korang pula? Ada kisah tak disebaliknya, atau korang suka muziknya dari lirik? Sharelah sekali dengan Kak Shalimar yang nak berikan hadiah kepada peserta bertuah Giveaway Refresh Blog anjurannya. Klik banner kat atas ya untuk join. All the best!

Follow

Wednesday, October 11, 2017

Tersenarai Bloglist Tuan Hasrul Hassan & Cara Memanfaatkannya

Tersenarai Bloglist Tuan Hasrul Hassan | Alhamdulillah, tak sangka blog picisan aku ini akhirnya ada rezeki untuk menerobos masuk ke dalam blog hebat www.hasrulhassan.com . Harap peluang yang datang ni tak disia-siakan aku lah. Huhu nak buat macam mana, aku baru nak start bekerja, belum dapat adapt lagi dengan dunia busy bee macam ni. 

Blog Hasrul Hassan
Template Yang Ekslusif


Bagaimana Nak Manfaatkan Peluang Masuk Bloglist ni?

1. Update! Update! Update! Hanya dengan update akan dapat buat aku terus berada carta teratas dalam bloglist tu. Kalau terpuruk kat bawah siapa nak scroll kan, nampak sangat blog pun tak aktif, tuan pun pemalas, Pesaing dalam bloglist tu hebak2 belake.

2. Update entry berkualiti, haha. Kalau duduk atas tapi entry entah apa-apa pun tak guna juga. Dulu memang la blog ni just macam diari, tapi hari ini semua pembaca blog dahagakannnn ilmu so kenalah tulis sesuatu yang bermanfaat. Aku tak janji penulisan yang banyak manfaat, tapi mesti adalah sikit pun. InsyaAllah, semuanya pengalaman jujur aku je dalam ni.

3. Tambah networking. InsyaAllah dengan masuk bloglist ramai blogger lain, tambah-tambah blogger yang sedia femes, kita mesti akan terima tempias tetamu yang singgah ke blog kita. Bila ada tetamu yang rajin blogwalking dan komen tu kenalah layan baik-baik. Sibuk tak sempat reply komen dimaafkan, tapi WAJIB SINGGAH BALAS KOMEN ENTRY BLOGGER TU BALIK!

Hehe cukuplah tu tiga, ada idea lagi tak macam mana nak manfaatkan peluang kalau jadi bloglist orang ni? Tambah kat komen tau, jangan segan silu.

Apapun aku nak share manfaat kalau korang buka blog Tuan Hasrul Hassan sikit, hihi. Eh tak sikit la manfaat dalam ni, banyak tau. 

Daripada tips untuk lifestyle & kesihatan, sampailah tips-tips berguna untuk memantapkan blog. Memang terbaik la setiap penulisan Tuan Hassan, walaupun entry panjang, tapi mudah difahami.

Anddd I suka template blog Tuan HH yang macam magazine tu. Memang ikut trend sekarang dan RESPONSIVE! 

Paling penting, walaupun gap blog picisan ini nak kejar blog Tuan HH memang jauh, Tuan HH ni tak sombong. Kalau tak percaya addlah fb beliau. Kesudian beliau memasukkan blog yang masih memakai domain percuma ni kedalam bloglist pun amatlahhhh dihargai.


Follow