Group Facebook 'Kami Suka Terjah Blog'
Selamat pagi, assalamualaikum semua :D,

Topik aku nak membebel pagi ni adalah 'JOM TINGKATKAN TRAFIK BLOG DENGAN GROUP FACEBOOK'. 

Kalau nak berjaya dalam dunia blogging ni, kunci utamanya adalah mempromosikan blog kita macam yang aku pernah share dalam entry Belajar Buat Blog  dulu... Kalau orang tak kenal blog kita, macam mana orang nak jatuh cinta, ye tak?

Kalau kerja kita just tulis entry dan publish sahaja, lepastu tak buat apa-apa dah, blogwalking tak mahu, at least singgah balas blog orang yang komen blog kita pun tak mahu, gulung tikarlah blog kita. Sebab orang pun tak ingin nak kenal kita. Hahah.

Bagi aku, banyak cara sebenarnya untuk mempromosikan blog kita, contoh paling mudah blogwalking. Ataupun boleh guna pinterest & bloglovin tapi dua cara ni akan lebih berkesan kalau blog kita dalam English. Tapi tak apa, sebab penyumbang kedua terbesar untuk trafik blog aku selepas Google adalah Facebook

Sebenarnya aku tidak berapa selesa untuk pin entry aku dalam personal Facebook kerana bukannya akan dapat sambutan pun. Salah aku juga sebab tak add ramai blogger, hahaha. Eh kalau macam tu trafik yang bertimbun dari Facebook tu datang dari celah mana pulak?

Jeng jeng jeng, mestilah group-group blogger dalam Facebook yang aku join. Tapi menyedihkan juga sebab kebelakang ni banyak group blogger di Facebook yang aku join macam dah hidup segan mati tak mahu je, krik krik krik.

Jangan risau sebab aku dah jumpa satu group yang aktif untuk kita promosikan blog kita disamping dapat trafik dan menyumbang trafik orang lain juga. Alaa win win situation disitu. Hihihi. Group 'Kami Suka Terjah Blog' dibina oleh Blogger Sis Hawa (http://sishawa.blogspot.my/).

Sesiapa pun boleh join group ni asalkan ada blog, kihkihkih. Ada beberapa syarat ringkas yang diberi, ala bukan apa, untuk menjaga keharmonian group juga.

Syarat untuk menjadi ahli group 'Kami Suka Terjah Blog'
.
♥ - Tidak di benarkan menggunakan kata-kata lucah, kesat, maki hamun dan lain2 yg seangkatan dengannya.
.
♥ - Tidak di benarkan promote apa2 produk jualan
.
♥ - Tidak di benarkan promote mana-mana link untuk kepentingan diri sendiri
.
♥ - Boleh promote segmen dan giveaway yang sedang di anjurkan di blog sendiri
.
♥- Boleh perkenalkan entry blog terkini
.
♥ - Soalan dan sebarang masalah yang berkaitan dengan blog juga di benarkan untuk perbincangan sesama ahli group.
.
♥ - Untuk masuk ke senarai terjah, sila singgah di semua blog yang sudah tersenarai di list ini >> https://goo.gl/NFgJVF
.
♥ - Sebaik saja selesai terjah semua blog (tak kisah walau sekadar singgah untuk follow atau klik ads), komen DONE dan berikan link blog sendiri di bahagian komen post ini untuk admin senaraikan link blog anda ke list terjah
.
♥ Blog yang telah tersenarai di atas perlu klik dan terjah semua link blog yang baru di senaraikan di list tersebut

Okaylah aku akan ringkaskan apa motif sebenarnya blog ini dibina. Disebabkan ini adalah group yang baru wujud, tentunya para blogger yang join tu adalah blogger yang masih aktif. Jadi besar kemungkinan untuk mereka menyinggah blog kita jika kita ping entry terkini kita dalam blog tersebut. Ini juga satu kelebihan kalau kita nak promote giveaway or segmen kita. Tapi iklan atau produk jualan....is a big NO  okay!

Dalam group ini juga ada SENARAI TERJAH. Dalam senarai terjah ni tiada paksaan siapa nak join atau taknak join. Tapi kalau join, blog kita akan tersenarai dalam list tu, dan semua orang yang juga ada dalam list tu WAJIB singgah blog kita, tak kisah la masuk nak follow, blogwalking, atau klik iklan pun. Dan balasannya kita pun WAJIB singgah ke blog mereka juga.

Selain itu kita juga dibenarkan untuk mulakan diskusi tentang masalah dalam blogging dalam group ini. Yelah kalau ada masalah apa salahnya kita tanya kan, mana tahu ada yang pakar boleh selamatkan blog kita.

Jadi sesiapa yang nak join group ini jemputlah request di >>SINI<< nanti Mai atau sesiapa yang tengah online masa tu akan approve.

Dan jemputlah add Facebook personal Mai juga >>Noor Maizan<< .


Follow