Saturday, December 31, 2016

Harga Minyak Naik Lagi Sempena Tahun Baru 2017


Harga Terbaru Minyak Ron 95, Ron 97 Dan Diesel Bermula Malam Tahun Baru

Hahaha. Mampu gelak jelah baca yang harga minyak naik lagi tahun baru ni. Harga minyak Ron95, Ron97 dan Diesel dilaporkan meningkat sebanyak RM0.15-RM0.20 seliter dan berkuat kuasa jam 12.01 pagi 1 Januari 2017.

JENIS
HARGA ASAL
JUMLAH PENINGKATAN
HARGA SELEPAS
RON95
RM1.90 seliter
RM0.20 seliter
RM2.10
RON97
RM2.25 seliter
RM0.15 seliter
RM2.40
Diesel
RM1.85 seliter
RM0.20 seliter
RM2.05

Menutup Tirai 2016



Selamat menutup tirai 2016, semoga tahun yang berlalu ini meninggalkan pelbagai kenangan yang bermakna dalam hidup kita. Ada yang buruk untuk dijadikan pengajaran, banyak juga yang baik untuk dijadikan memori indah. 

My beautiful memories in 2016
  • Berjaya habiskan final year project (FYP) dan memeluk buku thesis sendiri dengan perasaan bangga dan terharu.
  • Habiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Biomolikul on time dengan pointer yang puas hati sendiri, sendiri je, bos entah ler, hahaha.
  • Dapat anak buah baru, Muhammad Kaiser Adryan.
  • Kembali aktif berblog setelah lama menyepi.
  • Semua orang balik berkumpul raya 2016 ni, lengkap semua.
  • Berat badan turun mencecah 53kg (sebenarnya ni masalah tapi aku happy so anggaplah ia rezeki, hahaha)
  • Encik #Bestfriendforeverforlife membawa keluarganya beraya dan berkenal-kenalan dengan family kite, eh. 😉.


Himpunan Idea Nak Update Blog



Buntu nak update entri tapi idea tak kunjung tiba? Asyik terkena writer's block? Hahahaha, biasalah tu aku pun sama. So kali ni nak share rahsia dari mana aku selalu lepak cari idea untuk update blog...Diorang ni semua memang awesomelah sebab banyak betul idea untuk dikongsi, tabik lah.

01. 50 Idea Untuk Blog Post - Busyra Takiyudin (KLIK SINI)
02. A-Z Blog Topics Idea - Azreen Sofia (KLIK SINI)
03. 100+ Blog Posts Idea - Azreen Sofia (KLIK SINI)
04. 101 Blog Post Ideas  - Karen (KLIK SINI)
05. 75 Blog Post Ideas - Helene (KLIK SINI)
06. Blog Post Ideas - Fatina Mdzfr (KLIK SINI)

Banyak tak stok idea aku share ni? Best kan! Daebak lah semua idea ni. Aku share kat sini pun untuk rujukan diri sendiri juga nanti bila syndrome writer's block menyerang. 

Friday, December 30, 2016

Kenapa Bloglist Penting?



Apakah kepentingan bloglist untuk kita? Perlukah ada bloglist dalam sidebar or footer blog, mungkin ada yang berpendapat akan menyemakkan ruangan blog mereka. Pada aku, bloglist sangat penting untuk berada dalam blog aku, dan juga penting untuk aku berada dalam senarai bloglist orang lain. Sebab itulah aku tak kisah nak letakkan tak kisah berapa banyak blog yang aku bekenan dalam bloglist blog aku ni, sebab dia bagi benefits both ways, untuk mereka dan juga aku. Hehehe.

Kenapa Bloglist Penting Sangat?

01. Memudahkan aku untuk blogwalking 
Aku sejenis manusia yang selalu usha bloglist sendiri, dan bila aku nampak ada entri baru up je aku akan terus terjah dari bloglist aku. Terutamanya bila kesuntukan masa, aku tak sempat nak buka reading list kat dashboard tu dah, so kalau aku blogwalking pun hanyalah dari senarai bloglist aku je. 

02. Tahu bila rakan blogger update
Dari bloglist juga aku boleh dapat tahu isu semasa bila rakan blogger lain update.Blogger ni macam berjiran, so kalau tetiba seseorang tu senyap je tak berupdate aku akan perasan la dari bloglist aku, apo konolah blogger si polan tu membisu, bolehlah jenguk-jenguk bertanya khabar. Kalau rindu blogger mana-mana yang lama tak berupdate pun aku terjah je dari bloglist tu baca entry lama dia, takdelah aku lupa kewujudannya.

03. Support rakan blogger
Bila aku masukkan blog orang lain dalam bloglist, automaticlah reader aku pun akan nampak list tu dan klik masuk ke blog yang mereka berkenan dihati, cewahh. Itulah cara aku nak support rakan blogger lain, iaitu dengan cara promote mereka secara tidak langsung dari bloglist aku. 

04. Sebagai backlink blog kita
Bila kita dimasukkan dalam bloglist orang lain, so kita dah dapat backlink dari blog tersebut. Kalau satu blog masukkan kita, dah dapat satu backlink, bayangkan kalau beratus beribu masukkan kita sebagai bloglist diorang, jadi banyaklah backlink yang kita dapat. Fungsi backlink ni adalah memudahkan 'spider' (google assistant) untuk crawl index blog kita. Semakin banyak blog kita dilawat oleh 'spider' ni, semakin cerah peluang kita untuk keluar kat first page google search. Pergh, best, best!

05. Mengeratkan hubungan sesama blogger
Pernah tengokkan banyak segmen bloglist yang diwujudkan, dah tentu segmen-segmen macam tu akan mengeratkan hubungan sesama blogger. Hihihi. Blogger yang sombong mana boleh hidup lama dalam medan menulis ni. Aku jenis tak minat buat segmen untuk cari bloglist kat blog aku ni, malas nak kumpul nama, hahahahaha, cara aku pula exchange bloglist, siapa yang letak aku dalam bloglist dia nanti aku letak la balik kat bloglist aku, jangan pula tak habaq, takut tak perasan... Hehehehe, kalau aku terjumpa tu laju-laju aku bookmark nak masukkan balik dalam bloglist aku. So siapa masukkan aku dalam bloglist dia tolong habaq sat naaa. Hehehe. 

Amacam 5 sebab yang aku bagi ni cukup tak nak membuktikan betapa bestnya bloglist ni. Dikesempatan ni juga aku nak mengajak korang untuk masuk dalam Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my milik blogger Ahmad Hasif, caranya mudah je, tinggalkan link korang kat SINI. Jomlah ramai-ramai hebahkan peluang untuk masuk ke Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my ni. 

Giveaway Planner 2017 by @papernplanner


Giveaway Planner 2017 by @papernplanner
~KLIK BANNER UNTUK JOIN~

Instagram Mai : @noormaizan 

Whatever Apa-Apa Sahaja


Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke blog Whatever Apa-apa Sahaja, the first thing yang menarik perhatian saya mestilah link blog ini sendiri yang....perghhh sempoi baqhang. Hahaha. 

A BLOG ABOUT LIFESTYLE, SHOPPING, RECIPE, FOODS, HOBBY, ACTIVITIES, CRAFT AND SO CALLED WHATEVER APA-APA SAHAJA..

Yang saya suka pasal blog Whatever Apa-apa Sahaja adalah kerana description blog yang lengkap, so sebagai guideline la untuk pengunjung baru macam saya. Gambar penulis! Ya kalau baru kenal sesuatu blog baru, mestilah gambar penulis yang saya cari, bukannya sejenis penyibuk atau bersifat menilai sesuatu dari rupa, tapi saya rasa lebih mesra dengan mengenali wajah pemilik blog tersebut. Hihihi. 

Nak cari apa? Habaq ja, semua ada lengkap dekat sitemap atas blog tu. Nak lifestyle ada berderet dropdown menu kat situ dan resepi, info, diy, dan quotes pun ada. Syok lepak situ. 

Penyusunan sidebar pun okay, gadget penting macam follower, blog archive dan chatbox ada pun dah kira bagus dah. Tapi nak lagi best? Ada recent comments! Hahaha, rajin-rajinlah komen kalau nak tengok komen kita muncul kat situ. 

Heee, banyak pula komen, setakat ini sahajalah pendapat dari saya, selamat maju jaya :D

Saya Tag!
04. Kak Sha 
05. Kak Lea

Dan semua yang berminat nak join giveaway yang awesome dan memiliki planner 2017 yang comel sangat tu, cepatlah join laju-laju kat SINI.

Thursday, December 29, 2016

Checklist Setahun Sebelum Perkahwinan



Assalamualaikum, 

Nak kahwin 2017 tapi masih rasa terlalu awal untuk buat persediaan? Nah senarai semak setahun sebelum perkahwinan yang boleh dijadikan petunjuk apa perlu buat, yelah selesaikan yang penting sedikit demi sedikit, nanti tidaklah semua perkara nak settle dalam masa sebulan sebelum majlis perkahwinan, huru-hara jadinya.

Tak salah pun untuk kita prepare dari awal supaya majlis perkahwinan yang bakal disambut boleh berjalan lancar. Taklah badmood je pengantin tu serabut banyak perkara tak settle, mulalah nak start bergaduh pula, lepastu salahkan ujian bertunang, kekekeke. Sis pesan je sebab sis pun bakal lalui juga semua ni, tapi sis tak tahulah bila, hahahahaha. 



Checklist Setahun Sebelum Perkahwinan
12 Bulan Sebelum

Checklist Setahun Sebelum Perkahwinan
4 Bulan Sebelum

Checklist Setahun Sebelum Perkahwinan
2 Bulan Sebelum 

Checklist Setahun Sebelum Perkahwinan
Sebulan sebelum

Mudah bukan checklist perkara penting sebelum majlis perkahwinan berlangsung ni, just print dan tick je mana yang dah settle. Tak adalah kelam kabut nanti tok kadi dah datang kita lupa tak pergi kursus kahwin lagi, amboiii melampau benor contohnye pun,kehkehkeh.

Checklist yang awesome ni adalah sponsored by SEWA HANTARAN MURAH facebook page. Kalau nak tengok lagi tips-tips perkahwinan ataupun barang sewa seperti pelamin dan baju pengantin yang gorgeous dengan harga murah bolehlah like fanpage diorang kat bawah, kalau dah cukup 200k likers nanti diorang akan buat lucky draw! Bestnya! Tunggu apa lagi, like tau! Bye...



Borong Buku Jualan Akhir Tahun Karangkraf RM5-10 Sahaja!



Wahhh masa semakin terhad ni, cepatlah order banyak-banyak, bukan selalu Karangkraf nak belanja postage ye tak, hihihi. Syok giler!

Dah start ada yang habis stok dah, mana tidaknya dah harga runtuh kan. So kalau nak tengok senarai buku RM5 (KLIK SINI) dan buku RM10 (KLIK SINI). 

Kalau tak ada online banking jangan risau boleh berurusan dengan mereka melalui whatsapp juga, sangat mesra pelanggan. Boleh hubungi 019-229 7227 pada waktu pejabat untuk urusan pembelian buku. 

So apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang!

Ulasan Air Mata Aryana | Wattpad



Assalamualaikum, 

Sempena habis membaca Air Mata Aryana (AMA) ni aku sangatlah excited nak memperkenalkan kepada peminat bahan bacaan bebas macam ala-ala FIXI tu, buku ni memang sesuai untuk dinikmati. 

Apa yang aku dapat simpulkan, penulis terlalu jujur dalam menulis membuat aku seperti berada dalam situasi Aryana dan menyaksikan penderitaan demi penderitaan yang ditanggung gadis muda itu. Penulis bijak mengaitkan isu semasa dalam penulisan beliau, dimana isu sumbang mahram, penderaan rumah tangga, pemerdagangan manusia, dunia lorong belakang, ditulis begitu nyata, real! Terasa dekat walaupun aku tidak pernah mempunyai kisah gelap begitu, alhamdulillah semoga Allah terus melindungi kita semua.

Kalau ingin lari dari cliche cinta drama petang, maka wattpad adalah ruang yang tepat! Jemputlah membaca AMA, jangan lupa ketatkan seatbelt anda kerana AMA adalah sebuah roller-coaster emosi yang dasyat! Hahaha. 



Wednesday, December 28, 2016

XPAX #nokelentong memang gempak betul lah.



Nampaknya Celcom buat hal lagi dengan pakej simcard yang kebabom XPAX #nokelentong ni buat aku rasa macam nak tukar number lagi, hahah. Kenapa simcard XPAX #nokelentong, sebab tak ada plan tersembunyi pun, what you see is what you get! Wow!

10gb basic internet + 10gb Facebook internet maknanya 20gb internet free gitu! OMG gile betul, kalau aku subscribe pun selalunya seminggu 2gb je, sebulan 8gb, dah RM40. Dengan XPAX #nokelentong ni, asalkan hidup je number tu dah boleh pakai free basic tu. Kalau rasa 20gb tu masih tak cukup, don't worry boleh je subscribe tambah lagi.

Untuk maklumat lengkap lagi mengenai plan yang gempak kebabomm ni bolehlah KLIK SINI

Jom bertukar!

Template by Blogger Reenri Memang Gorgeous.


Ingat lagi tak template lama aku yang berwarna pink haritu, rindu tak? Ah tak payah rindu, hahahaha. Sebab sekarang aku dah jatuh cinta ganda 80 juta dengan template baru aku hadiah dari Kak Reen kat SINI. Rambang mata sangat tau masa nak bagi jawapan kat Kak Reen nak terima template mana satu sebab semua lawa-lawa gila serius tak tipu terutamanya template tambahan yang Kak Reen emelkan tu. End up aku pilih yang salah satu daripada SINI.


Look! I'm so in love with the new template, gorgeous sangat! Thank you a lot Kak Reen sebab merealisasikan impian nak pakai template mahal. Sekarang nak fikirkan pasal domain pula, huhuhu, tapi itulah aku selalu terfikir kalau tiba-tiba umur tak panjang sapa nak sambung bayar domain aku pula, lepastu blog aku lesap, dan mak aku tak dapat baca blog aku dah. Eh, merepek pulak. 

Tengoklah, tetiba rasa tak nak tukar domain sendiri pula.

Perempuan otak seminit. 

Tuesday, December 27, 2016

Bawa anak Bermain di Little Kingdom


Little Kingdom Main sambil Belajar
Parkson Maju Junction,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
No tel : 0326020790
Waktu operasi : 11.00 pagi – 9.00 malam
Facebook 

Ahad lepas sebelum balik ke Kulim, kakak ajak aku bawa budak-budak ni untuk enjoy last time sebelum mula bersekolah kat Kuala Lumpur. Asalnya plan nak ke Kidzania sebab bebudak ni pun memang suka pergi enjoy sana, tapi kakak dapat tahu satu tempat baru, so aku pun setujulah nak try bawak diorang pergi main kat sana.

Selfie sikit dalam grabcar!
Dalam jam 10 pagi tu kitorang keluar rumah. Amik grabcar je sebab zaman sekarang ni rasa macam tak worth it pula nak drive, tempah jammed, tempah minyak, tempah tol, salah parking, tempah saman, harga parking pun kemain kan, so pilihan terbaik, grabcar, aku suka sebab harga grab car murah dan fixed, tak perlu risau caj tersembunyi. Eh promote pula. 

Sampai je kat Maju Junction tu terus naik ke tingkat 3, bebudak dah tak sabar nak main lah katakan. Mind set dah ingat macam kidzania je. So harga masuk kami berempat pakej 2 adults + 2 kids adalah RM200. High price, high expectation, right? Hypothesis accepted.

Belajar Menari 

Akak aku uruskan hal mendaftar semua, aku bawalah budak-budak main. Antara tempat yang diorang melekat lama adalah gymnasium. Nasib baik ada gym comel ni, anak buah aku memang suka bersenam, hahah. 

Kakak bersenam

Chacha pun kemain, tak payah ajar
Ni just warming up je tau. Then cikgu akan datang, dan menari! Ewah-ewah anak-anak buah aku memang hantu dancing, so setakat step lagu Gummy Bear tu dah terer dah, dah sama macam teacher tu dah. 

Belajar Memasak


Kelas memasak ni conducted by Chef Bob dan assistant beliau. So budak-budak belajar buat waffle, berbuih mulut chef tu explain resepi, entah paham ke tidak bebudak tu, kekekekeke, para ibu jelah yang sibuk snap gambar kat slide chef tu. 


Then diorang disuruh beratur untuk pengalaman tuang bater waffer tu dalam tempat masak. Itu je seriously? Bab ni lebih praktikal dan best kat Kidzania kot, maybe untuk masa hadapan Little Kingdom boleh buat penambahbaikan, kan kan kan? 

Lepastu baru best sebab diberi chance untuk hias waffle dengan beberapa bahan yang chef dah siapkan macam susu pekat, coco crunch, corn flakes dengan manik-manik colourful tu aunty tak tahu nama, kehkehkeh. Anak buah aku belum pape dah ngapp waffle tu sabo jelah...

Belajar Memandu


Boleh amik driving licence tau kat sini. Hahahaha. Driving class akhirnya dah macam pesta bumper car bila anak buah aku turun padang. Aku ni nasib baik tak ada heart attack. Hahaha.


Test IQ


Kat sini ada test IQ macam cara susun bongkah kayu kecil ikut susunan gambar yang dia print atas kertas tu, tengok berjaya tak buat guna beberapa bongkah kayu yang sama tapi bentuk berbeza dalam masa yang singkat. Budak 4-6 tahun boleh buat dalam beberapa saat je tapi aunty...

Malas ler nak cakap tengok jela tu moncong bajet fokus dengan tudung dah melebeh lebeh bagai tu, stghesss!

Habislah cerita bab belajar. Nak belanja gambar bebudak main pulak lah...




Bebudak enjoy betul hari itu walaupun sedikit hambar kalau nak dibandingkan dengan duit yang keluar + Kidzania punya games, tapi memandangkan Little Kingdom baru dibuka, so faham-faham jelah, improve lagi ye. Tapi bebudak kata 'TERBAIKKKK' gaya Boboboy. 


Bye dari kami semua dan Aladin yang comel ni!

Nafsu Seksual Yang Pelik & Kita Tak Pernah Dengar Tapi Wujud



Assalamualaikum, hi. 

Haritu pernah sekali kecoh pasal kes pedophilia yang melibatkan nafsu songsang kepada budak kecil. Perkara macam ni membuka mata netizen untuk mengambil langkah lebih berhati-hati dan mengajar pendidikkan seks kepada kanak-kanak, err bukan pendidikan buat seks okay, contohnya seperti mengajar tentang anggota tubuh milik mereka yang tidak boleh disentuh orang lain walaupun ahli keluarga terdekat. 

Nafsu Seksual Yang PelikIngatkan itu je. Bamm! Kelmarin viral lagi kes Measiophilia yang teransang kepada wanita hamil. OMG, siap ada group Pemuja Ibu Hamil lagi tau aku tengok kat FB tu, tapi tak kuase lah aku nak join kan, hahaha. Bahaya betul zaman sekarang ni, upload photo nak kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, tapi disalah guna untuk memuaskan nafsu segelintir manusia bernafsu aneh pula.


Nak tahu tak kajian psikologi menunjukkan banyak lagi jenis nafsu seksual yang pelik-pelik wujud, yang kita tak pernah sangka pun ada. Jom kita tengok ada apa lagi.

01. Acrotomophilia
Teransang kepada orang kelainan upaya (OKU)

02. Actirasty
Teransang kepada sinaran matahari

03. Agalmatophilia
Teransang kepada patung atau tugu

04. Anasteemaphilia
Teransang kepada kepada orang bersaiz berbeza sedikit, seperti terlalu tinggi atau kerdil.

05. Apotemnophilia
Teransang kepada diri sendiri yang kelainan upaya (OKU).

06. Autogynephilia
Teransang kepada diri sendiri (lelaki) yang berpakaian dan bertubuh seperti wanita.

07. Autoplushophilia
Teransang kepada patung atau teddy bear yang berbentuk patung atau kartun.

08. Chasmophilia
Teransang kepada melihat gua, celah, dan lembah.

09. Climacophilia
Teransang untuk jatuh tangga.

10. Coprophilia
Teransang dengan najis.

11. Ephebophilia
Teransang kepada remaja berumur 15-19 tahun.

12. Exhibitionism
Teransang dengan menunjukkan kemaluannya kepada seseorang di khalayak ramai. 
-Yang ni aku pernah tengok sendiri >Baca SINI<

13. Fetishism
Teransang dengan seseorang yang diingini.

14. Formicophilia
Teransang dengan serangga.

15. Frotteurism
Teransang untuk menyentuh orang yang tidak dikenali di tempat yang sesak.

16. Gerontophilia
Teransang dengan warga emas.

17. Hebephilia
Teransang dengan kanak-kanak baru baligh.

18. Katoptronophilia
Teransang untuk hubungan seks depan cermin.

19. Knismolagnia
Teransang untuk digeletek.

20. Lithophilia
Teransang dengan batu.

21. Masochism
Teransang dengan didera mental dan fizikal & kesakitan.

22. Melissaphilia
Teransang dengan lebah dan tebuan.

23. Nasolingus
Teransang untuk menghisap hidung seseorang, lol. HAHAHA. 

24. Nebulophilia
Teransang dengan kabus.

25. Necrophilia
Teransang dengan mayat.

26. Objectophilia
Teransang dengan objek tertentu. 

27. Partialism
Teransang dengan bukan anggota organ pembiakan, misalnya betis atau lengan.

28. Pedophilia
Teransang dengan kanak-kanak.

29. Podophilia
Teransang dengan kaki.

30. Psellismophilia
Teransang dengan kegagapan.

31. Psychrophilia
Teransang untuk sejuk atau melihat orang lain kesejukan.

32. Pteronphilia
Teransang untuk digeletek dengan bulu.

33. Pubephilia
Teransang dengan bulu pubik.

34. Pygophilia
Teransang dengan punggung.

35. Sadism
Teransang dengan kesakitan fizikal atau mental.

36. Savantophilia
Teransang dengan orang lembam.

37. Stygiophilia
Teransang apabila memikirkan api neraka dan kutukan. (Astaghfirullah hal azim, macam ni pun ada?)

38. Teleiophilia
Teransang kepada orang dewasa.

39. Teratophilia
Teransang kepada orang cacat sejak lahir.

40. Titillagnia
Teransang untuk menggeletek orang lain.

41. Transvestic Fetishism
Teransang untuk memakai pakaian wanita dan menyentuk kulit lelaki.

42. Urophilia
Teransang dengan air kencing, atau kencing atas orang lain. Amboi, jangan kencing member bro!

43. Vorarephilia
Teransang untuk makan badan orang lain. Gulp, zombie?

44. Voyeurism
Teransang untuk mengendap (skodeng) orang lain untuk kepuasan seksual.

45. Xylophilia
Teransang kepada kayu.

46. Zoophilia
Teransang kepada haiwan.

Semua yang tersenarai itu adalah penyakit psikologi, cepat-cepatlah atasi sebelum parah. Bukan apa, membahayakan orang lain. Cara paling terbaik untuk mengawal nafsu adalah berbalik kepada agama kita, berpuasalah dan jaga solat, insyaAllah yang lain juga akan slow-slow terkawal. 

Monday, December 26, 2016

Tips dan Soalan Temuduga Sebelum Kahwin



Assalamualaikum, hai.

Asyik cerita bab interview kerja je kan selalu, so kali ni nak share pula lah soalan yang sering ditanya semasa interview nak kahwin. Tak susah pun soalannya, rutin harian dan amalan dalam hidup juga, tapi dengar katanya cik abang tentera tough sikit ler soalannya, nasib engko lerr, hahaha. 

WAJIB TAHU
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah.
3. Baca doa qunut & hukum jika tertinggal ketika solat subuh (Mazhab syafie).

Ini kalau tak tahu juga......belajarlah. Nanti nak didik anak macam mana? Jadi ambil tahulah okay, kitakan Islam. 

SOALAN LAIN-LAIN
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul

5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah
6. Tanggungjawab suami/Isteri.

7. Rukun Iman

- Beriman kepada Allah S.W.T
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab suci
- Beriman kepada para Rasul
- Beriman kepada hari akhirat
- Beriman kepada Qada' dan Qadar

8. Rukun Islam

- Mengucapkan dua kalimah syahadah
- Mendirikan solat 5 waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Menunaikan haji bagi yang mampu

9. Rukun Nikah

- Pengantin Lelaki
- Pengantin Perempuan
- Akad (Ijab & Qabul)
- Wali
- Saksi

10. Lafaz mandi hadas.


Pengumuman Pemenang Segmen Jom Exchange Follower Twitter dan Instagram


Pengumuman Pemenang Segmen Jom Exchange Follower Twitter dan Instagram

Assalamualaikum... 

Pertama sekali Mai nak minta maaf sebab terlewat umumkan pemenang dari tarikh yang dijanjikan. Tak sangka tiba-tiba macam-macam pula yang jadi, mula-mula kena pergi ambil anak buah, kemudian ada yang demam pula terpaksa stay kat sana, sambil tu uruskan hal sekolah diorang pula, tup-tup phone rosak, aduh, mati kutu, tak tahu nak buat apa dah. Maaf ye...

Tuesday, December 13, 2016

Jawapan khas untuk uols :D



Hi, good morning! Hihihi, entahlah kejap lagi publish masih morning ke tidak, sebab baru nak menaip jam 10:50 am ni, banyak juga soalan semalam korang tanya, hehehe. Thank you tauuuu sebab ingatkan takde orang nak drop comment, maklumlah blogger dah la sendu, kena sandbox dari google plak tu, fuh soba jelah. Okaylah terbebel pula, nak start jawab soalan dah ni. Jom!

Monday, December 12, 2016

Pilih Number Soalan Untuk Mayy


Assalamualaikum, hello my beloved readers. 

Sejak kebelakangan ni asyik kena writer's block je, so petang ni nak ajak korang main game je, eh game ke macam ni? Hahaha. 

Korang pilihlah satu number yang mana korang nak tahu sangat pasal Mai, err ada ke orang nak tahu? Ala pilihlahhh tau... hehehe. Nanti Mai jawab soalan tu dalam satu entri. 


Bergelak sakan dengan The Relation of Face, Mind and Love



Siapa tengok movie ni kat TV9 tadi? Hahaha aku tengok dengan family, tak kering gusi betul sebab heroin tu gigi bersepah macam aku dan adik aku, asyik membahan sesama sendiri lah. Hahahaha. Aku suka betul dengan cerita Korea pasal memang tak cliche jalan cerita dia, lepastu kalau lawak, lawak nak mati, padahal scene tu serius dan bersahaja je.

Kena pula actor tu memang actor favorite aku, sejak tengok dia dalam drama Lie to Me. Hehehehe, aku memang melekat lah depan tv tadi sampai habis. Adik aku dan mak aku yang selama ni asyik perli geng kpop dalam rumah ni pun tadi melekat tadi. Abah aku tak yah cakaplah, beliau memang pendownload drama korea, aku pun dapat stok drama dari abah,ahahaha.


Best movie ni sebab last sekali perempuan tu tak jadi cantik pun, tak macam ugly betty yang selalu kita tengok, tapi dia tetap dapat bahagia yang dia nak. Apa ingat orang sempurna je ke layak dapat cinta sejati? Yeay!

Actually feeling lelebih sebab heroin tu gigi bersepah tapi nak orang hensem, tak sedar diri macam AKU. Hero tu pula mata dia sama macam papito, errrk, ok aku je kot perasan, tapi adik aku pun cakap yes, so aku tak perasanla kot, HAHAHAHAHA. PERASANTAN.