My Small Home Office

My Small Home Office | Semua telah sedia maklum bahawa sekolah dan pusat-pusat pengajian diarahkan ditutup sepanjang PKP sejak Mac lalu, tetapi tugasan sebagai pendidik tidak pernah terhenti ya kawan-kawan.

Tugasan memerlukan aku sentiasa sedia untuk online demi melangsungkan kelas online mahupun dalam penyediaan bahan pengajaran norma baharu yang cukup mencabar ini. 

INFO : Norma =  norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya

Suasana di rumah sangatlah berbeza dari tempat kerja ya. Terutama bila terpaksa menyiapkan kerja dalam keadaan duduk di lantai, meniarap, atau lepak di atas katil, memang mood untuk siapkan kerja pun susah nak sampai, sudahnya, kerja ambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Maybe untuk aku jelah, sebab aku dari zaman sekolah jenis perlukan meja untuk buat kerja. 

Akhirnya semasa PKP Fasa ketiga, aku nekad untuk ubahsuai sebuah bilik di tingkat bawah rumahku ini (sebelum ini bilik tetamu) untuk aku jadikan small office. Alhamdulillah suami aku memang supportive sangat dan dia cakap nak sponsor meja untuk bini kesayangan dia ni, ihiks. 


Tadaaa... Meja dan kerusi itu kami order dari Shopee je. Tapi memang teruji jugalah kesabaran sementara nak sampai tu. Order 14 April, sampai 5 Mei. Actually aku boleh je nak faham pasal PKP so lambat sikit kan, tapi aku naik marah tu sebab seller tu yang tak post-post keluar, bila aku message dia read je, cis. At least bagi la aku sepatah dua kata yang menunjukkan aku ni tak ditipu, haha. Paranoid. 

Oleh sebab ramai yang tanya mana aku beli meja dan kerusi tu, aku share disini lah ye.. So meja tu aku beli dari OKURA (copy url ini : https://shopee.com.my/shop/63469685/) dan kerusi tu aku beli dari TS BRILLIANT CONSTRUCTION SDN BHD (copy url ini : https://shopee.com.my/shop/147974658/ ).

Review Okura Wooden Computer Desk Shopee

Product size : 100 x 52 x 120 cm
Color : White 

Alhamdulillah, meja yang sampai adalah yang betul aku order. Sebab banyak review cakap sampai warna yang diorang taknak. So far memang agak kecil meja ni tapi bagi aku just nice la saiz dia. Sedap nak guna, boleh letak printer, nak guna laptop pun ok selesa. Ada ruang letak buku di tepi. 

Kesimpulannya, walaupun aku tak suka seller tu, tapi aku suka sangat meja ni! Hahaha, boleh ke macam tu?


Inilah keadaan sebenar meja bila aku dah sepahkan dengan lambakan buku dan barang kerja aku, hahaha. Akan ada penambahan lagi ni sebab aku nak letak macam jaring orang bakar ikan tu, entahlah nama apa kat depan meja ni, hehe. Then nak beli box untuk letak stationary. Barulah lengkap! Hihi. 


Review Emmi Chair Shopee

Kerusi ni memang mendapat pujian ramai ye guys. But honestly bagi aku tak berbaloi dengan harganya. Indah khabar dari rupa, at least bagi aku la. Sebab bayar mahal tapi takut nak duduk sebab asyik risau terkoyak.

Mana taknya bila sampai je dah ada defect, koyak sikit dekat tempat penyandar tu. Dan bila tengok review, aku bersyukur jelah mampu sebab ada customer dapat koyak lagi dasyat dari kerusi aku. aiyaa. Tak tahu la macam mana koyak tu terjadi, apa yang aku nampak, packaging dia sangatlah cincai boncai. Dia letak dalam kotak buruk gitu je kerusi aku beli mahal-mahal oiii. Dengan apa perlindungan pun takde. Adess. 

So kalau budget bawah RM100 utk kerusi, baik beli kerusi Ikea jelah. Nanti aku nak beli kerusi Ikea je kalau kekoyakan kerusi ni bertambah dasyat. Haha.

Pokok Hiasan Viral


Heee, cantik tak? Belum tukar pasu lagi tu, sabajapppp. Actually aku saja je gatal tangan tag suami aku dekat penjual pokok ni dalam Facebook semalam, tapi harini dia balik kerja bawa suprise pula. Horayyyy!

Ada yang cakap pokok ni toxic pada kucing, aku tanya vet, vet cakap tak pun. So takpe lain kali kita siasat. Lagipun aku letak pokok ni dalam small office aku je, kucing hanya masuk bila aku ada so no worries la. Bilik ni sentiasa tertutup. 

Sekianlah sharing pasal aku yang tak habis-habis teruja dengan ruang kerja aku ni. Sampai aku asyik nak duduk sini dan akhirnya terlahirlah entry ini, lol. (Sekolah sedang cuti semester so takdelah kerja sekolah lagi)

Okay, sampai sini saja... Sharelah ruang kerja korang pula~ hihi.

Follow

Post a Comment

23 Comments

  1. Bestnyaaa..Teringin nk satu gini...
    Ok..moga terus Bersemangat yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah nanti masa ada sale akak, hee...

      Delete
  2. bestnya dah setup small office....nak meja tu juga...macam best je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilaaaaa, belilaaaaa... (hasut), haha.

      Delete
  3. Sejak pkp mula, class semua buat secara online dan mungkin akan dilanjutkan sehingga hujung tahun ni. Kat bilik ni takde meja study, tapi lepas ni memang kena beli jugak untuk keselesaan.

    Ada pokok viral tu kat laman rumah, now rasa macam nak amik letak dalam bilik 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, suasana nak belajar/bekerja takde, mood memang ke laut. So usahakan juga wujudkan suasana kondusif tu, cewahh.

      pokok tu gigih tauuu beli, asalkan ikut trend, muahaha,

      Delete
  4. meja ni memang best kalau buat home office. saya pun guna meja ni sejak study lagi. sampai sekarang masih tahan. cantik office nya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee kan... In love dgn my work zone skrg ni... asyik duduk kt kerusi ni je menung hahaha.

      Delete
  5. Teringinnya akak nak ada small office sendiri.. dan masih dalam proses planning untuk renovate rumah akak nanti..

    ReplyDelete
  6. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Naik cuti ni, cikgu kena pegi bertugas
    tapi mungkin takde murid kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah kena pi dah WP cuma bukan setiap hari..

      Delete
  8. Cantiknya setup small office!

    ReplyDelete
  9. Comel je bilik dan ruang kerja Mai.. minimize sangat..
    Teringin juga nak beli meja tu.. tapi bila baca review jadi seram.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meja tu okay kak. kerusi je tak recommend...

      Delete
  10. lama dah berkenan dengan kerusi tu. hehe

    ReplyDelete