Pengalaman Kucing Terkena Batu Karang

Pengalaman Kucing Terkena Batu Karang | Selalu dengar dan baca sahaja pengalaman orang lain menguruskan kucing yang terkena penyakit batu karang ni. Tak sangka diuji juga dengan pengalaman yang cukup menakutkan ini. 

Kucing dan batu karang? Boleh ke? Bukankah itu penyakit manusia? Ye mula-mula terfikir macam tu juga, tapi sebenarnya penyakit ini juga boleh menyerang haiwan kesayangan kita ini. 


Sedikit fakta mengenai batu karang pada kucing :
  • Istilah perubatannya adalah Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)
  • Simptom-simptom seperti kucing menonggek gaya mahu kencing tetapi tiada air kencing, atau kencing terlalu sedikit, kucing mula kencing di tempat tidak sepatutnya dan kucing mengiau kesakitan semasa kencing.
  • Kencing kucing pekat berbuih, berdarah dan kucing sering menjilat tempat peribadinya.
  • Punca adalah pemberian kibbles yang tidak berkualiti, kucing kurang minum air, stress, atau kucing terlalu gemuk (obesiti-my case). 

30 April 2020 - Malam itu Udin (kucing) masuk toilet untuk kencing dan dia mengiau dengan sangat kuat bila suamiku berdiri pada pintu toilet untuk memerhati dia. Mula-mula suami cakap Udin marah sebab mengendap dia kencing, tapi aku tak sedap hati. Bila Udin dah keluar, aku check pasir dalam toilet tu dan nampaknya masih bersih tiada tanda urin. Pelik. 

1 Mei 2020 - Aku dalam keadaan in denial menganggap semua okay tapi sebenarnya memang aku tak sedap hati sangat ni sebab Udin jarang mengiau dan kenapa dia mengiau dengan kuat semalam. Aku ambil keputusan untuk pantau kencing dia seharian. Memang dia tak kencing langsung dalam sehari. Kalau ada pun, memang setitik je. Memang tu bukan jumlah urin yang normal untuk seekor kucing dewasa lah kan. Klinik tutup pada hari Jumaat, jadi aku pantau sahajalah keadaan dia. Hati risau hanya Allah sahaja tahu.



2 Mei 2020 - Aku call Klinik Haiwan & Surgeri Port Dickson yang terletak di Lukut untuk aturkan temujanji. Walaupun sebenarnya appoinment list diorang dah penuh, kes batu karang adalah kes kecemasan yang boleh menyebabkan kematian, jadi vet minta aku datang esoknya iaitu 3 Mei. 


3 Mei 2020 - Aku dan suami bawa Udin ke klinik mengikut waktu appoinment. Syukurlah walaupun jalan utama ke Lukut dari tempat tinggalku ditutup, kami tahu jalan dalaman untuk ke klinik tersebut, hehehe. Ampun pak polisi, ini kecemasan dong... Dan aku bersyukur vet tersebut buka semasa PKP walaupun separuh hari. Rezeki Udin...

Staf Klinik Haiwan & Surgeri Port Dickson mesra dan banyak berkongsi info mengenai kucing. Vet pegang pundi kencing Udin dan katanya masih tidak kritikal. Tiada pembengkakan pada pundi kencing tersebut. Vet cakap punca maybe pemakanan dan faktor terlebih berat badan.

Udin diinject, disuap dan disuap ubat oleh vet tersebut. Sebelum balik, kami dibekalkan dengan stok ubat untuk seminggu dan juga makanan khas untuk pesakit batu karang macam Udin. Mulai saat ini dan seterusnya (sekurang-kurangnya 6 bulan), Udin hanya boleh makan kibbles dari Royal Canin Urinary S/O yang berharga sekilo RM40. Total semua termasuk ubat dan rawatan cumalah RM80++ je. Murah lah sebab pergi awal, kalau lambat tahap kena operate, fuhh mau RM800. 

Balik rumah kami suap Udin dengan ubat yang dibekalkan mengikut dos dan waktu yang ditetapkan...sehinggalah...

8 Mei 2020 - Kami ambil inisiatif untuk cuba kaedah tradisional pula iaitu dengan suap Udin jus lobak putih yang pahit ya amat itu. Sorry sayang, bau je dah kelat. Setiap kali suap, menjejes air liur dia keluar, berbuih-buih. Pedih hati tengok, memang tak sampai hati tapi dia perlu cepat sembuh.

Selepas je suap Udin jus lobak putih, malamnya Udin mula kencing berdarah. Berdarah dan memancut-mancut dari tonetnya itu. Aduh, memang menakutkan dan dalam masa yang sama aku sedih sangat tengok Udin terpaksa lalui kesakitan macam tu.

Start je dia kencing berdarah ni (memang pekat darah tu tau), Udin dah macam tak boleh control kencing dia. Masa ni memang aku gulung carpet masuk stor. Dan sentiasa ada satu botol sabun, satu botol air bersih dan kain pengelap di tangan. Bila dia terkincit je, terus aku akan cuci dan lap sampai bersih. Yelah nanti was-was nak solat kan.

Waktu ni lah aku nampak sangat sisi suami aku, separuh jiwa aku, yang aku rasa memang Allah cipta untuk aku lah. Hahaha. Dia sangat memahami dan sebenarnya aku tak sangka pun dia akan cakap dekat Udin bila Udin terkencing bersepah-sepah tu macam ni...

"Kencinglah Udin.. Takpa boleh cuci. Asalkan Udin sihat boleh kencing macam biasa balik."

Terharu tau... Masa ni memang Udin tahap kritikal. Tengah tidur pun boleh meleleh air kencing berdarah pekat dia tu. Tengah berjalan pun boleh meleleh-leleh. Bau tak bau hancing, tapi bau darah. Bayangkan...

Emm ok. 

Tak perlu bayang. Haha.

Fuhh bila dah sihat...mula la buas balik, haha.


10 Mei 2020 - Ubat terakhir Udin pada 10 Mei. Akhirnya, habis je ubat tu, Udin dah boleh kencing macam biasa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terima kasih Allah.

Ye pandai kan vet tu bekalkan ubat untuk seminggu je, walaupun mula-mula aku hairan gak biar betul doktor ni sikit bebenor ubat dia bagi. Rupa-rupanya memang lepas seminggu Udin dah sembuh.

Cuma pemakanan Udin akan lebih dijaga. Lepas ni Udin hanya dibenarkan makan Royal Canin Urinary S/O tu. Masalahnya bahaya juga, sebab kibbles tu sedap sangat sampai adik dia yang penyibuk tu pun nak makan yang tu jugak. Lantak korang lah janji dua-dua sihat. Heee aamiin.
#alfatihahdompetmommy

Aku doakan pada sesiapa yang terbaca entry ini sebab kucing dia ada masalah yang sama dengan Udin, semoga dipermudahkan urusan. Cepat bawa ke klinik sebelum melarat..Kalau dah kena operate, memang kos akan mahal sangat-sangat. 

Kucing ni sekali kita dah ambil bela, selamanya akan jadi tanggungjawab kita...Kebajikan dia..Perasaan dia...Jagalah sama macam kita jaga anak sendiri. 

Di kesempatan ini, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua pembaca blog ini dan rakan-rakan blogger yang tersayang.

Selamat Hari Raya dari Mommy, Udin, Daddy dan Rose.



Follow

Post a Comment

19 Comments

  1. oooh kucing pun boleh terkena batu karang ya.. baru tahu. Bagus penulisan ni, bagi info baru buat readers macam saya yang tak tahu pasal kucing =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... dulu saya pun asyik baca pengalaman orang je..tak sangka akhirnya kena hadap juga. Alhamdulillah my strong boy kuat semangat.

      Delete
  2. Hadoi.. baca nie pun dah boleh bayang betapa sakitnya Udin.. huhu..
    Semoga terus sihat ye udin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sanggup tengok dia sakit macam tu... alhamdulillah kuat semangat dia...

      Delete
  3. kalau kucing sakit, yg syg dgn kucing akan merasa sakitnya sekali 😭😭😭 lagi2 kucing peliharaan kan. x kisah psl bajet yg pntg kucing sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat awak.... Pasal duit mmg pejam mata saja...asal dia sihat.

      Delete
  4. Alhamdulillah dah sihat semula Udin ya.
    Mrs. A pun ada terbaca je kucing kena batu karang tapi takde pengalaman kucing sendiri terima kasih Mai atas perkongsian.
    Itulah kadang kita memang kena control pemakanan bulus ni jangan bagi obes tapi tulahkan manalah sampai hati tengok bekas makan kosong je kita letak asal kosong je letak tak kira masa. Kibble elok beli yang tanpa garam pet shop yang bagitahu Mrs. A la

    ReplyDelete
  5. sama laa dgn my cat pun. mula2 kita detect dia kencing berdarah. masa tu raya haji baru ni. dalam 2 - 3 hari jugak. tp memandangkan cuti raya jatuh hari weekend, kitorg kena tunggu hari ketiga jugak laa bru bawak dia ke klinik. masa tu rajin jugak pergi ngendap dia dkt potty train tu. tgk dia kencing. mmg perasan dia struggle utk meneran kencing tu teruk sgt. masa bawak pergi vet tu, luckily doc cakap pundi kencing dia masih ok lg. kalau lambat sikit (which is keras), diorg mmg tak ada option lain selain admitted utk operation. sedih, kita pulak nak nangis tgk masa doc drip air & inject ubat tu. doc suggest tukar kibbles dia terus,dalam last week bru kitorg beli. (maklum laa tunggu gaji.. heheh) mmg nampak perubahan dia. kencing dia dah okay. effect dia quite immidiate jugak. puas hati tgk potty train dia dah ada urine which is quite byk (maybe dia nak kluarkan balik mana yg tertangguh tu kutt). tp alhamdulillah, mmg skrg kena maintain kibbles tu for next 6 months (alfatihah jugak utk gajiku. haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib la dompet kita..Haahahaha. Janji baby sihat kan...kalau sakit kita juga pening....moga cepat sembuh utk baby awak tu...

      Delete
  6. Kucing aku baru kena batu karang... Hantar vet kena tahan dua Hari... Mahal dia Tak perlu cakap la terpaksa guna duit bayar bilik Bulan ni... Ubat Tak bagi...tapi kucing tetap kucing drop sikit2 ... Call docter suruh datang balik... Duit lagi ... Rasa vet aku hantar ni tak ambik serious... Kalau mitak bayar lagi koyak kerja kilang macam aku Tak mampu dah

    ReplyDelete
  7. ya allah...seramnya baca kena batu karang...semoga sihat2 saja ye...

    ReplyDelete
  8. Sis boleh tak share ubat apa doktor bagi? Kucing saya pon baru ja kena batu karang ni. Dia dah start muntah2

    ReplyDelete
  9. Wah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet system

    ReplyDelete
  10. boleh share tak ubat apa yang doktor bagi tu

    ReplyDelete
  11. Boleh tahu ubat ape?

    ReplyDelete
  12. Klinik snj tahan kucing sya, dah lbih sminggu, bil pun dah lebih dri hrga operation. Tpi kucing sya msih lg meneran x kluar apa2 haaa klau klinik ni khianat kmi, kmi mmg x dpt nk maafkan, kesian kucing kmi berpisah dgn kakanya, yg kaka pun mncri, tpi kmi still positif kn slgi blh, hrp kucing kmi sembuh aaammiiinn.

    ReplyDelete
  13. Nak tau kucing kencing berdarah banyak 2. Sbb bagi mkn lobak putih ker.

    ReplyDelete