Mai & Kong finally are getting engaged? Yes, you heard it right! Selepas 6 tahun jadi bestfriend, nasib baik akhirnya dia nampak aku sambil cakap dalam hati 'She's the ONE' lalu mengajak aku untuk teruskan ke next step dalam perhubungan. Hahaha drama tak?

Aku bersyukur sebab ramai kawan-kawan mama yang sponsor serba sedikit untuk memeriahkan majlis tunang aku. Alhamdulillah urusan dipermudahkan Allah. Majlis akan dibuat simple saja, tapi or course sarat dengan kasih sayang, gittchewww~

-Pakaian Tunang-

  • Set Baju Tunang - Sponsor by kawan mama (Cik Ariyah)
  • Kasut - Pakai kasut raya je nanti. Sponsor by Abah.
  • Shawl - Belum beli lagi shawl putih.
  • Veil - Sewa je uols.
  • Makeup - Pakai pakej tunang MUA, nanti akan review.
  • Inai - RM30 both hands.
-Set Pelamin & Hantaran-

  • Background - Set langsir raya mama
  • Alas duduk - Sponsor by kawan mama (Cik Nora)
  • Carpet - Carpet mama + sponsor by Cik Nora
  • Bekas hantaran - DIY sendiri
  • Barang hantaran - 7 dulang ( chocolate, kuih raya 3 dulang, kek lapis sarawak, kek choc, buah)
-Makanan Tetamu-

  • Set Makanan - Sponsor by Mama.
  • Set Kuih Muih pencuci mulut

Hah siap list untuk majlis tunang nanti. Simple je kan? Semoga dipermudahkan urusan kami. Kawan-kawan doakan dari jauh untuk kami ye. Hihihi.

Sekarang aku tengah geram dengan jerawat sejibik atas pipi aku yang muncul entah dari mana ni. Adoi, nasib ada Skrub Ratu by Busyra, hari-hari duk tonyoh. Nanti aku buat full review pasal skrub yang best tu tau! Wait for it.

Kalau ada apa-apa yang aku tertinggal dalam list tu mohon ingatkan aku. Thank you semua yang mendoakan baik-baik untuk kami. Semoga doa yang baik itu berbalik pada kalian dan keluarga, aamiin. 


Follow