Cara Nak Detect Nombor Telefon Penganggu

Cara Nak Detect Nombor Telefon Penganggu

Phone mama selalu ada dengan anak buah aku sebab dia nak tengok lagu-lagu doa Tilmiz sebelum tidur. Pada suatu malam, phone tu berdering, oleh sebab aku tidur dengan anak buah aku, so aku dengarlah handphone mama tu duk berbunyi.

Oh number tak dikenali. Maybe benda penting kot kalau orang call tengah malam ni antara dua je, nak sampaikan berita penting, ataupun just a prank call. So aku assume tu berita penting sebab phone mama, tak mungkin bebudak nak prank orang tua kan.

"Tolong.."
"Ye tolong apa? Ni siapa ni?"
"Saya mesej sekejap. Tolong."
"Kenapa nak mesej? Cakaplah sekarang, siapa ni?"
"Saya mesej, tolonglah."
"Hmm ok."


Then dia mesej melalui whatsapp phone mama. Aku tak balas segera, tapi menunggu beberapa minit. Kemudian dia memanggil mama dengan perkataan janda. Yes something fishy here. Terus aku balas. Dah agak dah patutlah suara tenggelam timbul, aku syak dia tengah high kebulan bintang kot.

lelaki pervert

Aku tak tahu nak cakap dia tengah high ataupun memang semulajadi bodoh. Bila aku sebut nama dia, dia tanya "Mana tau nama saya", kemudian bila aku bagi gambar dia terus dia cakap "bukan la". Ah kelakar sangat tau main nama sama pula. Aku bukan main teka je, aku detect lah oi.

lelaki pervert

Kemudian dia call tanpa henti, aku angkat. Aku tanya dia "Iman tak ada ke, iman?". Nak tahu dia jawab apa? "IMAN ADA, TAPI NAFSU PUN ADA. BUAT SUARA GODA SIKIT." 

Gosh! Dia memang gila seks tahap kritikal dah ni. Aku pun letak dan tunggu hari berubah pagi untuk report kat mama, hahaha. 

Nak tahu dalam banyak-banyak part ni apa paling menyeramkan. Dia mesej lucah kat whatsapp mama aku yang pakai profile picture MAMA & ABAH. Astaghfirullahal azim, mama aku tu memanglah masih cun, tapi bukan budak-budak remaja lagi. Faham tak point aku ni? ORANG GILA SEKS TAK PANDANG USIA,RUPA,JANTINA, semua dia bedal!

Sekarang aku faham kenapa ada atuk tua yang sanggup rogol cucu sendiri, kenapa ada yang sanggup liwat bayi lelaki untuk puaskan nafsu serakah mereka, dan kenapa ada remaja yang melempiaskan nafsu mereka dekat warga emas. 

Kalau yang tertanya-tanya macam mana aku detect siapa pelaku disebalik nombor telefon ni, senang sahaja. Ada dua cara, insyaAllah kebanyakan akan menjadi kecuali dia memang beli number tu khas untuk buat aktiviti tak sihat macam ni.


01. Save number phone dia dan cari di whatsapp/wechat
Cara ni senang sahaja, cuma save number sipelaku tersebut dan carilah di senarai whatsapp kita. Kalau pelaku tu bebudak wechat lagi senang terus naik kat wechat. Selalunya wechat diorang akan letak profile picture muka sendiri berbanding whatsapp.

Jangan risau.
Kalau cara ini tak menjadi, ada lagi satu cara lain.

02. Search number tersebut didalam Facebook
Cara yang ni lagi la senang dari tadi. Buka facebook, dan search number dia kat ruangan search facebook tu. Pufff terus naik profile dia. Kalau tak percaya dengan cara ni cubalah search number sendiri sekarang, mesti naik profile korang.


Sebenarnya aku patut tak hide muka dia eh? Sebab dia ni dalam kategori berbahaya jugak kan. Bayangkan kalau orang yang hari-hari terserempak dengan dia tu. Fuhh nauzubillahiminzalik,aku tak jadi nak bayangkanlah, sereeem pulak tetiba.

Marilah kawan-kawan doakan dia diberikan hidayah untuk berubah. Kalau hang baca ni masa dah berubah comment kat bawah ni aku padam je post ni ok. Lain kali jangan kacau mak aku lagi kalau taknak makan besi abah aku exercise hari-hari tu.


Follow
Previous
Next Post »

32 Comments

Click here for Comments
Malas letak
admin
5/19/2017 4:50 AM ×

cara no 1 tu selalu dy buat tapi no 2 tu tak fikir lak..

good information :)

Reply
avatar
5/19/2017 8:42 AM ×

Astagfirullahulazim...semoga Mai dan keluarga dilindungiNya
takut rasa dengan budak2 sekarang ni kan dan mungkin Mai boleh buat report kat polis dan untuk budak tu semoga dia bertaubat..

Reply
avatar
Lina Shaza
admin
5/19/2017 9:00 AM ×

yaallah takutnya oran macam ni...xde keje agaknya nak ganggu orang...thanks mai share cara nk detect scammer camni....nice info..

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
5/19/2017 9:46 AM ×

Thanks for sharing.

Reply
avatar
Kin Naz
admin
5/19/2017 10:04 AM ×

Aish orang macam ni bahaya betul. Kalau masih ganggu lagi wat report je..

Reply
avatar
Mellya Musa
admin
5/19/2017 10:44 AM ×

eee geli laaa ! tengok gambar tu pun macam scary.. huhu ada lagi kalau guna application apa tah akan keluar nama pemanggil tu automatically bila connect dengan internet. Mellya pun dah lupa, nanti dah jumpa Mellya inform. Penah try, memang nama pemanggil tu keluar terus tanpa di save.

Reply
avatar
Nick Nashram
admin
5/19/2017 4:00 PM ×

biasanya nom tak kenal, save dan refresh kat whatsapp..pastu keluar la gambar.
orang camni dah tahap gila seks tu.
kena viral orang yang camni.

Reply
avatar
faten.banana
admin
5/19/2017 4:05 PM ×

allahu seramnya manusia macam ni -.- dulu nakdetect selalu den buat ceni jugak, tapi nasib baik takpernah kena ganggu gini sebab selalu kalau dapat mesej pelik terus bagitau ibu :') ibu yang basuhkan kepala depa (bertahun-tahun dulu lah)

Reply
avatar
Amer Ridzuan
admin
5/19/2017 7:59 PM ×

Uish...Hebat missobsesi kita nih.. Dah macam detektif.. Btw terima kasih untuk info ni. Mesti ramai yang nk tahu cara detect nmber pengacau mcm ni.

Reply
avatar
Daku Amat
admin
5/19/2017 8:56 PM ×

Bahaya betul seram pun ada tiba2 jadi mcm tu klu dia bertindak lebih jauh..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 9:59 PM ×

Thank you :) Semoga bermanfaat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 10:01 PM ×

Aamiin, aamiin. terima kasih Umi. Betul tu, tak terkawal betul nafsu mereka..Rasanya block sahaja, malas nak panjangkan cerita ini sebab dia pun duduk jauh. Harap dia bertaubat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/19/2017 10:19 PM ×

Menyeramkan betul kan akak. Tak educated la tu jadi macam tu, buang masa. Sama-sama, semoga bermanfaat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 4:57 AM ×

You're welcome Mrs.Pip :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 4:58 AM ×

Dia tak boleh ganggu dah ni, block, hahaha..padan muka dia :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 5:58 AM ×

Tau takpa,,, memang geli yakmat + scary. Ye ke, menariknya, nanti share la Mellya...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 6:00 AM ×

Betul tu, tapi kalau dia tak letak profile pic susah juga..Memang teruk dia punya gila tu... takut betul kalau terserempak orang gini.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 6:05 AM ×

Hahahaha...tapi ni, brainwash pun tak guna kalau dah kritikal tahap gini...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 6:09 AM ×

Hahahaha detectif conan tak jadi ni. Sama-sama, moga berguna hihihi...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/20/2017 6:10 AM ×

InsyaAllah tak mungkin sbb jauh. tapi tu la kena berjaga-jaga kan.

Reply
avatar
5/20/2017 10:27 AM ×

eshh. seramnya mai.. gila agaknya niii.. huhu. tq atas prkongsian ni mai..

Reply
avatar
5/20/2017 7:17 PM ×

elsa selalu buat jugak macamnie. tapi nasib baiklah dia kacau sekali je. and pengacau2 tu tak pernah lagi nak wasep cuma kacau via call je tapi elsa bukan angkat pun huhu. elsa pun ada lagi satu tips nak detect nombor tak kenal tapi detect scammers sajalah hehe. In Shaa Allah elsa akan related entry sis mai nie nanti dalam entry pasal scammers tu tau tau *mintak kebenaran* hahaha

Reply
avatar
nadhie wueen
admin
5/22/2017 7:57 AM ×

ehh.. dasyat gila org mcm ni. bahaya betol. memang tak reti hormat org ke apa. sian mama, siap guna profile dgn abah , tapi still dia tk reti hormat. kuang ajaq betul. apapun nice sharing mai

Reply
avatar
Lea Azleeya
admin
5/22/2017 8:33 AM ×

Huhuhu seram mak nak org cenggini.. mintak dijauhkan.. adeh..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 9:24 AM ×

Agaklah....Lepas send gambar dia pun dia tak takut lagi, pelik betul.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 9:29 AM ×

Boleh Elsa, silakan... Nak tahu juga cara Elsa..Bagus kan nak elakkan diri terkena dengan orang gila/scammer dan seangkatan dengannya,hahah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 9:30 AM ×

Scary kan.... Gambar orang tua kot, at least dia tak rasa something wrong ke nak menggatal tu. Confirm sakit jiwa dia ni...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 9:30 AM ×

Tu la, semoga dijauhkannn...

Reply
avatar
Jun Zie
admin
5/22/2017 1:45 PM ×

eeee !!!! ya Allah ! creepy nya !!!

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
5/22/2017 4:10 PM ×

Seramnya Mai. Orang sekarang macam2 perangai lah. Harap itu memang muka dia. Kalau dia guna muka orang lain sebagai profile, lagi rasa marah. Huhu. TQ Mai share pasal cara nak detect tu. kalau boleh detect via FB, means dia tak private lah eh?

Reply
avatar
SHAF NAJMI
admin
5/28/2017 6:56 AM ×

Ahhh seriously skang dah makin berleluasa org spesis cmni mcm dah takda rasa malu langsung kat Tuhan yg selalu tengok. Maksiat mcm dah takda tempat tuk disembunyikan, terang2 aibkan diri sendiri, astaghfirullah.

Reply
avatar
6/13/2017 12:38 PM ×

aida ada dpt gak wasap / call yg rambang gini.
aida x layan.
terutama yg wasap.
aida x kenal.
aida x respon.
takot lah...

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon