Cara Nak Detect Nombor Telefon Penganggu

Phone mama selalu ada dengan anak buah aku sebab dia nak tengok lagu-lagu doa Tilmiz sebelum tidur. Pada suatu malam, phone tu berdering, oleh sebab aku tidur dengan anak buah aku, so aku dengarlah handphone mama tu duk berbunyi.

Oh number tak dikenali. Maybe benda penting kot kalau orang call tengah malam ni antara dua je, nak sampaikan berita penting, ataupun just a prank call. So aku assume tu berita penting sebab phone mama, tak mungkin bebudak nak prank orang tua kan.

"Tolong.."
"Ye tolong apa? Ni siapa ni?"
"Saya mesej sekejap. Tolong."
"Kenapa nak mesej? Cakaplah sekarang, siapa ni?"
"Saya mesej, tolonglah."
"Hmm ok."


Then dia mesej melalui whatsapp phone mama. Aku tak balas segera, tapi menunggu beberapa minit. Kemudian dia memanggil mama dengan perkataan janda. Yes something fishy here. Terus aku balas. Dah agak dah patutlah suara tenggelam timbul, aku syak dia tengah high kebulan bintang kot.

lelaki pervert

Aku tak tahu nak cakap dia tengah high ataupun memang semulajadi bodoh. Bila aku sebut nama dia, dia tanya "Mana tau nama saya", kemudian bila aku bagi gambar dia terus dia cakap "bukan la". Ah kelakar sangat tau main nama sama pula. Aku bukan main teka je, aku detect lah oi.

lelaki pervert

Kemudian dia call tanpa henti, aku angkat. Aku tanya dia "Iman tak ada ke, iman?". Nak tahu dia jawab apa? "IMAN ADA, TAPI NAFSU PUN ADA. BUAT SUARA GODA SIKIT." 

Gosh! Dia memang gila seks tahap kritikal dah ni. Aku pun letak dan tunggu hari berubah pagi untuk report kat mama, hahaha. 

Nak tahu dalam banyak-banyak part ni apa paling menyeramkan. Dia mesej lucah kat whatsapp mama aku yang pakai profile picture MAMA & ABAH. Astaghfirullahal azim, mama aku tu memanglah masih cun, tapi bukan budak-budak remaja lagi. Faham tak point aku ni? ORANG GILA SEKS TAK PANDANG USIA,RUPA,JANTINA, semua dia bedal!

Sekarang aku faham kenapa ada atuk tua yang sanggup rogol cucu sendiri, kenapa ada yang sanggup liwat bayi lelaki untuk puaskan nafsu serakah mereka, dan kenapa ada remaja yang melempiaskan nafsu mereka dekat warga emas. 

Kalau yang tertanya-tanya macam mana aku detect siapa pelaku disebalik nombor telefon ni, senang sahaja. Ada dua cara, insyaAllah kebanyakan akan menjadi kecuali dia memang beli number tu khas untuk buat aktiviti tak sihat macam ni.


01. Save number phone dia dan cari di whatsapp/wechat
Cara ni senang sahaja, cuma save number sipelaku tersebut dan carilah di senarai whatsapp kita. Kalau pelaku tu bebudak wechat lagi senang terus naik kat wechat. Selalunya wechat diorang akan letak profile picture muka sendiri berbanding whatsapp.

Jangan risau.
Kalau cara ini tak menjadi, ada lagi satu cara lain.

02. Search number tersebut didalam Facebook
Cara yang ni lagi la senang dari tadi. Buka facebook, dan search number dia kat ruangan search facebook tu. Pufff terus naik profile dia. Kalau tak percaya dengan cara ni cubalah search number sendiri sekarang, mesti naik profile korang.


Sebenarnya aku patut tak hide muka dia eh? Sebab dia ni dalam kategori berbahaya jugak kan. Bayangkan kalau orang yang hari-hari terserempak dengan dia tu. Fuhh nauzubillahiminzalik,aku tak jadi nak bayangkanlah, sereeem pulak tetiba.

Marilah kawan-kawan doakan dia diberikan hidayah untuk berubah. Kalau hang baca ni masa dah berubah comment kat bawah ni aku padam je post ni ok. Lain kali jangan kacau mak aku lagi kalau taknak makan besi abah aku exercise hari-hari tu.


Follow