Blog : Design Sendiri atau Upah Designer Lebih Puas Hati?

Tuesday, March 13, 2018


Template blog adalah salah satu part penting yang boleh mempengaruhi pembaca untuk suka atau tidak dengan blog kita. Sekarang ni jarang dah jumpa blog yang bersepah, sebab senang sangat nak download premade template untuk kita pakai, percuma pulak tu!

Masalah bila pakai template percuma ni satu je, ramai 'kembar'. Maklumlah benda free, cantik pulak tu, mesti ramai akan tertarik untuk pakai template yang sama. Tak tahu lah korang, tapi kalau aku, aku tak suka template sama dengan orang lain hampir 100%. 

Kalau sama jenis template takpalah nak buat macam mana, tapi kalau sampai bab pilih font dan warna pun nak sama sebijik, perghhh memang aku pantang! Menyirap beb! lol tetiba emo.

So untuk elakkan persamaan ni, kita kenalah design sikit blog kita. At least untuk menampakkan identiti kita dalam template blog. Macam mana tu? Pakai warna favorite kita, kalau kita jenis suka yang minimalist classy gitchew, pakai warna hitam putih saja pun cantik asalkan pandai match dengan font yang sesuai.


Kalau tanya aku pasal template ni Design Sendiri atau Upah Designer Lebih Puas Hati? Secara jujurnya, aku akan jawab design sendiri memang akan lebih puas hati sebab kita akan dapat exactly design yang kita nak tanpa ada perselisihan pendapat dengan sesiapa.

Tapi kalau upah designer pun ada kelebihannya. Antaranya designer ni juga boleh jadi penasihat untuk design yang kita pilih. Contohnyalah, warna favorite kita merah & hijau. nak jugak kita sumbat dua warna tu dalam blog nanti. JANGAN! So kerja designer ni nanti akan guide kita untuk pilih warna yang terbaik untuk blog. Errr, kalau jenis degil nak ikut hati dia juga, designer nanti akan usahalah cari code yang paling ngam untuk gabungkan warna favorite kita tadi tu. Settle!

So sebelum decide nak design sendiri atau upah designer, fikir dulu tentang tiga perkara ni.

01 | Masa yang Banyak

Sekurang-kurangnya dua hari untuk full design sebuah blog header to footer. Itupun kalau betul-betul fokus sampai tak buat kerja lain. 

Dan kalau kita sejenis yang tak familiar dengan coding dan css segala. Tempoh masa yang diperlukan bertambah lagi.

Jadi kalau decidelah, sudi atau tidak spend masa lebih untuk dapatkan template idaman hati hasil tangan sendiri?

err, or korang ada masa tak?

02 | Minat yang Mendalam

Nak edit blog ni pun kena ada passion & tunggu mood datang. Kalau tak minat ni, memang separuh jalan je lah kerja nanti. Mulalah rasa serabut dan nak mengamuk je bila template error.

Nak ikut tutorial pun, most of them dah tak valid sekarang. Sebab template blog pun makin hari makin maju, responsive bagai, so banyak tutorial lama dah tak boleh pakai lagi.

So cabaran makin kental lah sebab kita kena belajar baca coding blog sendiri proses mengedit blog ni. Setiap template pulak berbeza-beza codenya. Fuhh sabar jelah.

So, korang ada passion tak?

03 | Bajet yang Mencukupi

Hihihi, point no 1 dan 2 kat atas jadi tak penting time takda bajet nak upah designer. Nak tak nak edit jelah sendiri slow-slow kan...

Sebenarnya ramai je designer yang menawarkan harga mampu milik atau letak harga ikut bajet kita.

Bila ramai designer ni, kita ada peluang untuk pilih yang mana betul-betul menepati citarasa kita. Ada mata nampak designer A buat lawa, ada mata pula suka style designer B menghias blog. Terpulang kepada taste kita sendiri.

Tahu tak mana nak dapat harga yang tak masuk akal? RM30 je aku ambil untuk edit blog gaya simple but nice! Customer paling latest boleh tengok blog Azah Rahaman & Mrs Liez, alhamdulillah feedback positive dari mereka, yeay!


Tunggu apa lagi, cepat contact kalau nak tempah. Hihihi.

EMAIL
blogmayyjie@gmail.com

WHATSAPP
www.wasap.my/60132080366


Follow

59 comments

  1. akk memang suka dan puashati design sendiri. Tapi masa takde terpaksalah upah org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la kalau nk buat sendiri ni banyak makan masa.

      Delete
  2. Kalau Mai yang edit memang superb, cuma akk ni jenis yg nk bertukar sokmo.
    Tp header yg mai buat maintain smpai skrg akk pakai. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun kak...terima kasihhh sgt! Hihihi happy akak suka hasil kerja Mai.

      Delete
  3. Semoga Mayy terus success dalam dunia blogging & menghasilkan lebih banyak template blog menarik.. Keep it up dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak LZ.. Aamiin aamiin.

      Delete
  4. upah designer ikut apa yang kita nak baru puas hati
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, I can't agree more on that!

      Delete
  5. Saya sebenarnya lagi suka kalau ada identiti sendiri. Tapi, sebab tahap edit blog tu suam2 kuku je. Maka, jadilah rupanya yang macam sekarang. Guna template free, pastu edit sikit2 je, bagi nampak lain sikitlaa dari kembar2 yang lain. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Mai tak suka ada kembar,so selalu buat macam awak juga. Hihihi. You got nice template dear.

      Delete
  6. design sendiri memakan masa dan juga kalau cerewet mmg mcm2 kita nak buat sampai kekdgn tu boleh terabai dan stress..kalau ada bajet upah jer la kan..hehe. Thanks Mai sebab selalu ada untuk bantu Umi dgn template blog Umi ni...dh ringan kata kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Umi... lebih baik upah kalau ada bajet tapi takde masa. Thank you juga Umi sebab percaya dengan hasil kerja Mai.

      Delete
  7. Akak edit sendiri jadi hasilnya tak la pro sangat.. hehehehehe.. tapi memang perlu ketekunan dan kesabaran yang tinggi la.. kalau tak, boleh jadi mengamuk.. hahahahaa.. :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Memang kena bagi sehabis baik baru dpt template yang memuaskan. Apapun template akak dah ok ni. Kemas aje!

      Delete
  8. *ehh.. tertinggal*

    edit sendiri guna free template yg boleh download tu.. bukan design dari 0.. hahahaha.. memang tak pandai arr.. bukan designer.. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. saya suka design sendiri. dulu masuk contest menang header, blogger tu designkan font dan warna yang kita nak. kalau orang lebih pandai design memang lagi cantiklah dari kita buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe saya lebih suka bab coding2 dari design header.. Sy tak berapa kreatif sebenarnya. ehehe. suka tengok hasil jari jemari org kreatif.

      Delete
  10. sy suka design sendiri.. tp bila bab bwat header tu jadi failed.. hahaha lagi satu nak cari font yg sesuai pun susah.. dulu minat nak design.. tp masa ja yg membuatkan sy malas dah mau design. lau ada duit lebih mmg upah org ja lahr haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, font memang selalu buat Mai jadi dilema, haha.

      Delete
  11. Akak pun suka design sendiri. Hehe. Suka main coding html dan css. Cuma kekangan masa je membuatkan blog sikit terabai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita kak. hehehe. bila dah kerja mmg masa jadi terhad sikit, yang terluang pun nak guna utk update je kan.

      Delete
  12. nak edit sendiri, malas plus takde masa. hahaha. so lagi best bayar dan siap! sekarang kan ada shopping online, begitu juga ada servis designer online. hiks. so, kalau nak mudah hire je designer! tq atas design yang comel dalam blog azah. really appreciate that :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIhihi alhamdulillah.. Happy sangat2 bila customer puas hati. Rasa mcm satu kejayaan.

      Delete
  13. Mudah2an banyak job masyuk Mai

    ReplyDelete
  14. sy suka sendiri...
    tapi kalau takde masa , maybe kene hire org lah ...
    salam perkenalan dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis Elya.. Ikut juga tahap kelapangan dan bajet kita.

      Salam perkenalan juga ya.

      Delete
  15. seronok sebenarnya design sendiri, cuma itulah.. kekangan masa membataskan, terpaksa upah orang yang lebih pakar.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, takpe kak. Asalkan dpt template idaman kalbu, kan.hihi.

      Delete
  16. upah outsource untuk edit blog bagus rasanya jika untuk komersial...

    keluarkan belanja dan kita cuma fokus untuk pengisian konten..

    lebuh tepat lagi kepada mereka yang sangat mahir dalam bab SEO nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa saya setuju... Pasal SEO ni rumit sikit, sy lebih suka serahkan pada pakar.

      Delete
  17. kalau pandai memang suka edit sendiri...hihi tapi kalau tak berapa pandai elok lah upah mai ajer....suka dengan hasil kerja mai...nanti akak dah jemu dgn template lama...akk roger mai ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi boleh saja kak Liena... Rogerlahh.

      Delete
  18. Malas kak nak design2 , kak pip tak kreatif ... suka jer dgn hasil tgn Mayy, pantas pula tu siapkan tempahan ... Semoga Mayy selalu sukses ...

    ReplyDelete
  19. cantik design template yang mai buat tapi tak rasa nak tukar lagi. Kalau nak design sendiri kadang tu hancur lebur jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Farhanna. Template sekarang pun ok dah, cute.

      Delete
  20. Replies
    1. Hehehe senang cite kan kak sha.

      Delete
  21. hehe... sama lah kite.. leya memang edit sendiri.. kalau dah belajar bhgian ni xreti edit memang silalah koyak sijil2 tuh..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bestnya dpt belajar bahagian coding2 ni. mai dpt detect minat ni selepas dh habis degree sains. Huuu patutlah rasa berat je nak habiskan study dulu, rasa tak berminat.

      Delete
  22. Saya suka dan lebih puas hati design sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Design blog akak antara yang blog yang kemas & mesra pembaca :)

      Delete
  23. tentulah upah sebab mama takreti buat sendiri haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihih upah pun ok asalkan puas hati kan mamapp.

      Delete
  24. bab design mendesign ni memang saya fail! Jadi saya guna je template sedia ada, tanpa ada sebarang design tambahan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sedia ada pun dah cantik sebenarnya.

      Delete
  25. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  26. Tu la.. biasanya point pertama paling menjadi masalah ni.. Nak edit tapi tak cukup masa.. last-last dah tiga tahun blog tak edit-edit lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mmg... Kena korban masa banyak sikit kalau nak edit ni.

      Delete
  27. Setakat ni hanya edit sendiri walaupun taklah pandai sangat pun. Ambil ilham dan idea sedikit daripada blogwalking, dan olahlah sedikit ikut citarasa kan. tapi tak edit banyakpun daripada template asal, sebab tak pandai. hehe btw saya dah jadikan blog ni dalam bloglist helloaiman. Terima kasih

    | blog helloaiman |
    | Tempahan Khat Kufi |

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIhihi thanks Aiman! Nanti Mai masukkan Aiman as bloglist juga ya.

      Delete
  28. Teringin nak design sendiri. Tapi tak reti haha so memang kena hire orang jugak. Ni tunggu masa yang sesuai je nak tukar design blog.

    ReplyDelete
  29. kalau nak design sendiri ni kena cekap sikit bab-bab coding html ni kan ...

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.