Organizer Wallpaper

Kebanyakan orang suka minimalkan icon pada desktop pc/laptop, tetapi ada juga yang suka meletakkan semua icon yang kerap digunakan di desktop untuk memudahkan mereka mencarinya. Yang pasti semua orang nak desktop yang kemas dan sedap mata memandang, tak kiralah sikit atau banyak icon tu kan.

Oleh sebab aku lah tu yang tergolong dalam manusia yang semua benda nak letak kat desktop. Bukannya apa, tapi aku jenis nak cepat, jadi bila semua terpampang kat desktop tu senanglah aku nak cari semua, tak payah geledah folder demi folder dah. (Tapi yang penting jelah).

Organizer Wallpaper
Wallpaper lama
Sejak dah kenal dengan organizer wallpaper ni aku rasa penyelesaian kepada masalah desktop serabut aku. Aku pun apa lagi google dan download banyak-banyak organizer wallpaper untuk digunakan. Kalau nak juga tengoklah antara yang aku dah save kat SINI

Aku ni jenis cepat bosan...so aku decide nak design sendiri organizer ikut aku punya selera dan keperluan. Menggunakan apps PhotoScape & some freebiew dari Pinterest, aku pun mulalah nak mendesign walaupun aku tak kreatif. (Cukuplah nak puaskan hati sendiri kan)


Aplikasi : PhotoScape
Width : 1366px
Height: 768px 

Korang suka desktop minimalist atau letak banyak-banyak icon macam aku?

Follow