Mellya Crayola

Assalamualaikum, selamat pagi! 

Hihihi mood ceria lah hari ini sebab blog Mayy Jie ini dah bertukar baju. Template Espelette by Etsy masih dikekalkan sebab dah ada template berbayar sponsored by Kak Reenri, malaslah nak guna template lain lagipun dah selesa dengan template ni. 

So aku just tukar warna-warna dan berhasrat nak guna header dan gambar sidebar ruangan penulis yang baru. Tujuan aku tukar kepada nafas baru ni sebab adik aku tengok blog aku dan complained sebab kosong yakmat, bosan katanya. Bila aku tengok balik, hmm agaklah, kosong putih gitu memang lah hambar sikit.

Kononnya nak tiru gaya mat saleh berblog, kahkahkah. Last-last tak tahan lama. 

Alang-alang nak tukar warna dan rupa blog ni, aku rasa nak cuba hasil tangan rakan blogger kita Cik Mellya Crayola. Dah lama aku usha hasil kerja Mellya ni, memang cun, kalau orang dah pernah masuk blog hasil editan Mellya mesti macam kenal trademark Mellya kat cara edit scrollbar tu, hahaha. Eh ke aku sorang je? (Klik Sini Untuk Tengok Hasil Editan Mellya Crayola).

Tapi aku rasa tak tahu nak edit apa lagi kat blog aku ni, so aku just tempah header dan gambar pada ruangan 'penulis' je dari Mellya. Mula-mula rasa nak buat sendiri tapi aku rasa macam tengah ketandusan idea sekarang ni, dah la aku ni tak kreatif, nak nak masa tak ada idea, nanti makin hampehlah pula header aku.

Tengoklah header lama yang bagai melepas batuk ditangga,kekekekeke. So good bye theme hitam.

header Mayy Jie
Header lamaku, bye bye
So hasil beberapa header yang Mellya semua aku suka, susah juga nak pilih. Last-last aku terpaksa pilih satu sebab Mellya akan buat gambar 'penulis' yang match dengan header. Hehehe.

header Mayy Jie

banner Mayy Jie

Comel kan! Aku sangat berpuas hati dengan servis yang Mellya bagi sampai aku puas hati. Terima kasih Mellya sebab kreatif sangat buat hasil yang cantik walaupun dapat customer yang tasteless macam aku, warna tema pun aku tak decide siap cakap, 'Ala-ala vintage' je, huhuhuhu. Sabo jelah. Sebab tu aku pilih Mellya, hehehehehehe.

Dengar kata Mellya tengah buat promotion weh!

PROMOTION SEBELUM MAC 2017
Simple Template - RM 20
ReEdit Template Responsive Blog - RM10 

So kalau nak tahu maklumat lanjut dan takmau terlepas peluang dapat blog cantik dan comel gini pada harga yang murah berbaloi, KLIK SINI

Follow