Resepi Maggi Ayam Ala-Ala Mee Hailam

Resepi Maggi Ayam Ala-Ala Mee Hailam



Mee segera ni datanglah jenama apa pun, tetap aku sebut Maggi. Bukan aku je, ramai lagi macam tu. Begitu dekatnya brand Maggi ni dekat hati rakyat Malaysia kan. Salah satunya sebab kualiti lah. Mee sedap, kenyal, tak kecik sangat, tak kembang sangat, kuah yang perfect.

Ada orang suka Maggi Tomyam, asam laksa, the legend kari. Tapi tak ramai suka Maggi Ayam. Jarang tengok orang makan, sebab tak pedas kot? Lidah orang kita ni nak yang pedas kan. Tapi siapa kata Maggi Ayam tak boleh pergi jauh. Aku dah cuba resepi dari Maggi yang latest ni, Maggi Ayam ala-ala Mee Hailam. Memang sedap!



Alang-alang dah dekat sangat dengan Ramadhan ni. Boleh la masak untuk bersahur sebab resepi ni memang senang, cepat, dan sedap. 

Resepi Maggi Ayam Ala-Ala Mee Hailam

 Bahan-Bahan Memasak
  • Maggi Ayam 2 bungkus
  • Air 700ml +-
  • Daging / Ayam / Udang
  • Sawi 
  • Tomato
  • Kicap 
  • Bancuhan tepung jagung


Cara Masak :

  • Masak air
  • Masukkan daging / ayam  dan perencah Maggi Ayam tersebut
  • Masukkan Mee Maggi dan tunggu sampai lembut
  • Masukkan Sawi, tomato dan sayur apa nak masukkan ikut suka
  • Letak kicap dalam dua tiga sudu
  • Akhir sekali, letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
  • Siap untuk dihidang :)


Senang dan cepat kan! Aku ni sebenarnya tak pernah makan mee hailam sebab aku memang tak suka mee kuning tu. Bila macam ni baru aku makan, sebab tak guna mee kuning. Hehehe. Cubalah sendiri resepi sempena PKP ni...

Tapi jangan amalkan selalu ya! Jaga kesihatan. Bye!



Follow

Post a Comment

16 Comments

  1. Eh senangnya hahahahahahaha kat uni pun boleh buat kalau ada barang ni

    Kita dengan mak kita suka maggi ayam dari maggi kari lol member selalu cakap den cam budak budak makan maggi ayam XD

    ReplyDelete
  2. i suka maggi ayam. campur telur + kangkung, nyumnyum

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try lagi resepi macam ni . Boleh cuba laa . Tq mai share resepi mudah ni

    ReplyDelete
  4. whyyyyy orang lain buat nampak sedap bila buat sendiri tak sesedap yang diimagine punnn..

    ReplyDelete
  5. wahhh tq for sharing nanti rabia try okey

    ReplyDelete
  6. Hah nanti nak try resepi Mai buat ni.. Sedap plak..

    ReplyDelete
  7. Macam mee kolok Sarawak. Tentu sedap sebab saya suka makan mee.

    ReplyDelete
  8. uishh nampak meriah maggi dia..sedap!

    ReplyDelete
  9. tak pernah terfikir pulak buat macam ni. Sedap jugak ni. ^^

    ReplyDelete
  10. fuh meggi hailam terliur tgk

    ReplyDelete
  11. bila tgk org buat nampak sedap, sendiri buat halah2

    jemput ke birthday giveaway
    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete
  12. sedapnyaa sis. terliur saya tgk. Saya singgah dan follow sini ya
    https://faradidi.blogspot.com.

    ReplyDelete
  13. rumah aida byk mee kari,Mai.
    ayam da jarang beli.
    tapi sesekali layan, memang sedap!
    guna cara Mai ni :) yum yum!

    ReplyDelete