Review : Polka Pops Desserts Mawi tu Sedap Ke?

Polka Pops Desserts Mawi tu Sedap Ke?


Aduh mahkota terhempas, 
Barulah ku sedar,
Yang kusangkakan intan,
Oh hanyalahhhh kacaaaa.....

Oh Salihaaaaaa..


Wow, kalau tak tahu, sebenarnya aku ni peminat Mawi World sejak zaman AF3 okeh. Hahaha. Namun segalanya punah lepas bapak aku potong Astro sebab aku asyik tengok TV je masa tu even nak UPSR, muahahaha.

So sekarang, sebagai peminat of course la aku follow Instagram Mawi tu. Kadang-kadang tengok Mawi asyik promote Polka Pops Desserts tu. 

"Apo kobondo eh Polka Pops warna warni gitu?"

Setiap kali tengok Mawi promote or share pasal Polka Pops je aku tertanya apa benda tu. Cewahh padahal aku nak rasa juga. Biasalah aku kan senang terpengaruh, senang terhibur, senang semualah. Lol.


So aku pun cari agent Polka Pops yang berdekatan dekat Instagram tu. Akhirnya juga agent dari Seremban. Walaupun 40 minit gak aku nak drive ke Seremban tu tapi apa ada hal, hahaha. Punyalah gigih wehh.

Semangkuk Polka Pops ni berharga RM10.00 termasuk dengan susu dia tu. Actually tak tahu la susu ke apa, cuma yang aku tahu, sedap, hehe. 


Memang colourful habis lah dalam ni. Excited lak tengok, haha. Isinya ada mcm nata de coco tu, mochi (fav sedap gile), dan aku tak tahu apa lagi lembut2 dalam tu. Yang dalam plastik tu pula ada cincau dan boba yang diasingkan takut benyai dalam mangkuk tu bila simpan lama-lama.


Cara makan pula, just tuang susu tu dalam mangkuk dia. Kalau ada ice letak lah, lagi sedap, tapi jangan banyak banyak nanti terganggu nak makan. 

Boleh nikmati sejuk-sejuk masa cuaca panas. Memang nikmat abis!

Sedapnya kalau dapat sekarang, nyesal tulis entry ni. WUWUWU. 

Bye!


Follow

Post a Comment

10 Comments

  1. aduii sedapnya maiii.. panas2 gini, mmg superb!

    ReplyDelete
  2. sedapnya mai. Menggoda ni. ^^

    ReplyDelete
  3. Ala-ala kathira.. ehh jangan x tahu akak pun peminat mawi dulu uiii....

    ReplyDelete
  4. ada orang jual tapi tak terbeli. next time boleh try lah

    ReplyDelete
  5. Wahhh...sedap eh,dah lama teringin nak rasa.

    ReplyDelete
  6. eh sama la kita minat mawi jugak! Nampak macam sedap, warna menarik pulak tu. Berbaloi la Mai drive sampai 40 minit ke Seremban haha

    ReplyDelete
  7. Tak tahu lak mawi ada jual ni. nampak sedap tu Mai.
    Kena cari ejen dia dkt2 sini la pulak. hehe

    ReplyDelete
  8. baru tau tentang ni, nampak sedap yea

    ReplyDelete