Resepi Gardenia Roll-Up Wraps

Resepi Gardenia Roll-Up Wraps | Sebenarnya aku fikir banyak kali juga nak tulis entry ni. Bukan apa, korang tu dah serupa zomba dah asyik nak panic shopping je sampai habis satu pasaraya nak di borong. Kang habis pulak Gardenia Roll-Up Wraps ni aku yang tak dapat makan sedap dah, haha.

Ye la, mana tak nya, aku ni pelik juga aku sebab roti gardenia tu bukannya pupus lagi dah kenapa sorang nak beli sampai 5 6 bungkus. Benda tu kan ada tarikh luput, lagipun masa nak beli tu, ingatlah pada orang yang di belakang, yang lagi memerlukan. Ape daa..kan dah kena bebel. 


Ok back to the topic. Maaflah gambar terlebih pencahayaan sampai tak nampak sos mayonis aku yang menyelerakan tu. Menu ni adalah untuk control pengambilan nasi kami suami isteri sepanjang perintah berkurung atau RMO ini dijalankan. Taknaklah nanti habis kuarantin, badan pun macam tong drum pula. Ehehe (padahal tak senaman pun ) (hashtag jangan tiru aksi ini).

Gardenia Roll-Up Wraps ni ada tiga jenis, original, garlic dan yang wholemeal. So far aku hanya cuba yang original je, lepas tu taknak tukar dah sebab sedap! Haha btw kami tak suka garlic dan wholemeal. 

So how we enjoy our Gardenia Roll-Up Wrap ni?


Actually takda lah resepi sangat, cuma aku suka cara macam makan macam ni je even ada yang suruh buat macam pizza lah, bakar la...Rumah iols takda oven la sis..Hehe.

Inti Wraps

1) Goreng nuggets (tak kisah brand apa secukup rasa)
2) Goreng fries (tak kisah jenis kerinting ke kurus)
3) Salad bulat (secukup rasa)
4) Tomato
5) Kepingan seaweed




Sapu Wraps

1) Mayonaise (aku pakai brand Kimball)
2) Thousand Island (aku pakai brand Kewpie)
3) Jagung tin (bukan jenis cream tau, jenis biji-biji dalam air tu)

Campur semua ni ikut selera masing-masing. Air jagung tu tak payah lah masukkan nanti cair sangat, hehe. Kalau nak pun letak sikit je.


So gulunglah ikut selera masing-masing. So far dah jadi menu harian kami suami isteri untuk dinner. Sebab dah malam taknak makan nasi, dan jimatttt lauk! Hihi.

You should try too! Share la resepi Gardenia Roll-Up Wraps favorite korang dengan aku.



Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. Duduk rumah manjang ni memang lapo aje.

    ReplyDelete
  2. aaaa sedapnyaaaa! tak jumpa lagi yang gardenia ni

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Tengah RMO ni banyak resepi baru boleh cuba

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya Mai. Tapi takde wrap,roti pun habis da.
    Kena tunggu trip g beli barang, nak try bli ni , tu pun kalo ade stok lagi. haha

    ReplyDelete