Thursday, December 29, 2016

Ulasan Air Mata Aryana | Wattpad



Assalamualaikum, 

Sempena habis membaca Air Mata Aryana (AMA) ni aku sangatlah excited nak memperkenalkan kepada peminat bahan bacaan bebas macam ala-ala FIXI tu, buku ni memang sesuai untuk dinikmati. 

Apa yang aku dapat simpulkan, penulis terlalu jujur dalam menulis membuat aku seperti berada dalam situasi Aryana dan menyaksikan penderitaan demi penderitaan yang ditanggung gadis muda itu. Penulis bijak mengaitkan isu semasa dalam penulisan beliau, dimana isu sumbang mahram, penderaan rumah tangga, pemerdagangan manusia, dunia lorong belakang, ditulis begitu nyata, real! Terasa dekat walaupun aku tidak pernah mempunyai kisah gelap begitu, alhamdulillah semoga Allah terus melindungi kita semua.

Kalau ingin lari dari cliche cinta drama petang, maka wattpad adalah ruang yang tepat! Jemputlah membaca AMA, jangan lupa ketatkan seatbelt anda kerana AMA adalah sebuah roller-coaster emosi yang dasyat! Hahaha. 



Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

4 comments:

  1. baca review Mai pun da rasa novel ni mmg padat dgn pgajaran =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PADAT~! bacalah nanti kak jun...

      Delete
  2. macam best palk.. unni suka baca novel yang bnyk bagi pengajaeran dan bawa kesan kepada pmbaca

    ReplyDelete