Monday, November 20, 2017

Hidup dengan 'Bitchy-Resting-Face'

Bitchy Resting Face 

A bitchy alternative to the usual blank look most people have. This is a condition affecting the facial muscles, suffered by millions of women worldwide. People suffering from bitchy resting face (BRF) have the tendency look hostile and/or judgemental at rest. Their expression does not necessarily reflect how they are feeling inside. BRF can ruin friendships and first impressions, start fights and kill an atmosphere.



Aku memang marah betul kalau ada orang cuba nak candid muka aku tanpa sedar, sebab memang hasilnya akan buruk angkara sindrom bitchy-resting-face yang mana muka aku selalu nampak masam mencuka bengis dan garang bila duduk saja-saja.

Antara buruk dan baik ada muka natural beauty ganas ni macam:


1) Orang Ingat Aku Sombong
Hampir 90% orang yang dah lama kenal aku akan cakap dialog macam "Dulu aku ingat hang sombong!" Haha. Well of course la aku tak sombong, mungkin pemalu tu ya, tapi selalu disalah erti dengan muka yang ketat dan kalau senyum pun kelat macam muka aku, sabar jelah. Hanya orang yang sudi kenali hati aku baru la tau aku macam mana, hehe. Tunang aku cakap funny,ekekeke :P


2) Tak Stress pun Nampak macam Stress
Bila tak stress pun nampak macam stress ni boleh menimbulkan rasa stress sebenar tau, haha. Kita duk relax ja tapi orang duk kata kita stress mau tak pening. Tapi tu la, kalau duk saja campur pakej termenung serius orang ingat aku ada masalah negara, haha. Sedih tul nak berangan lauk makan tengahhari pun orang ingat serabut kerja tak siap. 


3) Ikhlas tak ni?
Bila kawan minta tolong aku, then aku tolong tapi muka serius sangat orang jadi takut pula. Aku pulak rasa takkan nak renyih tiap masa lenguh la mulut aku, haha. Aku sebenarnya tak kisah pun nak tolong orang, hehe tapi orang pun kena la tolong faham yang muka aku je nampak macam nak makan orang, tapi aku cool je, haha.


4) Tak Photogenic untuk Gambar Candid
Ya please, please, please, janganlah candid gambar aku walaupun aku tengah happy masa tu, hahaha. Bukan apa, selain nampak hodoh dengan muka masam gitu, takut disalah erti yang aku tengah marah or sedih or tak puas hati pulak dalam gambar tu. Suruh aku sengih angkat peace dulu before snap ok.


5) Perisai Semulajadi
Satu yang aku paling suka dengan muka sendiri yang tak berapa mesra alam ni adalah......selalu jadi perisai dari diganggu buaya darat, HAHAHA. Mungkin orang takut nak kacau, atau mungkin juga orang tak selera, hahaha. Biasalah buaya darat suka yang comel lotey je sokmo. Alhamdulillah selamat kito, haha.


Jadi lepas ni kalau terserempak dengan aku yang muka macam tengah fikir bajet tahunan negara korang janganlah fikir aku sombong pulak tau. Haha aku ni muka je serius, hati bak kebun bunga. Acewahhh.

Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

9 comments:

  1. hahaha...kak liez sama la. dr kecikxsuka senyum,membawa sekolah mukamemang masam je..dah kawin br belajar senyum sbb Dearie suruh...

    ReplyDelete
  2. Haha same! Padahal rasa macam dah sentiasa tersenyum dekat orang (yeke?), tapi ada lagi yg cakap muka garang . Haha

    ReplyDelete
  3. sama macam akak mai...tak suka org ambik gamba candid...sbb hasilnya mmg hodoh hahaha...kena selfie betul2 barulah santek sikit hihi

    ReplyDelete
  4. iyelah kan...sepatutnya ambil waktu kita bersedia

    ReplyDelete
  5. hehehehee.. kelakar juga ye.. tapi memang satu masalah juga kalau airmuka kita dah memang semulajadi macam tu.. :)

    tak kan nak senyum 24/7 kan.. ada pula yang salah faham ingat kita sakit mental pula.. hehehehee.. saborrr je lah..

    ...

    ReplyDelete
  6. I have the same problem like you. T__T

    ReplyDelete
  7. Yang no 5 tu memang betul.. kikiki.. Muka itu perisai..

    ReplyDelete
  8. Hahaha sakit perut kak ana ketawa baca entri ni mai. Benci kan bila org candid muka kita tgh mcm tu. Kak ana selalu je muka mcm tu.๐Ÿ˜…

    ReplyDelete