Sunday, November 19, 2017

Lirik Saling Merindui - Ayie Leon (Lagu Baru)


LIRIK SALING MERINDUI (LAGU BARU)

Usah kau tangiskan aduhai kekasih, 
Jangan merajuk menjauhkan diri.
Berapakah harga salah nak ditebus,
Memadaikah dengan gubahan ini?

Senyumlah kekasih hati sanubari,
Itulah hiasan disudut hati,
andainya kau padam api cinta ini,
Sengsaralah aku kelam sendirian.

Corus:
Pudarlah warna pelangi,
Turut gerhana mentari,
Keruhlah air dikali
Kerna setitis air matamu,
Duhai bungaku...

Andai kuada menyakiti hati,
maafkanlah daku oh kekasih,

Kurentasi jenuh aku mencari,
Kutemui mawar ditaman ini,
Kusedari biarpun kau berduri,
takku peduli, akan ku genggami,
inginku miliki,

Engkaulah bunga yang teristimewa,
kan ku belai memenuhi jiwa,
kau dan aku pasti saling merindu,
saling kasihi,
saling menyayangi,
saling merindui.

💙💙💙

Wow! Just wow! Kagum gila aku dengan suara brother Ayie dari kumpulan Leon (dulu terkenal dengan lagu Balasan Janji Palsu, dan Saling Merindu). Haha macam tertelan kaset kan, suara live dengan rakaman tak beza pun.

Aku ni memang peminat lagu jiwang 80-90an tau. Zaman bapak mengorat mama dengan petikan gitar dan karya lukisan-lukisannya, hihiks, puitis bapak gue lol. 

Tengok lirik lagu lama sudahlah, panjang dan bermakna tersirat lagi tersurat. Lagu sekarang tulis tiga baris then ulang sampai lebam, no offense but ini cuma pendapat aku je. Catchy, but seminggu je terus bosan.

Kalau kumpulan lama-lama dulu of course aku minat Iklim (sekarang minat Syafiq Farhain kahkah), Leon, Damasutra, Putra, BPR, Olan, Dinamik, dan ramai sangat-sangat lagi, haha.

Aku harap akan banyak lagi karya baru yang diberi nafas macam zaman 80-90 an baru feel nak layan, ihiks. 

Korang minat lagu jiwang macam iols tak? Hihi. 




Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

10 comments:

  1. Bestnya lagu dia.. Lirik pun ohsem.. Suara maintain tu..

    ReplyDelete
  2. wah......best nya lagu baru dia.....peminat leon jugak dulu...

    ReplyDelete
  3. Harus minat. Jiwang is jiwa kottttt haha. Tapi ni lagu yang dibarukan ke? Adeh line slow laa pulak nak dengar

    ReplyDelete
  4. artis dulu memang power suara memasing.. hanya yg betul terpilih je boleh jadi penyanyi..

    ReplyDelete
  5. Siqah suka lagu Saling Merindu zaman dulu kala lagi. Hihi. Lagu karoeke biasanya tau lagu2 lama ni.

    ReplyDelete
  6. byk lagu2 lama sedap didengar dan bkn kata org tua suka..org muda pun..nnt nk cari dan dgr lagu ni

    ReplyDelete
  7. lagu baru...nak dengar kt youtube

    ReplyDelete
  8. i pon minat jugak lagu dulu2 nih..menusuk ke dalam kalbu wehhh daripada lagu zaman skrng...haha..

    ReplyDelete
  9. Akak pun minat lagu jiwang karat ni. Start minat masa akak join PLKN dulu. Hujung minggu takde buat apa kitorg nyanyi dalam bilik lagu rock kapak cintan ni. Tangkap leleh mai.haha

    ReplyDelete
  10. TERIMA KASIH SEMUA YANG COMMENT. SAYA AKAN SINGGAH BALAS YA :)

    ReplyDelete