5 Cara Kawal Berat Badan Walaupun Sibuk


Cara Kawal Berat Badan Walaupun Sibuk | Aku ni jenis kalau duduk rumah, sehari tak makan pun takpa. Yelah, duduk melingkar macam dugong terdampar, mana guna energy, so tak lapar pun perut. Tapi semuanya berubah bila aku start kerja,

Maklumlah, bila bekerja ni bukan tangan je tak boleh berhenti, mulut pun sama, ngapp ngapp ngapp setiap masa. Tak boleh skip langsung masa makan, nanti mulalah perut merintih. Hasilnya berat badan aku daripada 54kg naik ke 59kg dalam masa sebulan (1 Oct-31 Oct).

4 KILOGRAM! 59 kg tu kalau nak banding dengan tinggi aku 163cm masih dalam paras normal weight kalau kira BMI. Tapi aku tak boleh terima hakikat sebab lemak yang menggebu tu tumpu pada perut. Belly fat bukan saja tak cantik, tapi berbahaya juga, lubuk penyakit tu.

Nak exercise, tak cukup masa sebab aku kerja pagi sampai malam. Nak diet, aku tak boleh tahan rasa lapar perut ni. Arghhh semua tu alasan je sebenarnya. Itulah jadinya kalau plan nak turunkan berat badan dan maintain tapi takda hala tuju.

'When you failed to plan, you planned to fail.' Exactly. Aku ni bukan jenis pengalah, tapi tak kuat juga nak lawan nafsu sendiri ni kang buat-buat nyanyuk pula, exercise tidak tapi makan macam bela saka.

Alhamdullillah sekarang aku dapat jumpa solution untuk kawal berat badan. Current weight aku pada 14 November ini adalah 58kg. Dan belly fat mula kurang sikit. Penat oh kalau boroi ni, duduk pun semua terlipat-lipat, hahaha. Oklah tu aku puas hati bila nampak kesan ni, Insya Allah aku akan teruskan sampai dapat balik berat idaman aku 55kg dan shape badan yang fit, kan nak kahwin ni, ahaha, tetiba.


Apa yang aku buat untuk maintain berat badan walaupun jadual kerja memang pack dan selalu lapar?


1) Kawal nafsu makan - Payah memang payah sebab aku ni ada penyakit hyperthyroid, so double la azab nak kawal makan tu sebab aku selalu lapar.

Jadi aku download apps MyFitnessPal Calori Counter dari Google Store. Apps ni memang hebat sebab kau type je apa makanan yang kau makan, contoh 'kuih lompang;, 'nasi lemak' , semua ada dalam database dia. Kalau makanan dalam pack pun boleh scan barcode tu nanti dia akan detect kalori makanan tu. Mula-mula dia akan tetapkan kalori yang diperlukan badan kita untuk turun berat badan ideal, then dia kira la berapa kalori makanan kita sehari, berapa kalori terbakar bila kita exercise atau mengemas rumah, then setiap malam dia buat kesimpulan berapa berat kita akan capai kalau kita teruskan ikut kalori yang dia bagi.



2) Senaman 7 Minit Sehari - Ya senaman pun aku memerlukan bantuan apps untuk guide. Haha maklumlah tak mampu nak pergi gym dan bayar trainer. Ala zaman sekarang ni dihujung jari je, dalam apps 7 Minute Workout ni, kita boleh pilih apa saja jenis senaman yang kita nak. Sebut je nak bentuk abs perut ke, nak punggung solid ke, nak bina badan ke, nak senaman untuk stamina ke, semua ada.

Hanya 7 minit sekali sesi, tapi memang all out la. Serius memang lencun kalau ikut betul-betul. Penat beb. Tapi nak kurus punya pasal. Yang bestnya, dia bagitau berapa kalori kita burn satu sesi tu. Bagus, boleh key in terus dalam apps MyFitnessPal Calori Counter tu terus (rujuk point no 1).



3) Banyakkan berdiri kat tempat kerja - Kerja aku ni tak tentu, kalau hari busy memang syoklah bakar lemak-lemak kat badan ni kehulu kehilir buat kerja. Tapi kalau hari tenang, memang duduk jelah nak menulis mengira semua.

Jadi aku akan buat kerja sambil berdiri, so bila berdiri ni banyak sikit pergerakan, goyang sana, goyang sini, barulah aktif sikit segala otot-otot badan ni bila digunakan selalu.


4) Senaman atas kerusi kerja - Workout kat tempat kerja memang pelik la pulak kan, Tapi encik tunang cadangkan aku buat senaman L atas kerusi. Caranya, duduk tegak atas kerusi, dan cuba angkat kedua belah kaki setinggi yang mampu. Kalau boleh sampai jadi macam bentuk L la (90 darjah), 

Perghhh aku rasa angkat sikit dah nak putus urat peha. Tapi aku tahu la tak mustahil sebab en tunang buat relax je walaupun badan montel,hahaha. Takpa-takpa, sis akan cuba sampai boleh. Senaman ni untuk perut juga, nak hilangkan belly fat tu so kena guna muscle perut dan kaki la.

5) Stop Supper - Balik kerja setiap hari hampir jam 11 malam, dan aku selalu akan makan nasik juga sebelum tidur. Memang amalan tak sihat kan, tapi yelah lapar kot balik keje.

Jadi sekarang aku akan stop makan tengah malam, tapi gantikan dengan minuman saja, green tea suam tanpa gula dan susu. Rasa nak menangis juga tahan lapar tu, macam sekarang lah, aku nak hilangkan rasa lapar sambil taip entry ni, 

HAHA, kenapa tak tidur je? Sebab malam aku akan buat job berkaitan blog la pula, edit blog, entry review, tulis entry, semuanya aku pulun masa balik kerja la. Kan aku dah tulis kat tajuk tu '5 Cara Kawal Berat Badan WALAUPUN SIBUK' , yes jadual aku memang sibuk betul.

Baiklah aku harap aku dapat istiqamah dalam menurunkan berat badan walaupun busy kemain mengalahkan YB kawasan, haha. Kalau korang nak try apps tu nanti, download je kat phone sebab free je, serius berbaloi. Err tapi android la, kalau IOS aku tak pastu ada tak.

WISH ME LUCK! Tata!


Follow
Previous
Next Post »

15 Comments

Click here for Comments
Mrs Pip
admin
11/15/2017 2:53 AM ×

gudluck Mai ... ok kalau gitu, kak pip pun tumpang sekaki nak diet cara Mai....
sekarang ni nak detox dulu, lepas seminggu nanti insya allah nak try guna apps yg Mai suggest kan tu ...

Reply
avatar
11/15/2017 11:26 AM ×

Rabia minum esp shaklee.sampai kan gelang pun dah longgar

Reply
avatar
11/15/2017 11:44 AM ×

sy tgh control utk tak makan lepas 7-8malam T_T

hanisamanina.com

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
11/15/2017 11:49 AM ×

waaa. info berguna ni. tp mek tk buat jugak haahahhah wlaupun perut buncit

Reply
avatar
Ann Ishak
admin
11/15/2017 12:20 PM ×

bab yang paling mencabar, mengekalkan berat badan ideal :D

Reply
avatar
11/15/2017 3:51 PM ×

Sekarang ni tak boleh nak diet lagi, nanti dah lepas pantang akak diet ye...hehe

Reply
avatar
mamapp
admin
11/15/2017 9:08 PM ×

Mama pun dah kena buat juga ni sebab badan dah Naik banget

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
11/15/2017 11:35 PM ×

All the best. Jangan kurus sangat tapi ye. Hehe yang paling penting sekali sihatt. ;)

Reply
avatar
Lin liena
admin
11/16/2017 10:23 AM ×

nak naik senang mai....nk turunkan hazab sungguh,hihi..last2 lantak ko lah....haha

Reply
avatar
11/16/2017 9:57 PM ×

nak kurangkan duduk tu yang susah tu :(

Reply
avatar
Cik Puan Ena
admin
11/18/2017 3:21 PM ×

Pastikan byk minum air masak.. xdelah mudah lapar.. n lawas pembuangan..badan pon maintain je..

Reply
avatar
Raydah
admin
11/18/2017 5:20 PM ×

good one. this is quite similar to my post. love it
followed you here #1582. do come visit and follow my new blog too ya.

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
11/19/2017 10:50 AM ×

Nak naik badan sangat senang ,macam Siqah sekarang. Huhu. Tapi nak turun 1 KG pun, aduhai azab betul rasanya. Bab jaga pemakanan tu betulla, dan bab itu yang paling sukar.

Download jugak MyFitnessPal Calori Counter tapi jarang guna. Tak istiqamah betul. Hihi

Reply
avatar
11/19/2017 1:00 PM ×

kalau belum kawen dah naik badan memang sesuatu yg menyeramkan.. haha.. tu belum lg nak bersalin.. nyusukan anak.. makan perancang pun kadang badan jadi naik mendadak..

Reply
avatar