I'm Fine.

Sunday, November 26, 2017

Mereka tidak pernah peduli,
Kesusahanku, kesedihanku,
Namun ketika aku tidak mampu menuruti kehendak mereka,
Lantas terus mereka membenciku.



Sudahlah harini kerja penat macam buruh non-stop dari pagi sampai tengah malam, hati pula dirundung sedih. Too tired to be sad but I my heart can stop bleeding right now. 

Di dunia ini mereka yang bermulut manis memang senang menang. Senyuman manis mereka menutup hitamnya hati mereka.

Aku tak pandai mengadu domba. Aku tak pandai jadi selain diriku sendiri.

Aku kalah?

Mungkin ya, kerana untuk membela diri sendiri pun aku tidak mampu. Mungkin juga tidak kerana beralah itu bukan satu dosa.

Aku tak tahu macam mana lagi nak sucikan nama sendiri yang dirosakkan orang. Entah macam mana aku nak padam fitnah tentang diriku yang telah sebati dalam ceritanya. 

Ya tidak perlulah cuba menerangkan sesuatu pada mereka yang cuma mahu dengar apa yang mereka percaya. Tetap salah apa yang aku buat, tetap khilaf apa yang aku cakap.


I'M not FINE.
Bukankah itu yang kau mahu dengar?

Follow

11 comments

  1. hanya cerita atau real story?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kelakar la kak lulu ni, nak sedih pun tak jadi. Real situation kak :)

      Delete
  2. kenapa ni maii? walau apa jua yang orang cakap, jangan kita dengar.. teruskan langkah perjuangan mai k.. ada kemanisan di hujung sana :)

    ReplyDelete
  3. Hi mai....just stay cool n berdoa byk2 dkt tuhan.
    Kak pip,pernah kena fitnah di tempat kerja, 7 bulan kak pip dipulaukan oleh hampir kebanyakkan staff..apa yg kak pip buat? Just ignore all those idiots... serious kerja di site penat, hari2 kena berjemur buat inspection, so I just have no time to think about all those stupid slander. Lepas 7 bulan, someone terkena mcm kes kak pip, then baru dorg tau yg penyebar fitnah tu mmg seorg yg bermulut manis. Tapi, apapun bg kak pip, itu ujian yg maha kuasa. so, bersabarlah dan berdoa byk2...

    ReplyDelete
  4. Pedulikan kata org..move on plss.. Sbb kita nikan manusia tak mampu memenuhi semua kehendak org lain..Just be your self.. Be Strong okay Mai!

    ReplyDelete
  5. Be strong dear Mai. Tak semua faham kita. Just be urself. Jgn sampai org menindas kita dah lah ye. Take care

    ReplyDelete
  6. Biar kita beralah asalkan tidak salah bagi Allah.. InshaAllah tabahlah wahai sahabat

    ReplyDelete
  7. biasa la mai mulut orang. plus dugaan bertunang. mek dlu cam mai jugak. tp lantak la dia orang cakap ap. yang penting kita ikut syariat yang betul

    ReplyDelete
  8. Be strong Mai. Akak pernah kena teruk dengan sepupu dan saudara sendiri. Mereka sisihkan akak, hina akak, hina apa yang ada pada akak. Apa pilihan yang akak ada ketika itu? Just be strong. Be urself ya sayang :) Allah akan bagi hikmah sabar tu tak lama lagi. Senyum sikit :)

    ReplyDelete
  9. Sabar ya mai.. biarkan mereka-mereka tu. Lambat laun orang akan tau juga kebenarannya

    ReplyDelete
  10. bersabarlah pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.