Assalamualaikum, hi~

Aku pernah juga beberapa kali terfikir untuk bertukar ke domain sendiri dan tinggalkan domain percuma dari blogspot ni, tapi tak pernah kuat keinginan untuk bertukar tu macam sekarang. Pheww tiba-tiba saja angin semangat tu datang. Ada beberapa sebab yang buat aku rasa 2017 ni adalah tahun yang patut aku tukar segala benda lama tentang diri aku, contohnya status diri, eh!

Ok serius balik. Sebenarnya aku rasa aku nak tukar kepada domain sendiri ni adalah atas beberapa sebab.

01. Ada duit poket sikit hasil daripada blogging
Walaupun tak adalah banyak pun duit dari hasil berblog ni, tapi cukuplah juga kalau setakat nak tukar domain sendiri tu. Sebab aku dah usha harga domain kalau beli dengan NetKL, masih affordable dan upah set-up pun tak mahal. Kalau aku keluarkan duit itu untuk beli domain, mestilah dikira macam pelaburan kan, sebab banyak juga kelebihan blog yang ada domain sendiri ni berbanding free domain blogspot. 

Walaupun kalau diikutkan lebih afdal tukar domain sekali satu set dengan hosting, buat masa sekarang aku mampu sembang pasal domain ajelah ye, kalau hosting lain kali sembang lagi, heheheh. 

02. Susah nak survive SEO kalau pakai domain percuma
Tak adalah aku nak cakap kalau pakai domain percuma ni mustahil untuk duduk ranking pertama Google Search. Ada ja antara post aku kat atas sekali, TAPI...ye ada tapi, tapi ambil masa kemain bertahun jugaklah. Itu pun sikit jelah. Yang banyak mendominasikan page pertama Google Search ni selalunya geng domain berbayar lah. Sekejap je post terus naik, hebat betul.

Takdelah aku nak kejar sangat SEO tu, kekekeke obvious betul menipu. Yelah, penat-penat menaip nak juga duduk kat page pertama google tu kan. Huish korang ni janganlah kecam aku pula.

03. Nak juga traffic banyak macam korang
Aku pernah baca dalam blog Amerjaya kalau naik traffic lelaju semacam tu, semalam 400 harini 3000. jangan nak gembira sangat, sebab kalau jadi macam tu kadang-kala spam traffic je. Lainlah kalau ada entry kontroversi atau hot yang kita post haritu, menjadi buah mulut masyarakat, carian pasal isu tu pun bertubi-tubi, logik la kalau pageview meletup hari tu.

Pageview aku sekarang ni macam hidup segan mati tak mahu je. Aku nak usha Stats blog pun sedih kalau macam tu, hahaha. Oleh sebab aku target hujung 2017 nanti aku nak all time pageviews aku at least sampailah kat 500,000 pv tu, kasi chance la, dah lama dah kut berblog ni. Kalau SEO hebat, siap duduk kat page pertama Google Search, mestilah peluang nak capai pageview impian pun tinggi kan. 

04. Nak tukar url blog lebih matang please.
Url ni aku buat masa umur aku 17-18 tahun, tengoklah sendiri tahap kematangan tiga suku dia tu. Hahaha, aku sebenarnya nak cakap kat orang nama blog aku pun aku segan, pelik sangat. Ada je kawan-kawan cakap catchy, huhu tapi aku tetap rasa tak puas hati dengan url aku ni. 

Tapi masalahnya sekarang aku tak tahu pula kalau nak tukar url yang baru nak letak apa. Tak ada idea ni serius, kalau korang nak sedekah idea aku terima je. Huhuhu, nak juga guna nama sendiri macam cth Busyra Takiyudin. Tapi nama aku macam tak komersial pula dengarnya, hahahaha. Ape eh sesuai? www.maizans.com? www.maizanfauzi.com? www.mayyjie.com ? ah peninglah aku. #nangiskatbucukatil

05. Lebih serius berblog
Bila dah ada template cantik dari Etsy (ribuan terima kasih penaja saya kak Reen, hehehe) dan domain sendiri, mestilah semangat untuk lebih serius berblog tu semakin tinggi dan berkobar-kobar kan. 

Lagipun mungkin ini la tanda aku berterima kasih kepada blog aku (eh boleh ke gitu?), maksud aku menghargai blog yang sentiasa ada dengan aku masa suka dan duka semenjak beberapa tahun lalu ni dengan upgrade dia lebih maju. 

Sayang sungguh aku dengan blog ni.

Aku tak tahulah aku akan boleh tukar bila, sebab aku tak tahu nak letak url baru apa ni, hahaha, masalah betul. So save kat sini siap-siap nanti aku pakai tutorial kat SINI je, simple dan senang nak follow. 

Hmmm, nak letak url apa ya nanti? 😱



Follow