Perjalanan sebagai seorang Blogger

Ini kisah blog aku. Aku join dunia blogging sejak 2011, dan aku tak menyesal pun. Kerana bagi aku rakan blogger lebih ikhlas dan tidak hipokrit seperti laman sosial lain. 

Kenapa aku yakin sangat?

Sebab dalam dunia blogging, kita ada hak untuk memilih apa yang kita nak baca. Of course kalau kita tak suka penulisan orang tu (so far aku tak da rasa macam ni kecuali untuk blog politik kotor ataupun blog fitnah) mestilah kita tak akan klik dan masuk ke blog orang tu kan? Jadi cerita pun habis setakat disitu. Jadi bukan satu masalah kalau kita nak update berjuta post sehari pun. 

Manakala kalau laman sosial lain, orang lain suka atau tidak terpaksa tengok moment/status kita bertebaran kat wall mereka. Bila dah banyak sangat status kita, mulalah diorang buat andaian sendiri. Pepandai je dorang timbulkan isu, 'Orang bahagia tak tayang bahagia.', 'Asyik post gambar nanti tak kekal lama.' bla bla bla. Tengok blogger, tak ada pun kan timbul orang nak condemn Vivy dan husband, or Cik Epal dan hubby yang super sweet tu? See ? Nampak kan mentaliti orang facebook macam mana. Twitter tak tahu la,bagi aku bebudak je kaki twitter, Muahaha.

Eh termelalut jauh. 

Aku mula berblog sebab aku bosan sangat kat rumah kakak aku. Tambahan pula aku memang suka menulis. So blog ni asalnya dibina sebagai diari terbuka aku je. Sampai sekarang pun sebenarnya diari terbuka dan aku tak pernah terfikir untuk tukar niche blog aku menjadi blog ilmiah. Kehkehkeh.

Beberapa bulan selepas itu aku kenal papito. So jadilah blog diari terbuka ni tertukar menjadi diari cinta tahap kencing manis nak muntah pelangi membacanya. Sorry readers. Jangan risau aku dah draftkan semua entry meloyakan tu supaya korang tak pening lalat, hahaha. Tapi kalau lepas kahwin maybe aku akan publish kan balik kot entry lama tu, blog aku kan? Hahaha.

Aku dapat ramai kawan dari blogger ni alhamdulillah, kebanyakannya lebih akrab dari kawan dunia nyata sampai sekarang tau. Blogger ni sudah tentulah seorang penulis. Seorang penulis ni selalunya pendengar yang baik. Hihihi, ramai yang dah tak menulis lagi, tapi ada yang berhijrah ke wattpad dan dah jadi penulis novel yang famous amos dan hebat kat sana. 

Tak adalah aku merapu sentiasa kan, kadang-kadang aku cuba juga share ilmu dan pengalaman aku dalam blog aku. Sebagai memori diri sendiri, dan juga panduan untuk orang lain, insyaAllah semoga bermanfaat.

Sepanjang menjadi blogger selama 6 tahun ni, aku cuma pernah cash out Nuffnang sekali, dan 8Share sekali, hahaha, jadilah dari tak ada langsung, ye dak? Tetapi hadiah giveaway dan kadang-kadang hadiah sesaja blogger lain nak bermurah hati bagi pun ada, banyak sangat. Alhamdulillah, siapa tak happy kan dapat hadiah. Itulah antara salah satu sebab kenapa best jadi blogger ni. 

Selama 6 tahun berblog ini juga aku sempat mengumpul seramai 1,417 orang follower, alhamdulillah, terima kasih. Maybe pada orang lain jumlah follower tak penting, tapi untuk aku, mestilah aku menghargai setiap orang yang selalu singgah dan follow sini. Kalau takde mereka, matilah blog aku, baik aku tutup je laptop menulis diari kat buku beli kat kedai RM2 tu. Kekeke.

262,075 pageview sepanjang 6 tahun ni, fuh tak membanggakan lagi. Aku target sebelum berakhirnya 2017 ni, aku nak capai 500,000 pageview. Boleh tak rasa-rasa? Boleh je kalau rajin buat entry berkualiti.HAHAHAHA, masalahnye aku ni dah la selalu kena writer's block, pastu entry entah hape-hape.

Itulah perjalanan missobsesi.blogspot.my yang banyak kali buat aku fikir untuk tukar url tidak matang itu, tetapi buat masa sekarang aku hanya mampu berfikir ,belum mampu bertindak,kehkehkeh. (Banyak kena pikir oh sebelum tukar domain.)

Bagaimana pula perjalanan korang? Penuh onak ranjau tak? Kekekeke. Jadi nak tag Mellya, Kak Sha, dan Zafirah, untuk baca perjalanan mereka pula. hihi.

*****
Baiklah entry 'Perjalanan sebagai seorang Blogger' ini adalah sempena penyertaan aku untuk masuk segmen/giveaway bloglist Farhana Jafri. Siapa ingat blog Anna J, sebenarnya blog tu dah permanently deleted secara tidak sengaja oleh Farhana Jafri, kesian dia. Tapi nak buat macam mana perkara tu dah memang nak jadi kan? 

So marilah ramai-ramai support Farhana yang comeback ke dunia blogging dengan blog baru ini. Jom follow dan ramai-ramai. Klik Banner di Bawah Untuk Join~!

Follow