Hari Pertunangan

Asalnya aku plan sengsorang untuk tak mahu bertunang sebab aku rasa kami dah kawan lama (6years) jadi dah cukup kenal (kot?haha). Bila aku cakap plan ni dekat dia, terus dibangkangnya, lol. 

Tapi bila fikir balik, apa salahnya buat je majlis tunang, lagipun dia anak tunggal lelaki dalam keluarga, mestilah family dia nak ada majlis untuk meraikan hari istimewa dia kan, jadi aku pun bersetuju untuk mengikat tali pertunangan (cewahh ayat skema nau).

Pada mulanya kami merancang untuk buat majlis raya ke-5. Aku pun kalut lah locked tarikh untuk make-up & inai dengan make-up artist (MUA) yang aku selalu usha tutorial makeup dekat 'Live Facebook'. Lagipun harga pakej make-up tunang tu pun sangat affordable dan berbaloi sebab hasil makeup MUA tersebut memang thorbaikkkk.

Tiba-tiba majlis tu terpaksa diawalkan masa raya ke-3. Bukan apa, sebab ramai yang katanya dah mula balik asrama la, dah kerja la raya ke-5 tu. Aku ON je mana-mana tarikh pun, tapi bagi aku alang-alang nak buat tu biarlah cukup ahli keluarga yang ada, baru meriah. Lagipun majlis tu memang panggil family saja, nanti masa kahwin baru panggil semua family & kawan-kawan. Harap tak ada yang tersinggung bila aku update gambar tapi tak jemput. (T_T).

Hahaha walaupun majlis berjalan lancar, tapi ada beberapa hal sebelum hari kejadian yang penuh rencah huru hara + lawak + gabra = unforgettable moment ever!

Adik Henna minta tangguh tempahan last minute!

Henna ni adik aku yang suggestkan kawan dia. Aku setuju je yang mana senang dan sanggup datang rumah sebab nak suruh aku pergi sana susahlah masa-masa suntuk ni. Lagipun henna ni bukan boleh buat awal sangat nanti sehari je dah pudar terkopek-kopek lagi.

Majlis pada raya ke-3, so aku pun deal untuk buat malam raya ke2, and she's agreed! Tiba-tiba malam raya pertama tu dia text cakap tak boleh datang. Omg dah dekat kot majlis tu!

Jumpa kakak Henna bidan terjun! Alhamdulillah

Masa kalut-kalut duk cari tu, tiba-tiba nampak dekat Facebook satu iklan sebab akak Henna (Kak Fyna) tu tag kawan facebook aku. Cepat-cepatlah aku whatsapp akak tu sambil berdoa yang akak tu free raya ke dua.

Alhamdulillah Kak Fyna sudi datang buat inai kat rumah aku. Yeay! Problem solved. Adik-adik aku pun ada yang nak menepek sekali buat henna malam tu. Terima kasih servis yang mesra & memuaskan dari kak Fyna.

Henna Murah Kulim
Hasil Inai Kak Fyna untuk Aku, dan dua adik.

MUA Pilihan Tak Dapat datang Make-up!

Pertukaran tarikh dari raya ke-5 ke raya ke-3 menyebabkan aku tak dapat guna khidmat MUA yang aku minat tu sebab jadual MUA tu pack. Oh no! Macam mana ni...

Nasib ada adik aku yang offer untuk jadi MUA untuk aku untuk majlis pertunangan tu, fuhhh lega hati ceq ni. Kesian pula dia yang sibuk make-up aku untuk majlis tu sampai diri sendiri tak sempat make-up.

Solekan Tunang
Make-Up By FaahQueen (my sister)
Hahaha lawa tak dracula-look aku? Lol gurau je. Adik aku memang pernah tolong makeup kawan dia nikah pun, sebab tu dia confident nak makeup aku bertunang.

Gabra sampai Lupa Bersalam dengan Future MIL.

First time jadi tumpuan mata memandang, debar dalam dada ni jangan cakap lah. Hahaha. Nasib future MIL pun sama debar, baru ada geng. Haha.

Selesai je sarung cincin, kami pun berdiri tak bersalam pun. Ya Allah, malu pula bila kenang balik. Tapi aku cepat-cepat pergi salam dan minta maaf sebab lupa adat bersalam tu. Adoi, and again nasib baik future MIL pun faham sebab sama-sama gemuruh.

Gambaq tunang spoil sebab banyak aku pejam mata. Lol

Saat aku kelip mata & detik camera nak snap gambar memang tak sehaluan. Mostly gambar tunang aku mesti aku terpejam mata. Argghhhhh geram pulak dengan diri sendiri. Aku pun tak faham kenapa jadi macam tu.

Adakah bila berdebar kita lagi kerap pejam mata?

Abah yang tertidoq selepas tetamu balik.

First time family aku handle majlis bertunang yang rasmi macam ni. Hahaha nampak la penat layan tetamu + penah berdebaq abah tu bila tetamu gerak balik ja abah terus terlena atas carpet. Kehkehkeh.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Dua tulang belakang majlis!

Mama & Faah memang tulang belakang aku dalam menjayakan majlis pertunangan ni. Serius la, tak jadi majlis kalau mama & Faah tak campur tangan. Thank you! Love you both to the moon & back.

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Ni la Faah!
Barang-Barang Hantaran :)


Hantaran Dari Pihak Lelaki:
1. Sebentuk cincin belah rotan
2. Kek
3. Cookies
4. Gula-gula
5. Buah-buahan

Balasan dari Pihak Perempuan:
1. Kuih raya (cheese)
2. Kuih raya (tart nenas)
3. Kek Lapis Sarawak
4. Gula-gula
5. Chocolate
6. Buah-buahan
7. Jelly

Bekas barang hantaran pihak kami tu beli dari kedai jahitan YUYA (Kulim) dan dihias sendiri oleh Faah & aku sendiri. 

Pelamin DIY!


Asalnya nak pakai cushion yang macam trend sekarang tu, tapi kedai tak dapat siap dan bercuti raya pulak. Fikir punya fikir nak duduk atas apa, sebab kalau pakai sofa mama besar sangat pula.

Akhirnya adik aku Yana teringat dengan bangku kayu kat porch rumah makteh aku. Makteh pula tengah balik kampung kat Kelantan. Mujur kunci rumah makteh ada dekat mama sebab mama tolong tengok-tengokkan kucing makteh sepanjang balik kampung.

Terus call pakteh untuk minta izin guna kerusi tu, hahah. Gila betul majlis ekspress gini, hahaha.

The Family & Iefa (Kawan baik aku & encik tunang)!

with Mummy & sibling + nieces

Mermaids pun datang weh! Haha

With mummy & brother
Thank You Iefa & Iffah sudi datang bagi semangat, cewahh :P


Si Pencuri Hati!

When your bestfriend forever for life finally asked you to be his wife!

Flow Majlis!

1. Rombongan keluarga lelaki datang.
2. Sambutan dari keluarga perempuan, perkenalan dari keluarga perempuan, menanyakan maksud dan tujuan pihak lelaki.
3. Sambutan balasan dari pihak lelaki, menyampaikan tujuan kedatangan (melamar)
4. Berbincang soal hantaran, tarikh nikah etc (aku tak dengar pun)
5. Kedua-dua pihak bersetuju.
5. Penyarungan cincin tunang sebagai tanda sudah terikat menuju pernikahan.
8. Ramah-Tamah (Makan-Makan)

Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua yang mendoakan. Semoga doa yang baik-baik itu melantun kembali kepada kalian & anak cucu. Aamiin.

Follow