Monday, June 12, 2017

20 Jawapan untuk Hang Bila Nak Kahwin?


Soalan "HANG BILA NAK KAWIN?" ni cukup digeruni oleh orang yang tak ada calon lagi, bagi yang dah ada calon pun tak terlepas dari soalan-soalan begini. Contohnya. "BERKAWAN DAH LAMA AWAT TAK KAHWIN LAGI?", "DIA TAK MEMINANG LAGI KE?" dan sebagainya, fuhhhh.

Sesetengah orang ni kita boleh tahu niatnya bertanya sekadar untuk beramah dengan kita, maklumlah orang tua tak ada topik best lain nak mulakan perbualan, tak logik pula dia nak open topik beli Tupperware ke, harga pinggan kat Langkawi ke bagai dengan kita kan, so topik kahwinlah paling universal sekali, sambil nak mengusik kita.

Tapi ada juga sesetengah yang bertanya soalan sebab nak perli kita yang tak kahwin-kahwin ni. 'Tak laku' pada mata dia. Orang jenis ni elok jauhkan diri je takut hati sendiri yang sakit. Tapi kalau dia tak berputus asa asyik menghimpit kita dengan soalan BILA, BILA, BILA tentang hal yang kita sendiri tak tahu ni, apa salahnya kita bagi jawapan setepek sebelum blah. Kehkehkeh. 

-Jawapan untuk Hang Bila Nak Kahwin?-

  1. Bila tiba masanya.
  2. Tak Sabtu, Ahad.
  3. Saya takda niat nak berahsia pun, tapi ini semuakan rahsia Allah.
  4. Menurut statistik, golongan muda paling ramai bercerai. Saya nak kahwin bila bersedia, bukan sebab ikut kawan.
  5. Esok pun boleh, kalau tiba-tiba jodoh dah sampai.
  6. Minggu depan, eh mak belum bagi kad kat makcik ke?
  7. Bila orang masuk meminang lah.
  8. Belum puas bermanja dengan mak abah.
  9. Ada calon untuk saya ke?
  10. Kenapa nak sponsor ke?
  11. Bila? (Trick anak buah aku kalau taknak jawab soalan, dia ulang soalan sampai kita stop,HAHA)
  12. Musim cuti sekolah, tahun bila tak pasti, hahah.
  13. Kalau tak kahwin lagi jadi apa?
  14. Tunggu kad undangan.
  15. Tunggu shuben makcik la (^_^)y (Okeee cepat lariiiiii!!!)
  16. Tengah kumpul duit ni, kenapa nak bagi pinjam ke?
  17. Nak bahagiakan mak abah dulu.
  18. Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi
  19. Jodoh masih kat sekolah rendah lagi. 
  20. Allah lebih tahu... (dengan muka redho habis)
Kalau orang tanya aku bila nak kahwin pulak? Aku tengok je mak aku, nanti mak aku back-up lah, hahahaha. Itulah gunanya mak jadi bestfriend, kekekeke.

Follow

Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

16 comments:

  1. Hehehe been there...tp more on hayati je..

    ReplyDelete
  2. Memang win jawapannya ni. Akak pulak orang tanya bila nak tambah anak lagi. Aishhhhh biasala mai, mulut tempayan boleh kita tutup mulut orang nak tutup camne. Sabar je la

    ReplyDelete
  3. Tambah lagi. Nak sponsor ke.. Kahwin perlukan banyak tanggungjawab nanti, saya tak nak kalut sangat.. heehe 😂

    ReplyDelete
  4. Mai....yang bawah skli tu memang sama dengan adik kak lina sisbella tu...setiap kali sedara tanya...dia akan pandang wajah mak mntak simpati...n then mak kami la yang backup kami semua dari segala soalan panas...hahaha

    ReplyDelete
  5. hahahhaa. yg tak sabtu ahad tu win.. padan muka suka sngt bertnya.. haha

    ReplyDelete
  6. Hehe. Comel je Mak jadi bestfriend =)

    Biasalah kan orang tua suka bertanya. Kita tahu dorang concern cuma kadang2 terasa jugak nanye. Akak pun kena bersiap sedia jawab soalan "bila nak ada anak ni? " 😑

    ReplyDelete
  7. jodoh di tgn Allah.
    aduhai. mesti ada ekk soklan ni time raya, mayy :)
    sabo jer la...

    ReplyDelete
  8. Nak tgelak pun ada bila baca 20 jwpn setepek ni haa ..

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. Siap prepare jawapan lagi.. kikiki

    ReplyDelete
  10. no12 boleh pakai. no 15 kalau rasa nak kena ganyang boleh kot cakap hahaha

    ReplyDelete
  11. Helok jugak ni sedia jawapn siap-siap nanti raya tak kalut hehe. Tapi jawab dalam hati jelahh kotkot yang bertanya ada anak bujang tak pasai reject sebab "menjawab" sangat hahahahahahaha --'

    ReplyDelete
  12. pasni org tanya cakap je jodoh dlm perut lagi. kikiki :p

    ReplyDelete
  13. kalau soalan ni ditujukan kat lelaki yang dah beristeri,
    jawabnya "takut bini".

    ReplyDelete
  14. Hihi klakar and terbaik gak jawapan2 mcm nie .

    Dulu before nadia kahwin ada lah dpt soalan mcm nie . Then jawapana Nadia , " insyaallah Jodoh tue nnt dtg lah depan rumah " . Padahal tak tahu siapa jodoh Nadia masa tue . Hihi .
    Tapi kahwin nie , kena sedia jwpan " bila nak ada anak ? " . Hmmmm

    ReplyDelete
  15. thibur sis baca tp lawak tu rasanya no 6 dgn 19 xD

    ReplyDelete
  16. Kalau umur dah masuk 27 dan ke atas, baru geng makcik tu busy tanya bab kawen ��

    ReplyDelete