Indahnya duduk Malaysia ni, sebab macam-macam loghat kita boleh dengar dan pelajari. Dari Perlis sampai ke Sabah Sarawak semua ada gaya bersembang & bergurau tersendiri.

Perlukah Buang Loghat Sendiri Bila Masuk Tempat Orang?


Tapi loghat tu relevan lagi ke bila kita melangkah keluar dari negeri sendiri? Perlukah buang loghat sendiri bila masuk tempat orang?

Baru-baru ni viral satu tweet pasal peniaga Kelantan yang bercakap dengan pembeli menggunakan loghat Kelantan sampai menimbulkan rasa tak selesa pembeli. Ramai juga yang salahkan pembeli tu sebab 'tak nak terima loghat Kelantan'. Pheww.

peniaga kelantan


Sebenarnya aku sendiri ada pengalaman yang berkaitan dengan kes loghat negeri ni. Sebagai seorang yang dibesarkan di negeri Kedah, loghat kami ni selalu dilabel kasar dan aku tak nafikan bunyinya juga tegas.

KISAH LOGHAT KEDAH DI SEKOLAH MENENGAH

Masa sekolah menengah, aku dapat masuk MRSM. Walaupun MRSM kat Kedah, ghamai jugak oghang dari meghata ceghok(amik hang intro ceghita loghat Kedah). Awal-awal masuk tu mestilah loghat Kedah aku masih belum tercemar, cukup pekat likat. Hahaha. Dan aku pun bangga guna loghat sendiri kat semua orang tak mengira negeri.

Sampailah satu peristiwa. Seorang kawan aku kat situ menangis sebab dia cakap aku ni tak pernah cakap elok, asyik marah-marah. Ya Tuhannnn, aku tak pernah marah sesiapa kok. Mentang-mentang loghat Kedah aku datang dengan pakej 'bitchy-resting-face' depa kata aku bengis. Sedihlah juga aku masa tu, haha. So aku pun cuba latih diri cakap bahasa baku.

Bila cakap bahasa baku, kawan baik aku kat situ cakap aku dah macam perempuan siam dari Thailand. Sawadikappp, saya mahu makan nasi dengan ikan siakap.Gittheww (tetiba, lol). Haha. Lama-lama aku dapat adapt dengan bahasa baku campur Perak sikit sebab kawan baik aku di MRSM dulu orang Ipoh gaiz. Haha. "Atee kome ni...biole kat teman."


KISAH LOGHAT MASA DIPLOMA

Kemudian aku dapat masuk diploma di UiTM Negeri Sembilan. Wow, Negeri Sembilan memang negeri yang menyenangkan. Aku jatuh cinta dengan semua yang ada kat situ, termasuklah loghat mereka.

Kek situ aku mulo belaja cakap nogori jang oii. Oghang2 nogori ni sempoi bonar, ekau tak pecayo poie la kek sano. So aku rasa aku pun sempoi jugalah bila dapat speaking Nogori 9 ni. "This is Pilah, one more time, yoo". Hahaha.

Masa kat Negeri Sembilan ni, loghat Kedah aku selalu digunakan masa selingan presentation. Maklumlah masa diploma bolehlah main-main masa present kan. So kawan-kawan sekelas terhibur bonar dengar loghat Kedah aku waktu aku bentang sesuatu. Aku pun selalulah guna untuk menghiburkan semua, kahkahkah. Boleh eh gitu.

(Padahal sebab gabra kena presentation terus keluaq bahasa ibunda).

KISAH LOGHAT MASA DEGREE

Masa degree, roomate + bestfriend aku adalah orang Terengganu. Cakap pasal Terengganu ni. bukan je bahasa depa best, makanan depa lagi best. HAHAHA. Nasi dagang. kepok lekor, kepok losong, kasidah Ganu, arghhhh I want all!

Okay loghat Ganu ni a bit tricky sikit. Bukan senang k nak tiru. Lidah keras, failed. Tapi gelenyar nak cakap juga walaupung dok dang nak blajar abis, beghak nanang. Warghhhh ampunkan aku Wani jahanamkan loghat hang. Hahaha.

Loghat Ganu ni, sepupu dia Kelantan. Macam Kedah dengan Penang lah. Nak sama juga, kadang-kadang aku tak tau beza pun. Kawe kecek bollo' jeee. Gapoever lah. Haha. Wani pun ada juga terselit loghat-loghat Kedah tu. Jangkitkan sikit je tak banyak pun, haha.

Tapi antara kami dua jelah cakap rojak negeri ni. Dalam kelas kami cakap loghat KL. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengucap. EH.

♡ ♡ ♡

Berbalik kepada persoalan asal, perlukah buang loghat sendiri bila masuk tempat orang? Pendapat aku, bukan buang,tapi simpan sekejap. Guna dengan orang dan masa yang sesuai. Sebab tak semua orang akan selesa dengan loghat kita.

Bukan salah orang juga kalau dia tak faham & tak selesa. Kita tak bolehlah paksa semua orang untuk terima loghat kita. Setakat loghat semenanjung memang senang lagi nak cuba faham, kang kalau yang loghat lagi pekat macam Sabah Sarawak pun nak cakap dengan kita guna loghat dia pun akan terpinga-pinga jugak.

Macam cakap dengan cermin

Lainlah kalau orang macam aku (lol puji diri), sebab aku tak kisah pun korang nak cakap loghat apa dengan aku. Aku balaslah balik dengan loghat korang, tapi kalau salah jangan marah ehh. Hahaha. Aku suka belajar loghat-loghat negeri orang, semua unik-unik sangat.

Loghat Kelate ayu je, loghat Sabah comel, loghat Nogori sempoi, loghat Kedah hang jangan buat main sakgi hang mai AloqStaq kepala hang aku putaq, HAHAHAHA. Gurau ja, cek tiru dialog dalam Masam-masam Manis jerr.

Okaylah apa pendapat korang pasal isu ni? Komenlah dalam loghat negeri korang. Hihi.


Follow