Friday, October 26, 2012

Le Cashier Tesco ~

Assalamualaikum :)

Hai . Dah janji nak cerita pengalaman kerja first time aku dalam entry nie  kan. Jom2 mulakan cerita :) (^__^)v

Pagi tu , masuk pukul 9. Pagi tu baru aku terhegeh-hegeh cari baju. Baru aku ingat aku mana ada baju t-shirt putih . Baju aku semua ala-ala kemeja,lekeh2 aku pakai blouse putih ade lah (I rarely wear t-shirt) , pastu aku baru gelabah puyoh. You know puyuh, gelabah macam anak burung kacau mak aku takde tshirt.

Tiba-tiba aku ternampak t-shirt putih tergantung dekat kerusi.Haha,aku terus pakai dengan Inner hitam disebabkan tshirt tu lengan pendek.Nak tahu tshirt siapa aku pakai?Tshirt pagoda bapak aku. Bahaha besar gedabak, macam budak sakai,lantaklah bukan orang nak tengok aku pun,orang nak bayar barang dia beli ja. (Maybe lagi seminggu aku dpt uniform)

T-shirt ni la aku pakai tu,hahahahahahaha...
Kat tempat kerja tak payah cerita la ,nak raya kan, busy ni. Kau bayangkan berdiri 9 jam, buat kerja non-stop, mulut kene senyum muke kene manis. Woi! Aku rasa nak berenti serta merta okay. Tak tahan azab T_T

gambar google

Barulah aku tahu actually bukan mudah kerja cashier ni,kene laju.Orang beratur, tapi handle duit tak boleh gelabah, kalau shot duit kau kena ganti. What? Huh ya Allah ... (macam orang takde masalah cari masalah kan aku?)

Apa yang paling menyakitkan hati ?
When people tak respect aku. You know, bila aku lalu depan kedai daging contohnye la dalam tesco tu , orang jerit2 "eh budak baru ke?" "yang lawa tu mai la keja sini" . (Yang lawa tu merujuk kepada budak baru lagi sorang) . Aku ni budak sakai yang pergi kerja pakai baju bapak saja.

Selama nie aku lalu sebagai customer takde pulak situasi tu kan?Yelah mana berani kacau customer ,kau nak kena pecat?!

Aku tak berlagak, cuma aku tak suka situasi annoying seperti itu. Bab Customer semua okay, yolah rakyat jelata di sini kan semua baik belake. Cewah . 

Ada jugak sekumpulan senior time sekolah menengah aku dulu datang bayar kt kaunter aku kije. I donno itu perasaan aku or diorang memang saja buat annoying nak kacau aku, or diorang memang annoying or diorang......., ehhh entah. Husnozon jelah . (but still butthurrtttt=..=) 

 I told my mum pasal semua ni ...

Itulah pengalaman.Baru kau tahu susahnya alam pekerjaan.Kalau nak senang jadilah bos.Sebab tu mak hantar pergi belajar tinggi-tinggi.

Kalau kau fikirkan pride je,pergi mana pun nak membongkak. Susah hidup kau. Kadang-kadang rasalah hidup susah. Bukan aku suruh berperangai sakai, tapi biasakan diri menghadapi perangai manusia yang pelbagai nie. 

Ok kalah kalau nak berdebat dengan mak aku. Nak menang aje (=.=)' .

Tengoklah sampai mana aku nak bertahan dengan kerja aku ni.Baru sehari dah sakit tulang temulang aku.

Kawan-kawan,bagilah semangat sikit (T___T)v .
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

8 comments:

  1. aku penah keja cashier gak babe. mula2 mmg rasa mcm noob. but chill :) seminggu je nak biasa kan diri. lama2 kau cekap laa. jgn lupa senyum kat customers okay?

    ReplyDelete
  2. bersabau jerla mai..itulah keperitan bkerja...nak rasa kemanisan nya tunggun sbulan lagi bila duit gaji ko dh masuk..hehe.fighting!

    salam eidul adha juga. slmt berkorban zahir n batin :)

    ReplyDelete
  3. hehhehe xtually ni satu penglaman yg sgt2 berhrga,..at least kamu dh ada pengalaman jd cashier..mmg semua kerja tak mudah.>:) even jd operator pun susah..so gudluck,.chaiyok2..:)

    ReplyDelete
  4. perghhh serammmmm ! >.< baik aku beli cashier aku untuk sorang jaaa , hihi..

    ReplyDelete
  5. lama2 okay. cari pengalaman mai. nanti dah berjaya, takdela lupa diri. ingat kita pon pernah susah, setaraf dengan orang bawah. k :)

    ReplyDelete
  6. alamak,, muja terlambat comment entry ni,, dah berenti kan,, hehe

    ReplyDelete
  7. kesian cikmai.. kerja mne2 pun letih kan.. sabar lah ye.

    ReplyDelete
  8. Gaji dia berapa kalau full time?

    ReplyDelete