Hahaha. Hari raya tahun ini tak produktif lerr. Sebab sedara mara balik beraya Kelantan, dan pula kita ini tiada kampung. Kecualilah rumah terbuka jiran tetangga, maka hari raya ini aku lalui dengan bergolek golek dirumah dengan laptop.
Seperti biasa sebagai penggila movies horror dan thriller, hari ni aku habiskan sambil makan rendang ayam masakan mama sambil melayan:
1. Wrong Turn
4/5 ⭐
Cerita ni mengenai sekumpulan kengkawan dan sorang lelaki yang kebetulan terperangkap dengan diorang selepas diorang accident dalam satu hutan ni. Diorang semua ni diburu manusia manusia pelik yang berwajah hodoh dengan kekuatan yang luar biasa, tambah menakutkan mereka ini kanibal. So memang agak mendebarkan tengok macam mana diorang usaha untuk menyelamatkan diri masing-masing.
2. Vacancy
2.5/5 ⭐
Movie ni berkisarkan pasal kereta laki bini ni rosak tengah jalan. So diorang takde pilihan selain tumpang tidur kat satu hotel tumpang ni. So sebab boring kan, yang husband ni pasang la tape nak layan kat tv. Tapi diorang terkejut sebab semua tape yang ada dalam bilik tu cerita bunuh-bunuh, dan kejadian dalam bilik tidur diorang pulak tu. Then, husband dia nampak ada cctv tersorok dalam bilik tu. Untuk tahu apa yang diorang buat untuk taknak jadi watak dalam filem bunuh-bunuh terbaru, tengoklah sendiri.Haha.
3. Hidden
3.5/5 ⭐
Cerita ni mengenai parents dan sorang anak yang bersembunyi bawah tanah dari ancaman goverment. Goverment dorang nak hapuskan manusia sebab dorang takut virus tersebar. Mak bapak dia ni sangat berusaha untuk pastikan anak diorang selamat. Scary. Tapi sedih. Hahah.
4. The Crazies
4/5 ⭐
The Crazies ni pasal satu town dekat Pennsylvania, satu kapal terbang yang bawak bioweapon jatuh di balik bukit dan mencemarkan air diorang. Macam ala ala Zombie Kampung Pisang, tapi movie ni tak kelakar haaaaa. Then, siapa yang infected ni dia akan hilang akal, macam gila, tapi more to jadi zombie yang kejam. Kota diorang dikepung tentera dan siapa yang cuba untuk lari akan ditembak, so tegang sangat cerita ni, tengoklah!
Okaylah.
Apapun, harap Raya Haji korang meriah dan ceria disamping keluarga,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Maaf Zahir dan Batin.
8 Comments
Selamat hari raya. Layan jangan tak layan movie :)
ReplyDeleteSemua cerita seram.. best ni... Tapi tak punye kesempatan nak tengok..
ReplyDelete@Sue Bee
ReplyDeleteHaha selamat hari raya juga...
@Lea Azleeya
ReplyDeleteAda yang seram sampai nak terkeluar balik rendang,adoilahh
Tak berani sangat tengok cerita seram.. Nanti sebelum tidur terbayang-banyang..
ReplyDelete@Maman Reen
ReplyDeleteTapi cerita seram ni addicted, sampaikan kalau tengok cerita relax2 terus sy rasa bosan,huhu,masalah2.
Hahaaha tak pe.. Sis kuat semangat. Reen ni kuhhhh semangat. ;p
Deletegood
ReplyDelete