Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Klik Banner untuk Join 

Assalamualaikum, Hola~!

~twitter juga menggunakan username sama~

Shade Dough by Hanis Zalikha? Jangan terkejut kalau korang belum pernah dengar, sebab produk ni akan officially launch pada 1 November nanti. Dengan 5 warna yang cantik menarik tertarik tu, siapa tak mahu kan? So apa lagi, jom join giveaway ni dengan klik banner kat atas untuk dapatkan maklumat lanjut. Sebelum pergi tu, jomlah baca kisah random kindness aku yang ditulis kerana pemintaan penaja giveaway, dan juga aku berharap dapat dikongsi pengajaran. Senang kata, yang baik jadikan teladan, andai poyo jadikan sempadan, hahah.


1. Tumpangkan orang ke kelas. Masa belajar dulu, aku pantang nampak orang jalan kaki, mesti aku stop tepi dan offer dia tumpang. Kenapa? Kerana aku pernah merasa zaman tiada kenderaan. Panas terik dan hujan lebat aku redah, kalau hari letih sangat aku jalan sambil mengharap ada insan yang sanggup tumpangkan aku.

2. Belikan anak kawan aku aiskrim Magnum Pink. Hehehe. Kawan aku seorang ibu tunggal, aku rapat dengan anaknya yang berusia 6 tahun, Iskandar namanya. Suatu hari aku bawa Iskandar pergi jalan-jalan shopping, Iskandar cakap dia teringin sangat aiskrim magnum kat tv, tapi mak dia tak pernah bagi beli. Mahal kan, aku sendiri pun tak pernah makan sebenarnya sebab sayang duit, and guess what, aku beli kat Iskandar. Dia punya sengih, priceless. 

3. Daftarkan pakcik tua kat hospital. Aku dan hospital tak dapat dipisahkan kerana aku kena pergi check thyroid aku setiap bulan. So ada suatu hari ni aku pergi ke hospital, dah daftar nama semua aku pun pergi la duduk kat tempat menunggu. Kat depan aku ni ada seorang atok tua sangat, aku rasa macam dah 80 tahun lebih, atok dah tunggu dah lama agaknya sebab sebelum aku daftar tadi aku dah ternampak atok tu duduk kat situ.. Faham ajelah hospital kerajaan, aku tunggu punya tunggu punya tunggu, dua jam jugalah untuk nombor giliran aku dipanggil. Lepas aku keluar tu aku pergi ke tempat ambil ubat pula. Ok siap, aku pun dah habis urusan nak balik lah kan. Aku toleh-toleh ternampak atok tu masih menunggu. Pelik kan? Aku pergi kat atok tu, aku tanya nombor giliran ;
"Atok, boleh saya tengok nombor giliran atok?"
"Nombor apa tu?"
"Atok tak daftar ka tadi?"
"Daftar apa cik?"
"Allahuakbar,,,"
Terus aku panggil seorang MA kot yang baju putih tu, aku bagitau masalah atok tu. Rupanya atok tak tahu kena daftar kat meja depan tu dulu untuk ambil number giliran. Kesian atok. 

4. Sebarkan random kindness. Ya macam sekarang ni aku menulis tentang random kindness, tiada sekelumit pun rasa nak tunjuk terer ngan sesiapa. Kebaikan harus disebarkan, untuk menjadi teladan, dan sekiranya ada orang yang tergerak hati untuk meniru kita, insyaAllah pahala yang berterusan. Untuk menjadi baik ni, tak perlukan syarat pun, cuma perlu kita membuka mata, fikiran dan hati. Supaya kita nampak peluang untuk membuat kebaikan pada orang, kadang-kadang ahli keluarga kita sendiri, kadang-kadang antara kenalan kita, kadang-kadang pada orang luar yang kita tak pernah kenal pun, kan. 

Tidak semua kebaikan memerlukan duit, seperti senyum pada seseorang yang kita tak kenal. Senyuman kita mungkin dapat melegakan harinya yang kusut. InsyaAllah. Menahan marah, menahan mulut dari memaki hamun apabila marah atau sesuatu menyakitkan hati kita di jalan raya, ya itu antara random kindness yang kita mampu lakukan. Mengucap terima kasih pada pengutip sampah depan rumah kita, pelayan restoran, pencuci tandas awam, dan tukang kebun sekolah? Yes, itu juga random kindness yang dapat kita sebarkan percuma. Paling mudah? Tinggalkan komen positif dan membina pada fb, instagram dan entry blog orang lain, mana tahu sepatah kata dari kita menceriakan hari mereka. Yeay, senangkan, jom mulakan hari ini.
Kenapa tunggu? Ayuh mulakan hari kita dengan random act of kindness, insyaAllah apabila kita menyenangkan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita. 

Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
10/24/2016 8:04 AM ×

Semoga berjaya Mai..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/24/2016 4:37 PM ×

Terima kasih kak sha and Mrs, A. <3

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/24/2016 8:18 PM ×

Akak faham perasaan ttg harap ada insan yang dpt tumpangkan kite. Hihi dulu masa zaman akak pergi mana2 naik bas, dari rumah untuk ke bus stop lebih kurang 15 minit berjalan kaki.

Waktu nak pergi, masih bertenaga. Waktu balik tu yang..fuh. Lebih2 lagi waktu kje promoter di KLCC. Satu hari suntuk kena berdiri, otw balik belum tentu dapat tempat duduk dalam bas..

Turun je dari bas, nak berjalan kaki rasa penat sangat. Tapi gagahkan juga demi untuk sampai rumah dan terbayang2 dpt rehat kat kerusi atau katil. Nikmatnya bila labuhkan punggung kat kerusi atau katil, hanya Allah je yang tahu. :)

Mai dengan akak.. Sama. Hyperthyroid.. Setiap bulan tentu kena pergi hospital..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/25/2016 3:17 PM ×

betul tu kak, masa naik bas pun sama, kalau kena berdiri, kaki kan shahking, mmg kadang2 akan terjatuh atau tersendeng kt orang, orang takkan faham, sbb sakit kita ni jenis tak nampak sakit.

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/26/2016 10:37 AM ×

Ya Allah mai.. Betul. Teringat waktu akak nak naik bas. Kadang tu rasa kepala lutut longgar. Nak naik pun rasa xkuat.. Macam berat sgt badan ni. Ada masa rasa nak terjelupok. Betul.. Orang tgk xfhm. Fk ape lah budak ni. Cuai :(

Masa akak pergi medical checkup, baru akak tau.. Rasa lutut longgar salah satu effect thyroid. Sebab waktu tu doctor suh akak mencangkung kemudian bangun.

Kalau dulu.. Akak nak bangun, tangan ni kena support badan. Maksud akk.. Nak bangun tu, tangan kat lantai. Tolak badan ke atas.. Naru leh bangun. Ada masa.. Bila kaki buat hal. Xleh bangun dari duduk atas lantai. Sakit sangat kat bhagian tengah peha ni.

Akak terpaksa minta tolong suami akak papah bangunkan akak.. Macam orang tua. :(

Reply
avatar
Leyha Hady
admin
10/30/2016 5:42 AM ×

singgah dari giveaway yang sama =D

https://hikayatleyha.blogspot.my/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

good luck!

Reply
avatar
Iffah Nadiah
admin
10/30/2016 12:54 PM ×

Salam blogwalking! goodluck.
http://efpearlintheisland.blogspot.my/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

Reply
avatar
10/31/2016 10:46 AM ×

Slm daripada Fiza. Singgah BW dr segmen yang sama..gd luck http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon