Tidak usahlah menerangkan diri sendiri pada orang yang tidak mahu faham. Penat. Kerana apa yang mereka mahu dengarkan cuma apa yang mereka mahu tahu, fakta yang mampu menyokong busuk fikiran mereka...Selebihnya? Kebenaran yang tak diperlukan. Kerana memburuk sangka itu lebih lazat, mungkin? Entah aku tidak mengerti orang seperti itu.

Apabila mendengar hanya kerana mahu membidas.
Mematah fakta.
Memulang paku serpih.
Tidak memahami, tidak mendalami. 

Aku ini mungkin tidak baik. Tetapi bagaimana kamu dengan yakinnya lebih mengetahui isi hati aku lebih dari aku sendiri? 

Biarlah Tuhan menjadi hakim.