Latest Posts

Cabaran 30 Hari Blogging | Tips Kecantikan

By November 13, 2016



Halo! Cabaran ke #12 yang bertajuk Tips Kecantikan! Yeay. Siapa tak suka perkara yang cantik? Allah SWT juga sukakan kecantikan. 

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi). Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)

Blogger Unni dah buat cabaran #12 ni dengan memberi tips kecantikan menurut Islam seperti doa dan mengamalkan wudhu' >Baca selanjutnya di sini< , so aku pula akan share mengenai tips kecantikan gadis Jepun! 

Kenapa aku pilih rahsia kecantikan gadis Jepun, kenapa bukan negara lain? Kerana aku tertarik pada tajuk buku Japanese Women Don't Get Old or Fat? karya Naomi Moriyama. Negara Jepun adalah negara yang paling rendah kadar obesitinya, memang patut kita contohi sebab Malaysia ni dah tergolong dalam negara yang ramai penghidap obesiti. Menyedihkan bukan tetapi itulah fakta, rujuk sini

RAHSIA KECANTIKAN GADIS JEPUN 

1. Banyak makan ikan
Selain tinggi kandungan protein, ikan juga kaya dengan Omega 3. Selain bagus untuk kesihatan, kecantikan, ikan pun bagus untuk perkembangan otak. Sekarang fahamlah kenapa orang Jepun selalu cantik dan pandai.

2. Makan nasi tapi tidak berlebihan
Siapa kata nak kurus jangan makan nasi. Orang Jepun makan nasi tapi dengan jumlah yang sedikit, dan  diseimbangkan dengan lauk lain.

3. Ambil Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran paling best, ambillah banyak pun, mengenyangkan tapi tidak menggemukkan. 

4. Mengamalkan teh hijau
Teh hijau dianggap dapat menjadi pelindung kesihatan dan memanjangkan umur mereka. Teh hijau dapat digunakan sebagai detox untuk mengurangkan berat badan, dan juga dikatakan dapat mencegah kanser.

5. Beras Merah
Beras merah dipercayai diambil kerana kebaikannya dalam memelihara kulit dan menjadikan awet muda. Khasiatnya mencegah kedutan kulit dan menghilangkan lingkaran hitam sekeliling mata. 

6. Banyakkan berjalan kaki
Orang Jepun tidak malas! Hewhewhew. 

7. Hindari Matahari 
Elakkan dari terkena direct dengan matahari. Selain dapat menyebabkan kanser kulit, dapat menyebabkan kulit rosak. Jadi amalkan pakai sunblock sebelum keluar rumah dan selalu pakai topi dan baju tangan panjang.

8. Jangan sapu kat muka apa yang kita tak boleh makan.
Wah nampaknya orang Jepun menitikberatkan bahan semula jadi dalam amalan kecantikan. Agak-agak korang berani tak telan krim kecantikan korang tu? Tak kan. Hahaha. Maybe lepas ni kita perlu bertukar kepada bahan organik dan semula jadi dalam menjaga kulit muka, selain jimat, ianya selamat! Contohnya boleh guna kopi, putih telur, madu, dan tomato, ikut kreativiti sendiri.

Wah jadi selepas ni bolehlah kita amalkan tips dari orang Jepun ni. Tak perlukan kos yang tinggi pun memandangkan mereka sendiri mengamalkan bahan semula jadi. Jom kekal cantik!

You Might Also Like

10 Readers ♥

  1. nak cuci muka guna apa kalau tak guna pencuci muka hihikkk.... btw bagus juga cara jepun tu. Amer baru2 ini cuba amal letak teh hijau dekat muka.. perghhh bolehh lah halus kulit muka

    ReplyDelete
  2. Orang kita pulak tak suka makan sayur.
    Saya suka sayur.

    ReplyDelete
  3. fuhyoo jepun!! tbaikla mai, unni baru tau bnyakkn makan ikan tu.. tapi memang respek la ngn org jepun, lagi satu budaya mbaca dorabg tu memang kuat.

    ReplyDelete
  4. nak cantik macam orang korea, guna produk kecantikan kat althea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh baru tau pasal althea, thanks nnt mai usha.

      Delete
  5. alaa.. nape tak buat TIPS KECANTIKAN WANITA MELAYU ? hee~ kakak tunggu entri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kak, nanti mai try bt entry tu. hahaha

      Delete
  6. nice tips mai! thank u! satu tips dari busyra. kalau nak cantik makan ulam-ulaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat cantik je Busyra.. Sihat sekali..

      Delete
  7. Wow.. tips dari jepun.. Ohsem Mai..

    ReplyDelete