Thursday, April 20, 2017

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

Klik Untuk Join 

Checklist syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"


1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"  

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal) 

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link  

7. Comment entry penyertaan

❤❤❤

Yes! Yes! Excited giler tengok blog Seorang Syed buka peluang untuk menyewa tapak free-of-charge dalam blog yang best gituh. Mestilah nak join, takkan tak mau pula, syarat pun senang dan mesra adsense (nk buat entry panjang-panjang sebab nak mengorat Adsense yang asyik jual mahal) walaupun aku tak janjikan entry ni panjang tapi ada la point aku nak berpokpekpokpek. 

Untuk melengkapkan entry penyertaan ini, ada dua soalan yang perlu dijawab oleh peserta. Biasalah cikgu memang suka buat soalan-soalan bagai kan, muahahahahaha. Gurau je :P

Ok jom mula...

Kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed?

  • Dengan join bloglist Seorang Syed yang ramai peminat tu (tak percaya tengok jumlah komen), mestilah kena tempias sikit-sikitkan. 
  • Untuk kepentingan SEO blog sendiri juga,kekeke, bila banyak blog buat kita sebagai bloglist, senang sikit kerja google spider nak detect entry terbaru kita untuk masuk search engine.
  • Nak promote entry-entry terkini dengan cepat dan percuma. 
  • Sistem "I add you , you add me" dalam bloglist masing-masing, alaaa macam newbies selalu buat bila nak suruh followback tu, ihiks.

Review Blog Seorang Syed


Blog bertema biru ini adalah milik Syed Abdul Hakim, seorang cikgu English yang enjoy menulis entry Manglish. Alaa pembaca blog aku mesti tahu sebab aku dah pernah senaraikan dalam blog yang memberi inspirasi untuk menghasilkan personal blog hebat >>>BACA SINI<<<.  

Menariknya, blog ini 'didesign' sendiri oleh tuan blog dan tentulah mempunyai nilainya yang tersendiri. Dari pilihan warna, keseimbangan gambar, hinggalah pemilihan font yang harmoni amat dititikberatkan untuk menghasilkan design yang daboom. Syed ada kongsikan beberapa tips untuk mereka yang baru berjinak-jinak nak mendesign ni. >>>BACA SINI<<<

Blog Seorang Syed juga menjadi pilihan sebab owner tu sempoi dan tak menyembunyikan diri disebalik ketukan keyboard. Cewahhh. Bukan apa, aku lebih selesa membaca blog yang aku nampak dan kenal tuan blog tu (even tak pernah jumpa face-to-face), kan.. Aku rasa semua macam tu kot, hehehe. Sebab tu juga wujudnya pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'. Kalau korang nak berkenalan dengan penulis Seorang Syed ni jemputlah follow Syed laman sosial lain.
>>>FOLLOW INSTA <<<
>>>LIKE FANPAGE <<<

Mungkin blog Seorang Syed boleh menjadi lebih mesra readers kalau letak 'SEARCH BOX' , hehehe, senang nak cari informasi. 🔎

So kalau berminat nak kenal-kenal dengan blogger Syed ni (seriously Mai, ada lagi ke yang tak kenal Syed?), pergilah fly ke https://anothersyed.blogspot.my/ .




Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

22 comments:

  1. Nice entry mai..
    Semoga tersenarai..

    ReplyDelete
  2. Setiap kali fae jengah blog syed fae tgk always ada bykkkkk komen yg readers tglkan and this shows yang syed memang berpotensi menjadi mentor dlm bidang blogging sooner or later hehehe

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya.. menarik juga ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Thanks Mai for joining my segment! terharunya rasaaa hehe.
    Pasal search box tu nanti syed fikirkan. Tak tahu kenapa syed ingatkan search box tu macam tak penting ja. Sebab itu taknak letak dalam blog haha. Again, thanks for the support! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...tak penting ke? Mai selalu guna bila masuk blog orang, senang nak stalk,kadang2 info tu ingat2 lupa dalam entry mana tapi ingat blogger tu pernah share..ahahaha

      Delete
  5. Peminat setia syed pun dah join! Barulah meriahhhh! Yeaayyy... Hehe.. 😘💕

    ReplyDelete
  6. Selamat bersegmen Mai. Blog syed antara blog wajib terjah. Hehe

    ReplyDelete
  7. Selamat bersegmen Mai.
    Blog cikgu Syed mesti terjah.

    ReplyDelete
  8. Cnfirm tersenarai ni sbb cikgu syed bg markah pnuh. Hee. Good luck Mai!

    ReplyDelete
  9. WAAH Cikgu Syed buat segmen malangnya i x aktif sgt la nie..hahaha..good luck Mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join je Mas, hahaha, terpilih ke tak belakang citer :P

      Delete
  10. Selamat bersegmen Mai..Umi pun baru join..

    ReplyDelete
  11. Selamat bersegmen Mai 😄

    ReplyDelete
  12. selamat malam .

    singgah dari segmen yang sama . selamat berjaya .

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
  13. Menarik baca jawapan Mai. Hii. Best of luck tau :)

    ReplyDelete
  14. Telajak review ni mai..btw good luck mai

    ReplyDelete
  15. DONE follow...followback
    Keep in Touch

    ReplyDelete
  16. Udah follow pun, tapi sukar untuk poin yang nomer 1 nih. Maklum agak pemalas sikit nulis di blog. Trus aku tak punya IG lah #haregenegakpunya?#apamaudikata#sad but, already follow on Twitter ^_^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,

    blogwalking dari segmen yang sama

    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete