Senarai Peserta Giveaway 'Buka Buku Baru'

Monday, July 23, 2018


Assalamualaikum friends & readers. Maaflah lama tak dapat update blog dan blogwalking kat blog kawan-kawan. Bersambung-sambung busy tu, mula-mula busy prepare kahwin, lepastu busy honeymoon (oppss), lepas tu busy tolong husband buat repair assignment beliau dan paling penting, busy balik kampung husband makan buah-buah di dusun, kekeke.

Sekarang dah free sikit ni baru nak susun senarai peserta GA, alhamdulillah ada juga sambutan ya, walaupun hanya 30 orang je yang sudi join. 

Terima kasih sangat pada yang sudi meluangkan masa join, bagi ucapan yang buat Mai tersenyum sorang-sorang dan doa-doa yang baik untuk kami (didoakan melantun kembali kebaikannya pada anda), pheww i'm so touched.



So aku decide untuk buat list nama peserta ni sekali senaraikan ucapan masing-masing, boleh aku abadikan dalam blog ni sampai bila-bila.

SENARAI PESERTA GIVEAWAY


01. http://www.farhanajafri.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Selamat Pengantin Baru, semoga dipermudahkan urusan Mai dan pasangan. Dari haritu excited baca semua post yang berkaitan dengan urusan perkahwinan Mai. Sambil baca sambil take note jugak supaya nanti tak blur hihi. Untuk ucapan alam perkahwinan pulak, relationship is hard tambah pula bila dah kahwin, dah tinggal sebumbung, dah nampak perangai sebenar macam mana. Mak pernah pesan, kena banyak sangat bersabar dan bertolak ansur dalam semua perkara. May Allah bless you guys. Insya-Allah ada rezeki lebih sampai la nanti hadiah pengantin baru ❤🌸

02. http://mija-blur.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Kejap lagi kena kongsi katil (tolong laa jangan duk berebut, kang tak pasal pasal kena bahagi dua katil tu), kena kongsi makanan (berlipat ganda pahala tuuu, suap menyuap lagi lah afdal, masa couple tak boleh boleh main suap-suap makanan haa dah kawin ni boleh la main suap-suap), sama sama pergi pasar beli bahan mentah nak masak, & tolong cakap dekat laki ko Mai, suruh dia tebalkan telinga sebab kita sendiri tak tahu bila kita start membebel, so suruh dia ready siap-siap la ya. Kapas nak sumbat dalam telinga tu, ala ala macam Shah Rukh Khan dalam Khabi Kushi Khabi Gham kena ready jugak laaa ye. 

03. https://messarah.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Selamat menempuh perjalanan hidup yang baru, menjadi keluarga yang sakinah, penuh mawaddah, dan rahmah. Semoga dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah swt :)

04. http://www.mrspip.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

perkahwinan ialah penyatuan dua hati, perkahwinan bermaksud kita bersedia berkongsi suka duka bersama pasangan dan menerima baik buruk pasangan kita ... dan saling nasihat menasihati di antara satu sama lain ... jangan cerita masalah rumahtangga pada sesiapa, lebih baik simpan dan bicara hanya pada Allah SWT ... dalam perkahwinan banyak ujian melanda, jadi sentiasa bersabar dan jadilah pasangan yang bijak, jangan terburu buru dalam membuat sebarang keputusan ... apapun, mrs pip doakan yang baik baik untuk Mai dan pasangan, dan semoga Mai sentiasa gembira dan ceria bersama pasangan tercinta ...

05. https://ailya-saffaa.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Dear Kak Mai, congratulations for finally turning a new leaf in your life. Uppsss, I don't mean that turning from a bad state into a good one but that refers to your entry; opening a new chapter in your life. I wish you a happy life with your partner husband (hehehh), and that both of you can face the challenges in this marriage world together. (Apa yang penting? Kerjasama!) I am not married yet and I don't sure if I wanted to so I don't really know what advice to give to you. Therefore, I will give you a quote from Rumi.
Lovers don’t finally meet somewhere. They’re in each other all along.
So I hope you guys will always in sync in whatever things and again, congratulations!

06. http://www.ciktie.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Kesempatan ini juga akak nak ucapkan tahniah ! Selamat Pengantin Baru. Selamat Menempuh Alam Baru (alam rumahtangga) bersama insan tersayang tu. Semoga Berbahagia hingga Ke Jannah. Aamiin

07. http://www.raydahalhabsyi.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Congratulations!
Sis Mai will soon be a wife and it's a great news. In shaa Allah, may Allah ease everything for you guys and your family as well. May your marriage be blessed.

08. https://aerillhassan.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Tahniah diucapkan kerana bakal membina masjid bersama pasangan tercinta.  Ucapannya adalah semoga jodoh anda berpanjangan, semoga kekal sehingga anak cucu dan juga saling bertolak ansur dalam perkahwinan. ( Macam ada pengalaman je... ) Semoga diberikan zuriat yang comel, soleh dan solehah.
Untuk nasihat pula , rasanya sebagai seorang yang tiada pengalaman dan masih muda lagi, nasihatnya adalah supaya bertolak ansur dalam perhubungan. Itu sahaja.

09. http://kasihkuamani.blogspot.com/2018/06/buku-baru-giveaway-by-mai.html?m=0

Buat Mai, perkahwinan adalah perkongsian hidup.. Masa ini Mai akan mula duduk serumah dengan suami.. Mai kena belajar bertolak ansur dan menyesuaikan diri dengan insan bergelar suami.. Jadinya, komunikasi merupakan perkara yang paling penting, kena sentiasa berkomunikasi untuk memberitahu dan meluahkan..

10. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai-saturday.html

Apa yang mungkin ika boleh cakap is, whatever happen. Just stay and stick together for each other. Through upside down and also thick thin. Kena ada rasa tanggungjawab tu bila dah kahwin sebab kahwin bukan untuk berseronok saja. Kita dah pikul satu tanggungjawab besar baik suami atau isteri hee. Banyak lagi benda benda yang nampak remeh masa bujang tapi besar nilai dan pentingnya benda tu bila dah kahwin. 

11. http://zzzyy.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Tahniah yea Mai
Semoga sentiasa diberkatiNya
We only live once
BUT
If we do it right
Once is more than enough

12. http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Two way communication to be exact. One way je tak boleh, tak jalan. Kalau ada masalah or tak puas hati, cerita kat pasangan. Luahkan. Jangan pendam terlalu lama.
Tolak ansur tu pula means setiap kekurangan yang ada pasangan jangan terus melatah dan cepat down. Tolak ansur means setiap perbezaan kita dengan pasangan kena raikan. Cari titik persamaan (i mean things yang dua dua suka gilos).
Ohh lagi satu saya pernah dengar nasihat - jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan yang baru dikahwini. Sebab time dah kahwin la pasangan tunjuk semua kan haha. Tunjuk perangai yang sebenar benarnya. So, try to learn terima segala kekurangan yang pasangan ada sebab kita pun tak sempurna mana.

13. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Selamat pengantin baru kak mai,semoga bahagia hingga ke jannah. Perkahwinan itu satu perjuangan. Rabia doakan semoga kak bahagia hingga ke jannah.

14. https://z3tty.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam rumahtangga yang penuh kemanisan dan cabaran. Diharap kekal dan bahagia till jannah. Dalam rumahtangga perlu saling percaya mempercayai , perlu kesabaran tinggi , perlu saling memahami antara satu sama lain.

15. http://ejulz.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Ejulz nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga hubungan berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 


16. http://www.shikinrazali.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Akak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Mai dan suami, semoga kekal hingga ke Jannah.. Awak berdua perlu tahu akan tanggungjawab masing-masing kerana itulah amanah Allah yang diberikan pada awak berdua.. Jika ada perselisihan faham, jangan mudah melenting tanpa usul periksa, siasat dulu puncanya kemudian bincanglah bersama-sama, jika takde penyelesaian, mintaklah pandangan daripada kedua-dua orang tua kerana mereka lebih makan garam daripada kita dan tahu dengan selok belok hal perkahwinan.. Alam perkahwinan nie terlalu banyak cabaran dan onak duri tapi jika kita sentiasa niatkan diri kita untuk mencari keredhaan Allah, pasti kita dapat mengharungi dengan tenang.. 

17. http://www.husnieyhusain.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Nasihat husniey untuk Mai dan pasangan, sentiasalah bertolak ansur antara satu sama lain. Kekalkan mana yang baik, 
saling membantu dan saling mendengarkan. 
Letakkan Allah di depan ya. 
Suami ada syurganya, dan suami pula syurga bagi kita. 

18. https://renex89.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

"Selamat Pengantin Baru Mai dan Akmal. Tahniah!! Selamat bercinta sehingga jannah. Semoga pernikahan kalian berdua sentiasa diberkati Allah dan bahagia selalu. Jadikan setiap dugaan dan cabaran itu penguat cinta kalian. Semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah. "

19. http://ciknurul23.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Page not found, hehe.

20. https://belogsjm.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

"Ya Allah, satukanlah hati Noor Maizan dengan pasangannya seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” Aamiin Rabbal Alamin

21. https://salatulzarida.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Sebagai anggota dalam #kelabsuamiisteri apa yang penting adalah menjadi pendengar setia dan sabar dalam setiap tutur kata ataupun perbuatan.  Paling penting untuk tidak pentingkan diri sendiri sebaliknya mengambil kira kekurangan kita yang ditampung oleh kelebihan team kita (suami/isteri).  Setiap perjalanan yang ditempuhi setiap hari adalah semuanya mengenai perkara baru yag mesti dihadam dan difahami.

22. http://www.mamapipie.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Walaupun dah kenal sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin baru kita kenal betul-betul pasangan kita. Waktu inilah kita perlu saling bertimbangrasa dan mencari keserasian bersama pasangan kita. Jangan expect perangai dan kesukaan pasangan sama macam yang kita maukan kerana tentunya mereka adalah orang yang lain, dibesarkan oleh orang lain dalam suasana yang tak sama dengan kita. Kadangkala ada perkara yang kita kena ignore aje dan jika ada perkara yang tak penting tak perlu lah diperbesarkan. Good luck ye Mai. Jangan takut pula baca tulisan mama ni. Perkahwinan adalah satu perkara yang indah buat kita di dunia. Kita dah ada pasangan berkongsi hidup, serta suka duka hidup kita. Kalau merajuk nanti ada orang pujuk kihkih. Best tau alam perkahwinan ni..

23.https://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Well, this is organised by Mai, a lovely new bride.
I do wish her all happiness in the world
and may GOD grant her new chapter of life
with loads of love and everlasting joy!
Just be who you are....the outstanding Mai.

24. http://www.adianiez.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

selamat pengantin baru. moga panjang umur dan berbahagia hingga ke jannah...
alam selepas berkahwin adalah best sgt 😌 . kita ada bestfriend 24 jam, sehidup semati. sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula husband & wife, Mai. pasti ada selisih fahamnya. tapi, selesaikanlah dgn cara yg baik. cara apa? gunalah cara tersendiri, Mai. hanya kita faham diri kita dan pasangan kita 😌.
akhir sekali, moga Mai dikurniakan anak-anak yg comel, cerdik dan soleh/solehah.

25. http://adna2029.blogspot.com/2018/06/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

26. https://jombercontest.blogspot.com/2018/07/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Berdoalah setiap hari agar dapat menjadi pasangan yang sempurna. Belajarlah bersabar dan bertolak ansur dengan kelemahan pasangan. 

27. http://www.huhahuhajerr.com/2018/07/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

"Selamat menempuh kehidupan baru...
Pahit manis dan suka duka kehidupam berumahtangga ....
Sementara masih manis dan indah ni hayatilah kemanisannya....
Selepas tu nanti harungilah dengan tabah yer... hahaha!"

28. http://zafirahnazri.blogspot.com/2018/07/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

selamat pengantin baru Mai. semoga dipermudahkan urusan dalam berumah tangga. semoga dimurahkan rezeki ya. 

29. http://www.mrsliez.com/2018/07/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

First of all, Selamat Pengantin baru untuk Mai dan pasangan. Semoga Mai dan suami seronok melayari alam perkahwinan dan menempuh segala pahit manis susah payah bersama. Diawal perkahwinan mungkin akan ada kesukaran untuk menyesuaikan diri tapi lama-lama nanti ok la..Tambahan lagi Mai berkahwin dengan abang askar kan, memang dugaan bila berjauhan ni banyak..
Akhir sekali, KakLiez doakan Mai dan suami dikurniakan anak-anak yang comel. Dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

30. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2018/07/buka-buku-baru-giveaway-by-mai.html

Selamat pengantin baru dan selamat menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tahniah.
Ida nasihatkan agar suami isteri saling bertolak ansur, tolong menolong dan saling menghormati satu sama lain. Sentiasa dekatkan diri dengan-Nya dan doa agar sentiasa diberikan rahmat dan kasih sayang dalam keluarga.
Ida doakan agar korang bahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Amin

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang join. InsyaAllah untuk mencari pemenang Mai akan guna method cabut nama atas kertas, kalau sempat Mai videokan masa cabutan tu tau, hihi.

All the best semua yang join. Maaf atas kelewatan memilih pemenang.

SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KEDALAM BLOGLIST :)


Follow

16 comments

  1. Wahhh tahniah kepada pemenang...Selamat membuka tirai baru Kak Mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum dapat pemenang lagi dik, haha.

      Delete
  2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tahniah sekali lagi ye mai

    ReplyDelete
  3. oo thniah mai. smoga cepat mengandung. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha comelnya ucapan. Aaamiin.

      Delete
  4. Wahhh nama rabia ada .. yes..nanti ramailah yg join ga kak mai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh mestila ada rabia, hehe. Dah tamat pun, nak cari pemenang jap.

      Delete
  5. Setelah sekian lama tak jalan jalan kat sini, baru hari ni tau kak mai buat contest. Huhu, selamat pengantin baru kak mai 💕💕

    ReplyDelete
  6. Tahniah sekali lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. So sweet semua ucapan tu 😍

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah tahniah kehidupan dunia yg baru. semoga dipermudahkan segala urusan suami isteri hendaknya. aamiin ^_^

    ReplyDelete
  9. Tahniah, meriah sambutannya.

    ReplyDelete
  10. banyak tips yang ohsem-ohsem.. Peserta no 9 di sini..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.