DOSA

Kita ini manusia kan...Mana pernah lari dari buat dosa dalam sehari tu. Macam mana engkau ada dosa, macam itulah aku juga. 

Syukurlah Allah tak jadikan dosa itu berbau, jika tidak tak tahulah macam mana hina dan kejinya aku ternampak di mata kasar. Tapi masih aku mahu bercakap pasal dosa hari ini, kalau bukan teguran ini untuk kamu, paling-paling untuk aku.






Aku tidak berminat bercakap pasal dosa orang. Iyalah kalau betul dia berdosa, aku jadi mengumpat, jika salah mendosakan dia, malah aku jadi fitnah. Lagipun bercakap pasal dosa orang tidak menjadikan kita suci. 

Apa nak kecoh dengan dosa orang? Dosa kita yang macam sebutir pasir di padang sahara ni siapa nak uruskan?

Tapi itulah manusia. Tahu dosa, tahu. Mana boleh salahkan hidayah tak sampai, hidayahnya sudah lama sampai, semasa kita terdetik kat hati yang kita tahu apa yang kita buat itu dosa lagi. Cuma kita saja tak mahu ambil kan?

Ya tahu dosa, tahu. Tapi masih buat sebab muka tidak malu sama Tuhan. Nikmatnya kau ambil, perintahnya kau abai.

Ya kita berdosa kan. Tapi jangan cabar Tuhan, sayang. Jangan cabar Tuhan dengan mahu menormalkan dosa yang kita buat dengan kata-kata takbur.

"Eleh sembahyang pun masih mengumpat, baik tak payah sembahyang macam aku tapi tak kacau hal orang" 

Itu contohlah, nauzubillahiminzalik. Jangan. Mengumpat itu dosa, tinggal sembahyang itu dosa, jangan sebab tengok si polan nan seorang yang kita benci kita terus pukul rata semua hukum Tuhan dan jadikan alasan untuk kita terus berdosa.

Itu satu hal. Belum lagi hal bila tengok orang lebih berdosa dari kita. Mulalah kita buat perangai syaitan yang selalu anggap diri lebih baik dari yang lain. Jangan kerana dosa orang lain, buat kita ke neraka kerana mulut kita. Diam, diam. Toksah kalut pasal orang.

Kalau belum mahu bertaubat, cukup kita tahu kita sedang buat dosa. Kita akukan dosa kita itu dosa.

Jangan cuba-cuba putar cerita dosa kita itu bukan dosa sebab sudah jadi gaya hidup ramai orang zaman sekarang.

Jangan normalkan apa yang salah.

Jangan sampai dosa yang kita buat jadi satu habit yang susah dikikis dalam diri.

Jangan terlalu seronok dalam dosa. Mati itu boleh datang bila-bila masa. Sebab syaratnya mati itu HIDUP, bukannya sakit, bukannya tua.

Kadang-kadang juga boleh rasa macam separuh matinya hidup dalam rasa berdosa, walau sudah bertaubat dan berjanji dengan Tuhan takkan ulangi salah dulu lagi. Mungkin jika rasa bersalah itu mampu buatku diampuni, aku redha.

Kadang-kadang mahu pulang ke masa lalu, dan tempeleng diri sendiri, dan marah diri sendiri, dan pukul-pukul dengan kayu. Bukan benci, tapi sebab sayang.

Sudah. Mari taubat nasuha. Janji dengan Tuhan, jangan ulang lagi. Malulah dengan Dia yang benar-benar sayangkan kita. Buktinya, dosa kita kala bersendiri, masih tersimpan rapi. Dosa kita depan khalayak, tidak dihukum lagi.

Aku bukan cakap dengan kalian. Aku bercakap dengan aku, mengenai aku, untuk aku. Boleh ambil apa yang baik, jika apa yang aku cakap, terkena di hati kalian. Jika tidak, abaikan. Ini cuma luahan hati aku tentang dosaku sendiri.

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
 Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha


Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. kita semua ini pendosa..benar.kalau dosa ini berbau..alangkah busuknya diri kita..mga Allah menjemput kita dalam.keadaan.dosa sudah terampun..aamin

    ReplyDelete
  2. kita semua adalah pendosa ...
    thanks mengingatkan ...
    mudah mudahan, kita saling berusaha menghapuskan dosa2 lalu kita
    dengan memohon taubat kpd yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini kak

    ReplyDelete
  4. kita semua pendosa tanpa noktah. buat ape hiraukan dosa orang lain, sedangkan dosa sendiri pun tidak terkira :(( sentap sungguh bila dengar ayat ni.

    ReplyDelete
  5. terima kasih saling mengingati...

    ReplyDelete
  6. mati dalam keadaan berdosa tu antara perkara paling rugi dalam hidup manusia

    ReplyDelete
  7. allahuakhbar.. semoga kita sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.

    ReplyDelete
  8. selagi ada nafas, selagi itu kita boleh memohon ampun. smoga kita smua dalam lindunganNYA. amin ya rabb.

    ReplyDelete
  9. peringatan yang baik.. nak tunggu tua baru taubat, maut tak mengenal tua atau muda.. kan? hehehe

    ReplyDelete