Review LYSignature Facial Wash 100% Sabun Handmade


Memang dah ramai tahu kan yang sarang burung ada banyak kebaikan untuk kulit seperti menjadikan kulit licin, anjal dan berkilat, dan mengurangkan kedutan. 

Penyelidikan moden pun ada membuktikan yang dalam sarang burung terdapat 'Gen Kecantikan' yang terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan. 
(Sumber : http://www.yanlibaobirdnest.com/yanlibao_vitamin_center.php?lang=malay)

Selain itu, kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
(Sumber : http://www.yanlibaobirdnest.com/yanlibao_vitamin_center.php?lang=malay)

Kini kita boleh menikmati kebaikan sarang burung untuk kecantikan kulit dengan LYSignature Facial Wash yang 100% buatan tangan daripada sarang burung walet dan herba-herba terpilih. Facial wash ini juga boleh digunakan untuk seluruh badan ketika mandi terutama mereka yang ada masalah kulit kering, sangat recommended. 

Antara kebaikan LYSignature Facial Wash ini adalah dapat membantu untuk :- 
  • Mencerahkan,memutihkan dan kulit menjadi licin dan halus. 
  • Mengatasi serta menghilangkan JERAGAT dan JERAWAT. 
  • Mengatasi masalah kukit kusam/tona tidak sekata serta sunburn.
  • Menganjalkan kulit muka, wajah lebih muda dari usia. 
  • Mengatasi kedutan serta garis-garis halus. 
  • Mengatasi kulit berminyak dan kering.
  • Melembabkan kulit secara semula jadi. 

Cara untuk menggunakan LYSignature Facial Wash adalah gosokkan sabun hingga mengeluarkan buih, sapu rata buih di muka biarkan dalam 1-2 minit biar buih serap, gosok-gosok dan bilas. Boleh pakai dua kali sehari, pagi dan malam.

Ada dua jenis LYSignature Facial Wash ni, MILKY dan CHARM. Nanti boleh consult dengan seller masalah kulit kita dan mereka sendiri akan suggest yang mana lebih sesuai dengan kita. Muka aku ada masalah jerawat dan pori yang besar so disuggest untuk pakai jenis CHARM, alhamdulillah serasi. 

Yup, Aku sendiri dah pakai LYSignature Facial Wash jenis CHARM ini dari November lalu. Memang rasa lembab je muka lepas bilas tu, best sangat. Dan alhamdulillah, muka aku tak ada sunburn even duduk di kawasan pantai. Tangan je itam sekarang, kekekeke, sapa suruh tak pakai dekat tangan kan. Lol, i need sunblock!

Disini aku paste sekali testimoni pasal LYSignature yang aku jumpa... Hihi.









Baiklah untuk maklumat lanjut, boleh follow instagram LYSignature Facial Wash tau..

Instagram


Follow

Post a Comment

3 Comments

  1. Menarikk, suka baca testimoni tu..

    ReplyDelete
  2. menariknya sabun yg dibuat dari sarang burung.. jemput join segmen bloglist mama ye

    ReplyDelete
  3. first time tngok .. menarik sbb sarang burung tu.. lain dari lain

    ReplyDelete