Beauty Tips: Makeup Ringkas tetap Cantik dengan Gold Nano CC Cream | Hansaegee Nature

Siapa malas nak bersiap pagi-pagi? 
SAYA! 
Siapa nak cantik? 
SAYA!

Aih macam mana tu? Cakap nak cantik tapi malas bersiap? Adakah itu mustahil? Tentulah ada jalannya, hahaha. Suami aku ada cakap, walaupun aku selalu cakap aku malas tapi kerja aku tiptop sebab aku akan cari jalan paling mudah dan berkesan untuk siapkan kerja tu cepat tapi hasil sama kebabom dengan orang yang push limit diri.



Hehehe. Well...Nak hidup kenalah bijak. Bukan dalam kerja sahaja, dalam bab kecantikan pun aku selalu cari jalan pintas. Tak percayalah aku pada istilah beauty is pain tu. Jadi aku bukanlah rajin sangat nak bangun awal pagi untuk makeup sebelum pergi kerja. Untung aku jumpa penyelamatku, HANSAEGEE NATURE!

HANSAEGEE NATURE


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni sebenarnya berfungsi sebagai color control dan brightening. Jadi sebab itulah dia dipanggil CC Cream. Color control ni juga faktor warna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni akan berubah untuk match dengan warna kulit kita bila disapu ke kulit walaupun asalnya berwarna putih.


Selepas disapu, warna cream yang putih akan bertukar ke brown untuk match dengan warna kulit kita.

Mulanya aku pun takut juga kalau tak masuk dengan warna kulit aku yang dah tak berapa nak cerah sejak duduk di kawasan pantai ni (currently living in Port Dickson, say Hi orang PeyDeeeee! Yoo) haha. Buatnya jadi kelabu asap mau kena jawab KBAT anak-anak murid aku yang innocent kat sekolah tu, "Teacher nape muka teacher warna kelabu?" Lol.

Teacher malas makeup berjaya nampak bergaya dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, eheks.


Sangkaanku meleset sama sekali sebab Hansaegee Gold Nano CC Cream ni buatkan mukaku yang tak berapa nak flawless dengan pori yang besar-besar ni nampak sangat segar dan glowing, malah tak mengeringkan kulit atau membuat kulit berminyak. So nice!

Selain anti-wrinkle (anti-kedutan), yang paling aku teruja dengan Hansaegee Gold Nano CC Cream ni adalah kandungan SPF50+ PA+++ yang dapat melindungi kulit aku dari panahan matahari yang boleh merosakkan kulit. Bukan 20...Bukan 30....tapi SPF50+! Tentulah sangat-sangat diperlukan oleh aku yang duduk di pesisiran pantai dimana setiap hari aku terdedah lebih kurang 40 minit dengan cahaya matahari pantai yang panas berdesing dalam perjalanan pergi dan balik dari kerja.

Can you imagine 5 hari seminggu terdedah dengan matahari pantai (lagi dua hari? Membuta dalam rumah, kekeke). Memang muka aku tak kenal erti segar lagi sampailah aku terjumpa Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni.


Kandungan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mineral Water - Berkesan untuk  kekalkan pH balance kulit, meningkatkan kuasa untuk menembusi kulit, terlibat dalam vitamin aktif dan meningkatkan keanjalan kulit.

 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Melegakan iritasi kulit, anti-bakteria, dan melegakan masalah kulit.

Nano Gold - Mengelakkan penuaan kulit, menghalang sinar radiasi infrared, anti microbial, tinggi anti oksida.

Kandungan-kandungan yang berkualiti ini adalah untuk memastikan Hansaegee Gold Nano CC Cream dapat memberi kesan yang maksima dalam :

❤ Menyeimbangkan dan memperbaiki tona kulit secara natural.
❤ Melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF 50+ PA+++
❤ Kulit nampak segar dan bersinar!


Cara Pakai Hansaegee Gold Nano CC Cream 

Sangat mudah dan cepat memandangkan kita hanya perlu pakai jari sahaja. Tak perlu guna brush. Senang sangat untuk disekatakan atas kulit kerana warna CC Cream ini akan berubah secara natural dengan kulit kita.

Boleh tengok video pendek yang aku pernah share di IG aku, hehe.



Senang dan cepat kan?! Sangat sesuai dengan kulit wanita Malaysia dan paling penting dengan cuaca kita yang kejap panas kejap hujan ni, tetap tak melekit dan mampu buat kita nampak segar sepanjang hari. 

Inilah rahsia aku bersiap cepat untuk pergi kerja. Hanya sapu Hansaegee Gold Nano CC Cream ni selepas pakai pelembab dan calit lipstick sikit, dah siap...(baca nada Mira Filzah pls)



Hansaegee Gold Nano CC Cream ni sebenarnya sangat sesuai tak kira untuk orang yang suka siap simple-simple sahaja, ataupun penggemar heavy makeup. Tak kisah pun anda yang mana satu, janji kita yakin dan bahagia dengan penampilan diri kita. Untuk aku, dua-dua aku buat, ikut mood dan juga situasi. Takkan lah nak pergi majlis formal pun nak pakai simple, tentulah aku makeup juga.

See, hanya pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream pun boleh nampak cantik ke kenduri...


Team Simple makeup!

Bagi yang sukakan makeup simple atau nak nampak macam no-makeup-makeup. Cuma perlu apply CC Cream ni dan lipstick. Dah boleh keluar. Memandangkan SPF pun dah cukup tinggi, SPF 50+ PA +++. Dah tak ada yang nak risaukan dengan kulit kita lagi. Sambil nampak cantik, kulit pun terjaga. So makin lama, tak hairanlah nampak makin cantik. 



Team Makeup Heavy!

Bagi yang suka makeup heavy, boleh jadikan CC Cream ni sebagai base makeup atau premier yang dapat menyamaratakan tona kulit dan membuat makeup kita lebih tahan lama. Nak tahu satu magic tak?

CC Cream ni juga dapat buat makeup kita lebih pigmented dan menonjol. Jeng-jeng jeng. Tengok sendiri kesan bila aku goreskan eyeshadow pada kawasan yang tidak disapu CC Cream dan kawasan yang telah disapu CC Cream. Bandingkan sendiri, hihi.



Korang bolehlah cuba sendiri nanti...Memang puas hati. Hihi. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Hansaegee dan follow semua laman sosial mereka.


Untuk maklumat lanjut :-

🍁Brand: 
Hansaegee Nature 

🍁Website: 

🍁IG page: 

🍁FB page: 

🍁Youtube page: 


Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh senang ada cc cream hansaegee..nti nak usha2 page dia

    ReplyDelete
  2. Uikksss nice jugak hasilnya .. Haha mcm nak try jugak lahh

    ReplyDelete
  3. Dlu pernah jg teringin nk cuba brand ni...tp lepas tu tercuba plak Cc Cream brand FCC. Since tu, mmg pakai tu smpai harini...mmg suka sgt².
    Love, SNM

    ReplyDelete