VIVO S1 Pro Best Lah! | Thank you Sayang

Aku dan suami jarang sambut hari istimewa macam hari lahir or anniversary dengan kejutan dan hadiah. Pada kami, nak berkasih sayang atau beri hadiah tak perlu tunggu hari yang tertentu, terus bagi pada bila-bila masa. Hari-hari berkasih sayang, eheks. Jika tidak praktikal jangan ditiru ya. Bergantung juga pasangan masing-masing.

Mungkin sebab itulah aku tak tahu atas dasar sambutan hari apa, suamiku yang tersayang tiba-tiba offer nak belikan aku phone baru. Hehehe. Bagai bulan jatuh ke riba, pelawaan tuan hamba patik terima, eceh. 

VIVO S1 Pro Best

Jadi kami pun memulakan pengembaraan ke kedai-kedai telefon sekitar Port Dickson untuk survey phone yang nak dibeli. Hajat hati nak beli Vivo S1 je, tapi husband cakap better ambil yang latest terus, Vivo S1 Pro. Mostly kedai tak sudi pun nak buka box tu bila kami nak pegang phone, kedekut betul. 

Akhirnya jumpa satu kedai yang bagi kami sentuh dan belek phone tu. Thank you PD Gadget , memang friendly staf situ dan banyak free gift menarik hati. Akhirnya selepas puas hati, husband aku pun setuju untuk beli terus dari kedai PD Gadget ni. Lokasinya depan pasaraya TF, berdekatan dengan kedai emas. Hehehe. Promote sikit. 

Antara freegift yang kami dapat dari kedai situ adalah :
  • Speaker Vivo
  • Pelekat Stand Phone
  • Monopod
  • USB Type C
  • Casing and Tempered Glass

Vivo S1 Pro ni hanya ada dua warna sahaja. Fancy Sky or Knight Black. And....of course lah warna pilihan aku adalah Fancy Sky, hehe. Walaupun aku ni nampak je kasar, jiwa unicorn okay. Ihiks. 


Ya Allah, cantiknya phone aku!!! Hehehe tak boleh henti menjerit kat sebelah husband masa balik tu, excited lah kan tetiba dapat phone baru bila kita tak expect apa-apa. Heee. Baru dapat phone ni, kenod imagine kalau dapat anak. eh tibe. 

Camera tu comel sangat tetiba kat centre macam tu. Aku ni memang suka phone yang lain dari yang lain. 4 ketul camera tu ada function yang berbeza tau. Yang main camera tu yang 48MP tu, bila zoom pun clear okeh, yang lain pula ada fungsi untuk wide-angle, macro dan bokeh. 

Contoh gambar guna wide-angle
Ini pula pakai fungsi bokeh



The S1 Pro main camera delivers 48MP super clarity, while a further three cameras cover wide-angle, macro and bokeh needs for almost every scene. Capture it all without any hassle.

Camera selfie pula 28MP. Hehehe. Dah lama aku tak selera nak selfie, entah kenapa bila pakai Vivo S1 Pro best pula selfie. 


Dengan harga yang ditawarkan, sangat berbaloi untuk beli tau. Sebab 8gb ram kot, memang laju! Perform baik kalau nak main game tu. Siap ada function khas untuk gamer which aku tak berminat nak explore sebab aku bukan gamers. Internal 128gb, boleh tambah external kalau rasa tak cukup. Fuh memang best! Sis bagi 5 bintang! 

Kalau nak tahu lebih lagi detail Vivo S1 Pro ni boleh tengok dan compare dengan phone korang di SINI

Kalau review ikhlas aku, memang aku puas hati lah dengan Vivo S1 Pro ni. Thank you sayang sebab hadiahkan untuk saya. 

"Abang hadiahkan phone ni, abang nak apa-apa ke?"
"Abang taknak hadiah apa-apa. Abg cuma nak sayang sampai bila-bila."

Omg ending cheesy untuk uols. Lariiiii, bye! Assalamualaikum!

Follow

Post a Comment

19 Comments

  1. Halah, halah halah~ sweetnya hawak.. serius lawa la gambar dia. ^^

    ReplyDelete
  2. Alalalala. Bersemut skrin phone. Syioknyaaa dpt handphone baruuu.. Akk g pd baru ni. Lupa btul ke mai. Kalo x, leh jmpeee

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Tumpang gembira. Aummm 😍

    ReplyDelete
  4. macam best je vivo ni, gambar pun nampak sharp dan cantik. internal storage pun besar.

    ReplyDelete
  5. halah..loh..loh..sweetnya deme 2 ni

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa hehe ada jugak survey kat kedai vivo haritu, memang cantik camera S1 pro ni

    ReplyDelete
  7. cantiknya warna dia memang tergoda habis. aritu tukar phone ingat nak ambil S1 tapi lari bajet pula terus ambil vivo v15, kamera dia pun cantik juga :) |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  8. cantik gambar2 yang diambil. skrng ni memang banyak fon yang ada feature camera yang bagus. senang nak bawa jalan.. bawak fon sudah =)

    ReplyDelete
  9. Wow, that's a lovely colour. Hahaha hati unicorn >.<
    I love the camera and Vivo antara phone yang mampu milik but have premium and high end features. Lucky you!

    ReplyDelete
  10. Alo alo bersemut pulak ayat last sekali tu hehehe. Anyway, happy anniversary Mai and husband.

    ReplyDelete
  11. Cambest jeee. Dah lah tengah survey hp baru ni. hehe

    ReplyDelete
  12. waa.. ada phone baru lah kak Mai.. Sy pun teringin nak beli baru tp x tau yg mana 1 hahaha.. Thanks for honest review..

    ReplyDelete
  13. Cantik dan unik kamera. Harap gembira.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Wrmbth Sis Noor Maizan.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  15. now aida guna vivo jugak.
    sgt suka vivo. sesuai dgn kehendak aida.
    yg ni pun = wow!!!

    ReplyDelete
  16. Cantiklah warna hp tu.. comel..

    ReplyDelete