Pasang Netflix Tanpa Smart TV Guna Mi TV Stick

Pasang Netflix Tanpa Smart TV Guna Mi TV Stick | PKP datang dan pergi, dan datang semula...Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, aku faham dan akur dengan usaha memerangi virus ni, so bermulalah episod bertapa di rumah bersama-sama kucingku.

Sebelum ni, pasang Astro kat rumah. Tapi, semua orang tahu, Astro dan siaran ulangan tak boleh dipisahkan. Dah la pasang movie lapuk, tak best, berulang-ulang sampai rasa nak muntah tengok. Sakit hati la pulak rasa, macam bayar sia-sia je.


Lepas tengok satu video dekat Tiktok kan, aku tertarik nak search lebih lanjut mengenai Mi TV Stick ni. 

Apa itu Mi TV Stick?


Actually Mi TV Stick ni sejenis android box la, yang paling simple sekali. Just plug and play je terus boleh connect internet kat TV tu. Apa-apa TV lama pun boleh tau, TV yang kotak gedabak tu pun boleh, aku ada nampak viral kat FB haritu.



Aku beli dari Shopee je, range harga lebih kurang RM130 macam tu je. Kalau beli masa sales lagi murah. Tapi adalah alkisahnya cabaran nak dapatkan seketul ni pun. Mula-mula parcel kitorang hilang kat JNT tau, lepas buat laporan kat Shopee, dapatlah refund untuk beli dari kedai lain pula. Alhamdulillah dipermudahkan.

Then bila dah sampai, terus je cucuk kat TV. Tak sabarrrr nyahhh. Haha. Tak susah pun nak set up dia, just connectkan dengan internet rumah, if you pakai Hotspot, connectlah dengan hotspot phone tu. Pastikan line laju la tau.

And taraaa, boleh terus tengok...Dalam tu dah siap-siap download Netflix, Prime Video and Youtube. So lepas dah subscribe Netflix (pastikan package yang boleh tengok kat TV), then boleh lah tengok je. Kalau nak subscribe Disney Hotstar boleh download je dari Google Playstore kat situ.

So far aku sangat berpuas hati dengan Mi TV Stick ni... Nak connect video Facebook atau Youtube yang kita tengah tonton kat phone pun boleh asalkan pakai sama coverage internet tu.

Jimat duit sebab jumpa mendalah ni, sikit lagi je nak terbeli smart TV sebab frust dengan Astro haritu, haha.

So...I recommend lah benda ni kalau korang pun geng tak ada smart tv macam den, hihi.

Tata!










Follow

Post a Comment

2 Comments

  1. Nnti dah ada rumah sendiri memang nak beli Mi stick ni! nak beli smart Tv mcm tak mampu lagi hihihi

    ReplyDelete
  2. perati je benda ni dari PKP 2.0 ritu.. dah beli TV. Modem LTE Wifi. Haaa pahni Stick ni dalam pemerhatian. Haha betapa boring PKP tu kan

    ReplyDelete