Diari TTC 1: Check Up Pertama



Aku pernah tertanya dulu, kenapa tiada ujian? Hubungan cinta kami nampak terlalu tenang. Kami tak pernah ada masalah, bergaduh, rajuk dan tangis. Tiada. Hubungan yang tenang, penuh kasih sayang dan cinta dua manusia yang saling menyokong satu sama lain.

Baru kini aku faham, ujian untuk kami yang Allah siapkan adalah untuk menanti zuriat. Tapi aku bersyukur dengan rezeki cinta suami yang tidak bersyarat untuk aku. Suami selalu pesan, ujian ini kerana Allah mahu dengar lagi rayuan kita. Tak lupa hadiah di sebalik ujian, masa bercinta berdua yang lebih lama, nikmat midnight dating dengan cinta yang halal dan unplanned trip bila-bila masa.

Genap tahun ini, tahun ke lima perkahwinan kami. Setelah berbincang, kami sepakat untuk lebih serius dalam usaha TTC ini. Setelah survey beberapa klinik terdekat, kami bersetuju untuk membuat pemeriksaan dan rawatan kesuburan ini di Klinik Dr. Ana, Seremban 2. 

Aku pun terus whatsapp klinik tersebut untuk membuat temujanji. 

Sumber : Izzat Syarin (Google Maps)


22/01/2023
Tuhan saja tahu berdebarnya hati untuk perjumpaan pertama ini. Sesampai kami di Klinik Dr.Ana Seremban ini, kami terus disambut mesra oleh staff klinik. Hilang sedikit debaran semasa mendaftar tu, hihi.

Klinik ni sangat selesa ye...Bersih, cantik...yang penting toilet dia la sangat selesa dan bersih memandangkan proses pemeriksaan TTC perlu scan TVS, jadi kenalah kosongkan pundi kencing dulu. Aku ni pula sangat penggeli dengan toilet awam, tapi di sini, feels like home gitcheww. 

Baiklah...Sebaik sahaja dipanggil masuk. Kami bersoal jawab sedikit bersama doktor. Doktor di situ sangatlah helpful, tak judgemental, dan soft spoken. Doktor keluarkan pamplete dan terangkanlah serba sedikit tentang perjalanan rawatan TTC ini. 

It's a really long journey. Journey yang memerlukan kita bersabar dan serahkan seluruh pengharapan kepada Allah kerana apa jua keputusannya bukanlah di tangan kita. 

Proses rawatan ini memerlukan kerjasama antara suami dan isteri. Aku bersyukur sangat suami tercinta sentiasa disisi sepanjang rawatan dan sangat memberi kerjasama untuk setiap saranan doktor. 

Scan TVS kali pertama ini menunjukkan keputusan yang tidak berapa baik di mana doktor telah mengenalpasti simptom PCOS kerana telur-telur di dalam rahimku bersaiz kecil dan tidak matang. Dr juga mengambil sampel darah untuk ujian hormon.

Suami pula diberi surat reference untuk menjalani semen analysis di Hospital KPJ Seremban. 

Oleh kerana haidku yang sering tidak tepat, doktor membekalkan pil perancang yang berfungsi untuk normalkan kitaran haid. Alhamdulillah, tubuhku sangat memberi kerjasama dengan ubatan yang dr bekalkan, haidku terus datang dengan normal pada bulan-bulan berikutnya.

Antara supplement yang doktor bekalkan adalah seperti magnesium dan folic acid yang aku perlu ambil secara konsisten. Supplement tu aku boleh teruskan dengan membeli sendiri di farmasi bila sudah habis. 



Kepada semua pembaca blogku, rawatan ini aku buat bersama suami tanpa pengetahuan sesiapapun, termasuk keluarga sendiri. Aku tidak suka dengan simpati manusia. Sering saja membuat aku rasa kekurangan walaupun aku selalu saja bersyukur.

Jadi cukuplah dengan doakan kami dari jauh. Semoga yang diuji dengan ujian sama, terus kuat dan jangan putus asa dengan berdoa. Sesungguhnya doa itu sangat kuat, ia boleh mengubah takdir kita.

Assalamualaikum.

Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Semoga dipermudahkan semuanya mai

    ReplyDelete
  2. Semoga semua urusan awak berdua suami isteri dipermudahkan.. Akak doakan perjalanan ini akan memberi kegembiraan untuk awak berdua.. keep fighting Mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, thank you Kak Shikin...Kita cuma berusaha, Allah jua yang menentukan...

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan perjalanan TTC 🤲

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan TTC kak Mai, yakin Allah melihat segala usaha kita, mendengar segala rintihan kita dan Allah beri tepat pada waktunya, YAKIN itu!!!

    Ya Allah tiupkanlah malaikat kecil kedalam rahim hawa yang sedang menanti zuriat pertamanya ini ya Rabb, sungguh perancanganMu lebh indah dari perangacangan diri sendiri, Amin....

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudahkan semuanyaa buat Mai... Sy juga dah 2 tahun menanti... dan masih menanti berita baik... semoga Allah kurniakan zuriat yg soleh dan solehah buat Mai dan suami... Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua. InsyaAllah si dia akan hadir bila tiba waktunya yang tepat.

    ReplyDelete