Makiato Strawberry Nougat Crisp yang Sedap dan Murah

Makiato Strawberry Nougat Crisp yang Sedap dan Murah 

Hello! Assalamualaikum. Haish bila kerap-kerap hujan sekarang ni rasa lapar je selalu kan. Korang pernah try nougat candy tak? Selalunya nougat candy ni manisan arab la, memang sedap, tapi...tahu-tahulah, harganya pun mahal kan. 


Tadaaa...aku baru jumpa nougat candy yang paling murah, tapi paling sedap sekali. Haha. Nougat berperisa strawberry jenama Makiato ni korang wajib try tau.

Sepaket ni harganya cuma RM5.00 je kat Mr.Dollar. Kalau kat Shopee pun ada tapi mahal sikit lah. Dalam tu ada lebih kurang 10 paket kecik. Best sebab dia pack satu-satu, boleh masuk handbag, poket, selit sana sini. Kekeke.


 
Yang aku jumpa ada dua perisa, strawberry dan juga chocolate. Sedap sangat buat alas perut breakfast pagi-pagi sebelum waktu rehat kan. Aku ni jenis wajib makan pagi, bangun-bangun tidur je lapar macam zombie, sebab tu sentiasa ada bekalan, biskut ke atau sekarang mestilah Makiato Strawberry Nougat Crisp ni. 


Tekstur dia lembut je. Macam mashmellow tapi tak ada lah lembik sangat. Atas tu ada taburan buah strawberry kering. Rasa manis (tak over manis pun, don't worry) campur dengan masam lite-lite je strawberry kering tu, fuhhhh memang buat ketagih. 

Tapi korang janganlah pi viralkan pulak makanan ni tau, kang habis kat Mr.Dollar, merana aku tak ada breakfast, haha. 

Oklah bye. 

Follow

Post a Comment

3 Comments

  1. Ya Allah macam sedap je ni. Haruskah aku ke Mr.Dollar jua?

    ReplyDelete
  2. Ala.. sini tak ada Mr. Dollar tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. kat Mr. Dollar ada ea.. tq sharing. boleh la pergi cari camni

    ReplyDelete