Tuesday, August 18, 2015

Cara belajar yang efektif untuk pelajar blur.

Assalamualaikum and hi...

Okayy setelah lebih 4tahun (since diploma) bereksperimen dengan cara belajar yang efektif untuk pelajar yang blur (me). Yeah, aku bukanlah jenis pelajar aktif dalam kelas. Memang aku duduk paling depan lagi, untuk amik berkat awal, tapi aku susah sangat nak fokus dalam kelas.

For the last semester, aku amik keputusan nak try method baru untuk belajar. Agak tough untuk orang yang sangat susah untuk bangun tidur awal pagi, because aku ni lebih letih lepas bangun tidur dari sebelum tidur. Tapi aku cuba untuk bereksperimen dengan diri sendiri. 

Lepas maghrib aku dah tidur terbongkang. Tak mandi. Sebab nak mandi bila bangun tidur nanti. Save baju ler woi duduk asrama,haha. So dalam pukul 2 pagi or lebih sikit aku bangun, mandi,solat isyak, kalau hari rajin buat la solat sunat, kalau korang rajin buat hari-hari, jangan macam aku , (T_T) , baca Al-Quran, pastu pegang pen dan buku, baca bismillah ok boleh study.

Al-Quran jangan lupa. Tu pesanan abah. Abah mmg pentingkan Al-Quran sebab itu kunci kekuatan akal fikiran manusia. Lagipun nak asah otak sikit, kasi warm up, kan baru bangun tidur kang terus buka buku Molecular Biology ke Genetic ke sentot otak terus otak ini.

Solat Dhuha penting. Itukan kunci murah rezeki. Result yang gempak kan rezeki. Haa orang pemalas macam aku, aku buat sekali je time study week dulu. Sebelum ni tak pernah buat langsung time study week. MasyaAllah kesannya, itu baru buat sekali tu. Lain kali takmo malas-malas.

Nota aku tak istiqamah mcm student lain. Kalau rajin aku buat mind map cantik siap kaler kaler tauu. Kalau malas aku buat atas kertas kajang lipat dua je. Kalau paling tak rajin aku conteng atas buku or atas sticker note pastu tampal kat buku. Aku kan blur. Aku tak mampu baca tanpa menconteng balik, nanti aku lupa. Fikiran aku ni kalau tak tambat elok elok sakgi dia melayang jauh. Sampai ke honeymoon kat Bora-Bora.EH.

Paling penting, try ajar orang. Dah nama pun pelajar blur. Dah blur, aku selalu buffering, cakap melayu pun lambat (Cara aku sembang mcm cara Nasir Bilal Khan,slow lambat dan stop stop), cakap Inggeris apatah lagi. Memang susah sbb aku takut kawan aku pun tak faham apa aku cakap, tapi aku try jugak. Jangan sesekali kedekut ilmu. Ilmu dan dari Allah, kongsilah. Kalau aku faham satu topik yang agak susah, terus aku jerit "HAA aku dah faham, kau nak aku terang tak?" , kalau kawan aku pun dah lama faham,alhamdulillah, kalau dia belum faham aku cuba fahamkan dia. Kalau tiba-tiba kami berdua pening balik, carilah top student. Hiuhiuhiu.

Kadang-kadang aku sedih bila dalam lab aku akan ketinggalan, aku kan blur. Itu tak dapek nak nolong lah. Lagipun aku bukan jenis dalam perhatian lecturer or kesayangan lecturer. Siapa sayang orang blur oi. Aku tak pandai bercakap. Aku tak pandai bersembang mahupun ambil hati lecturer. So jalan agak sukar bila lecturer tak kenal kita. Kalau boleh korang ramah tamah la dengan lecturer. Jangan jadi macam aku. Setiap hari aku doa, 

"semoga Allah lapangkan dadaku, permudahkan urusanku, dan lancarkan lisanku, supaya mereka faham perkataanku"

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
[25-28: طه]

O my Lord! expand me my breast; Ease my task for me; And remove the impediment from my speech, So they may understand what I say
[20:25-28]

Setakat ini tips dari seorang pelajar blur. Aku sekadar nak berkongsi perkara yang baik, maafkan kalau ada yang tak baik dari entry ini.

Nak aku belanja gambar terbaru tak? Aku memang suka payung gambar,so aku sudahi entry ini dengan muka aku yang comel. Byeee. Thanks yang baca sampai habis. Tinggalkan komen. TATA

Assalamualaikum,
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

8 comments:

  1. Olololo.....blr tak blur no 10 yang penting usaha dan tawakkal....dimana ada kemahuan di situ ada jalangg

    ReplyDelete
  2. Haha lupa plak nak letak pasal tawakal selepas berusaha. Setuju dengan akak (^_^)v.

    ReplyDelete
  3. Blur xblur...yg penting comel hahaha gud luck dear

    ReplyDelete
  4. sama lah dengan kak yoorin.. beria kadang tu dok depan..hahaha..tapi bukan fokus pun..kadang tu pen kat tangan bukan buat nota.. main bingo dengan kawan sebelah..xpon lukis gambar gajah ke siput ke..hahaha..xde kerja

    ReplyDelete
  5. Link exchange is nothing else except it is only placing the
    other person's webpage link on your page at proper
    place and other person will also do similar for you.

    My web page ... lasertest

    ReplyDelete
  6. nice tips :) sincere is important . study la bnyak mana pun, klau x ikhlas, melayang la pahala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi niat yang penting kan..

      Delete
  7. Now I am going away to do my breakfast, when having
    my breakfast coming yet again to read more news.

    ReplyDelete