Wednesday, September 28, 2016

Bihun Sup Paling Best kat Kulim - Sup Power

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Dah lama nak buat entry ni tapi setiap kali pergi makan kat restoran tu lupa nak ambil gambar pulak, maklumlah asyik fikir nak makan je. Hahaha. Jadi kali ni aku nak share pasal bihun sup paling best kat Kulim. Best dari segi apa? Bihun sup sedap, murah, dan banyak. So nak apa lagi? Untung selera (sedap), untung poket (murah), untung perut (banyak). 

Tak kiralah mee sup ke, koey tiaw sup ke, bihun sup ke, moi sup ke, sedap ke tak sedap bergantung kat kuah sup tu. Kan? Aku ni pulak cerewet sikit kalau pasal sup, kalau tak kena selera memang aku makan tak habislah nanti. Tapi Sup Power ni aku bagi rating 9/10 menepati citarasa tekak aku ni. Memang power. Kadang-kadang aku rasa macam addicted pula, hahaha. 

Sup ni juga makanan paling simple dan berguna tetambah waktu sakit dan poket kering. Walaupun demam pening kepala semua, siapa boleh tolak sup yang panas berasap lagi sedap kan. Sakit gigi ke baru pakai braces ke, pun cari sup. Siapa lagi cari sup? Students masa duit PT dah kering ler, apa lagi. Hahaha, masa ni barulah menghargai sup, makan bubur je. Eh aku lah tu,siapa lagi, hahaha. So apa lagi student Politeknik Kulim, Unikl, kolej jururawat, matriks kulim semua, jangan lupa masukkan dalam list restoran patut pergi hangpa semua naa. Hahah.


Alamak, banner kedai pula tak nampak jelas. Orang Kulim kalau tak pernah rasa lagi aku recommend sangat untuk pergi try. Lokasi Sup Power Kulim:

Berhampiran Balai Polis, Belakang Nasi Kandar Pelita, atau femes dengan nama nasik kandar KK, tepi sungai kecil dan juga hospital lama kulim. Kalau hangpa mai dari library atau Taman Kenari, restoran ni akan berada di sebelah kiri, kalau mai dari Pekan atau balai polis, restoran ni belah kanan. 
Faham dak? Hahaha, aku ni failed sikit kalau bab bagi direction. Tapi jaga GPS pandai la, gila tak pandai, nak survive hidup masa kat  KL and Selangor dulu kena terer GPS tau, eh melalut dah.

Murah ka? Murah sangat tau. Dulu aku pernah makan bihun sup kat lori masa kat Shah Alam, aku order daging and perut harga RM7.00. fuh berpeluh nak bayar (jimat bukan kedekut). So, bila aku pi Sup Power ni dengan adik aku first time haritu, adik aku order la bihun sup CAMPUR, CAMPUR aku ulang. Dalam tu siap ada daging, perut, dan paru. Berpeluh la aku tengok entah berapa ringgit la tu. Dah la kuantiti makanan tu sendiri banyak. Rupanyaaaa, murah betul, sesuai untuk students. Tak payah berlagak la nak makan kopitiam. cafe hipster  bagai tu wehhh. Hahaha.
  • Mee/koey tiaw/bihun Sup daging    -RM4.00
  • Mee/koey tiaw/bihun Sup campur  -RM4.50
  • Moi sup campur                                -RM4.00
  • Kalau sup ayam aku tak pasti sebab tak pernah order.
  • Makanan goreng-goreng pun ada
  • Nasi bujang pun,yeay.


Mangkuk oren tu bihun sup, dan yang putih tu moi sup aku. Bagi yang tak paham duk garuk kepala dari tadi tu, MOI SUP tu maksudnya bubur la. Hehehe.

Pendek kata, Sup Power ni memang terbaik la. So apa lagi orang Kulim, pi serbu lekaih. Tutup hari Sabtu naa. 

p/s: Ini review ikhlas.
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

  1. Trus rasa nak makan sup tgk quote di atas. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Best best.. Murah dan banyak..

    ReplyDelete