Cabaran 30 Hari Blogging | Vision Board


Alamak cabaran ni tersasar waktu lagi, hahaha. Anggap jelah aku post dihari yang betul okay. Bukan apa, selain sibuk, tajuk cabaran kali ni susah sangat. Cabaran #10 meminta aku untuk post mengenai vision board. First time aku dengar pasal vision board ni sebenarnya, lepas google barulah aku tahu, fungsi board biru kat depan meja belajar kolej UiTM tu rupanya. Aku tak pernah guna pun, hahahaha.

APA ITU VISION BOARD 
Vision board ini adalah satu papan yang kita boleh tampal segala perkara yang kita targetkan nak capai. Tak kiralah keratan akhbar, majalah, tulisan quotes menarik, gambar parents sebagai booster motivasi, atau apa sahajalah yang boleh menaikkan semangat kita dan mengingatkan kita pasal visi yang kita nak capai dalam hidup.

Kita boleh buat d.i.y je tau. Vision board diy ni boleh guna softboard, whiteboard, playwood, ataupun paling simple, murah dan sempoi, guna manila card je. Tampal didinding yang kita selalu nampak misalnya kat tepi atau hujung katil.

Lumrah lah manusia cepat lupa, so setiap kali nampak vision board ni, teringatlah balik tentang apa yang kita perlu lakukan untuk capai visi dan misi kita. Selain tu sifat manusia ni sukakan kecantikkan, so hiaslah vision board tu comel-comel supaya kita bersemangat nak tengok. Contohnya kalau tahu tulisan tu cakar ayam sampai diri sendiri tak boleh baca, type, print dan tampal.

Sumber : Azwans 
Idea Untuk Vision Board 

Vision board jenis ni perlu diupdate setiap minggu, ringkas tapi comel

Vision board untuk orang yang target nak turunkan berat badan, wow.

Vision board jenis himpunkan gambar macam ni aku rasa vision board untuk travel kot, hahaha, memandai je, tapi cutekan...
Selepas tulis entry ni aku rasa aku nak buat vision board jugalah. Adakah selepas baca entry ini korang pun rasa yang sama?
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Unni Anje
admin
11/12/2016 6:30 AM ×

alamak.. Unni pun da lupa la :(.. hahahaha..jauh lagi tersasar

Reply
avatar
Abam Kie
admin
11/12/2016 8:59 AM ×

selamat mengharungi cabaran ini!

Reply
avatar
Mila Ahmad
admin
11/14/2016 12:51 PM ×

vision board ni mcm visi dan misi kita la kot kan. impian ke wishlist ke dan seangkatan dengannya.

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon