Skincare Tak Berjaya Hilangkan Jerawat?

Kaitan Jerawat dan Punca
Hola,

Siapa pernah jumpa aku kat luar tahulah sebelum ni betapa dasyatnya jerawat kat muka aku. Aku rasa kategori orang geli jugalah sebab semua yang aku jumpa akan tegur jerawat dulu baru bertanya khabar aku. Makcik-makcik dihari raya pun tak tanya pasal jodoh sebab fokus utama dipagi raya adalah jerawat aku. Boleh bayang tak tahap stressnya aku masa tu?

Ada jerawat ni memang menyedihkan. Bukan nak salahkan takdir ke apa, kadang-kadang naik geram bila orang tuduh kita tak jaga kebersihan padahal orang berjerawat ni kalau nak tahu, dia jaga muka dia lebih extra care daripada orang yang flawless tau. Lagi menyedihkan bila orang kata nak muka bersih dia suruh kita amik wudhu', janganlah perli macam orang berjerawat ni tak sembahyang pula.

Masa muka aku dipenuhi jerawat dulu, keyakinan diri memang takat buku lali je. Semua gambar aku filter sampai kelabu sebab taknak bagi nampak jerawat. Orang yang tak pernah lalui masa macam ni memang tak akan tahu dan mereka taknak faham pun. Seronok agaknya menyindir orang yang selalu guna filter gambar. Kalau tak filter kena kutuk, kalau filter kena kutuk. Sebab itulah ada hikmahnya jauhkan diri daripada orang yang negatif, untuk menjaga hati kita juga. 

Dasyat filter gambarnya



Close up sikit 
Aku pernah juga terasa dengan orang yang bagitau terang-terang dia geli dengan jerawat tapi nak buat macam mana kalau hati tak sado lepastu makin stress makin bercambah pula jerawat aku ni.HAHAHA. So aku buat dono jelah, sambil tu aku try bermacam-macam skincare daripada beli di drugstore berjenama international hinggalah kepada skincare keluaran bumiputera kita, malah yang angkut dari Thailand pun aku cuba, tapi tak menjadi. 

Tawakal terakhir aku adalah berjumpa dengan doktor klinik sendiri... So inilah ubat yang aku dapat, doxycycline. Tolonglah jangan tanya harga sebab aku guna panel so free dan aku tak tahu harganya, aku cuba google tapi tak jumpa jawapan. Aku share kat sini mungkin korang boleh pergi cari sendiri okay. 


Hasilnya,,,


Muka aku tak adalah flawless, masih ada parut (boleh tutup dengan foundation) tapi jerawat nanah dan timbul-timbul (yang jenis foundation tak boleh tolong) semua dah hilang. Alhamdulillah. Aku doakan semua orang yang ada masalah macam aku pun akan sembuh nanti. InsyaAllah, yang penting kita usaha. Abaikan mulut-mulut negatif yang selalu menjatuhkan semangat kita tu, okay!
Previous
Next Post »

10 Comments

Click here for Comments
Beeha Azman
admin
11/17/2016 12:46 AM ×

dah berapa lama sis makan ubat ni?

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/17/2016 1:38 AM ×

Mai tak ingat la awak, maybe dalam 2 bulan mcm tu kot... lupa bila start. sbb tak sangka result dia okay.

Reply
avatar
11/17/2016 8:31 AM ×

Cik renex pun ade mase akan ade kuar jerawat besar2. Stress bila org tgur kan..

Reply
avatar
Unni Anje
admin
11/17/2016 8:51 AM ×

JAWAPAN TERBAIK TU MAI, JUMPA DOKTOR.. MAI PANEL TU BRPA MAI BAYAR SEBULAN?? HAHAHAHAHA

Reply
avatar
anzra rizal
admin
11/17/2016 12:53 PM ×

4 years ada masalah jerawat , memang stress dan sedih bila orang tegur pasal jerawat memang makan dalam lah orang kata..tapi now Alhamdullilah masalah tu dah tak ada cuma ada parut2 je..

Reply
avatar
11/17/2016 2:01 PM ×

Mulut manusia memang macam tu.. Kejam..
Bagus mai.. Usaha gi jumpa doktor..
Ada setengah manusia nie, tau mengeluh je tapi tak nak usaha..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/17/2016 2:43 PM ×

betul tu cik Renex, stress...dan sedih.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/17/2016 2:43 PM ×

Mai guna panel tempat kerja abah Unni, hahahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/17/2016 2:44 PM ×

Alhamdulillah sama la Anzra, takpa parut ni boleh cari ikhtiar lain,, kalau masih ada yg bernanah tu yg risau tu sbb cepat sgt merebak.

Reply
avatar
Farisha
admin
11/21/2016 11:58 AM ×

haaa bukan takat makan dalam bila orang kata macammacam , malu pun ada hm :'/ huhuhu T-T . jeles gila tengok kengkawan yang muka flawless . untungnya hm

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon