Idea Apa Nak Buat Masa First Date ?


idea first date

First date ni penting tau untuk tunjukkan impression yang baik, yang akan menentukan sama ada ini juga the last date ataupun masih ada peluang cerah kemudian hari. Selain tu dari first date jugalah peluang untuk kita kenal si dia secara peribadi. Tapi apa nak buat ek masa first date tu? Tak tahu nak pergi mana dan buat apa?

1. Makan!

crush makan

Siapa yang tak suka makan? Tak perlu restoran mahal pun untuk first date tu, cukuplah sekadar dapat makan di gerai tepi jalan sambil makan pecal lele ataupun restoran fast food. Waktu yang terluang di kedai makan tu nanti boleh kita ambil masa untuk observe kelakuan si dia, terlalu pemalu ke (contoh nak order pun malu), ataupun gelojoh ke (makan sampai tak pandang atas), tapi observe jelah, jangan judge lagi.

Ambillah kesempatan untuk ajak dia bersembang masa ni untuk sesi ice-breaking (kononnya) dan pecahkan rasa segan tu, berceritalah apa saja topik hobi ke, pets ke, family ke, atau impian, Topik tu pula kalau boleh janganlah berat (pointer exam, politik, lol) sangat. First date kot!

2. Bowling !


Bowling pun antara aktiviti best untuk first date, masa ni la nak tunjuk skill terpendam ni, Pandai tak pandai taram je, yang penting confident. Pastikan bawa stoking siap-siap dari rumah so jimat nanti tak payah beli stoking dah , hahaha. Eh ni tips first date ke tips berjimat ni? 2 in 1 lah.

Kenapa bowling best? Bowling dapat buat kita ketawa bersama sekaligu mencipta memori indah, cewah. Kalau masing-masing hebat bermain pun kita akan gelak happy, kalau berdua punya skill bermain pun kelaut, pun kita akan gelak. See, bonding dah tercipta dah, kat sini boleh lah tengok keserasian ada ke tidak. 

3. Pesta Makanan or Food Truck 


Amboi makanan lagi. Kenapa pesta makanan @ food truck pula? Sebab, kat sinilah kita boleh  lebih mengenali selera si dia. Mungkin selera kita sama, atau sorang memilih western dan sorang lagi pula lebih kepada selera Thai, tomyam dan sebagainya.

Tak salah pun kalau selera berbeza, kita boleh la rasa-rasa sikit makanan jenis lain kalau tak sama selera tu, eh! Hahaha. Perbezaan itulah yang kadang-kadang menjadi reason untuk kita menjadi lebih dekat.

4. Fun fair!


Macam-macam aktiviti menarik kat funfair ni yang boleh buat first date kita lebih menarik. Kalau nak jenis slow and sweet gitu, bolehlah naik ferris wheel and yang macam kuda pusing-pusing tu.

Tapi kalau dua-dua jenis yang adventure dan sempoi bolehlah try rumah hantu dan kereta gila pula. Fuh kita tengok siapa yang angkat bendera putih dulu, hahahaha.

5. Lakukan aktiviti berpeluh 


First date dengan aktiviti lasak, memang adventure tapi apa salahnya kan? Tak kisahlah berbasikal ataupun join aktiviti jungle trekking ke? Actually aku pun tak pernah so bolehlah masukkan dalam bucket list nanti, hahahaha.

Bukit Cerakah, Shah Alam ot Broga hills could be the perfect choice for this. Aku dah pernah pergi Bukit Cerakah tapi dengan kawan-kawanlah, memang best, pecah peluh, adventure, dan berbaloi! Selain tu, aktiviti kayak contohnya macam di Tasik Shah Alam (aku tak tahu tasik mana lagi ada aktiviti ni).

So inilah 5 aktiviti yang aku rasa best untuk first date, tapi date-date seterusnya pun okay je kalau nak buat. Penting sekali adalah jaga jarak anda selagi belum nikah okay! 

Post a Comment

14 Comments

  1. Menarik bab fun fair dgn aktiviti berpeluh tu. Kalau pergi hiking best jgk. Jgn lupa singgah blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, thanks singgah dan baca sini. Mai dh singgah balas dah :D

      Delete
  2. wahh.. tak ada pglman first date lagi mai..huhuhuhuhu..tp lima2 unni suka!! hahaha.. btw header bru lagi yer mai.. comel <3.. memang semua comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti ni boleh buat dengan kawan-kawan juga,hihihi. Yep Unni, asyik tak puas hati je dgn header sendiri, rasa tak profesional la, pelik la, childish la, adehh

      Delete
  3. Okay idea dah ada, ni nak date dengan siapa eh? Ahahah.

    ReplyDelete
  4. Akak lak gi tengok wayang masa first date.. Siap bawa kawan temankan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe amboi kuat ingatan kaksha, ingat lagi kenangan manis dulu,hihi

      Delete
  5. makan atau jogging lah best!. haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jogging nanti semputlah,stamina tak cukup, malu,hahahaha

      Delete
  6. normalnya makan la. tp tersilap mkn bnyk pulak mase date. hihi. sendawa kenyang pulak tu. tk snonoh ank dara --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha date ke dua dan seterusnya dh normal dh kentut dan sendawa, kehkehkeh.

      Delete