Belajar Buat Blog
Belajar buat blog
.
Sesiapa sahaja pun mampu untuk belajar buat blog, maklumlah blog tutorial bercambah disana sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, cewahhh. Tapi untuk belajar buat blog yang berjaya itu pula sangat memerlukan minat dan kesungguhan yang padu.
.
Ramai sebenarnya yang berhenti separuh jalan dalam dunia blogging ni kerana tidak dapat merasai keseronokan menulis blog, antara puncanya adalah kerana melakukan beberapa kesalahan standard blogger baru semasa awal-awal belajar membina blog
.
Jom kita kenalpasti beberapa kesalahan yang sering blogger baru buat semasa baru belajar buat blog. Ada antaranya yang aku sendiri pernah lakukan masa baru belajar buat blog dulu, biasalah noob, muahaha. Bila dah tahu tu pandai-pandailah elakkan diri ye, jangan cakap hakak tak payung... kekeke. 
.
Belajar Buat Blog
.
Menulis untuk bacaan sendiri sahaja
Bukanlah satu kesalahan untuk tulis pasal diri sendiri dan mengenai diri sendiri. Salahnya adalah apabila kita tak fikirkan dari pandangan pembaca, adalah mereka nak baca tulisan kita itu? Ya mereka akan baca walaupun itu adalah kisah pasal diri kita tetapi kita kongsikan juga pengalaman kita dan selitkan ilmu walaupun sedikit, memadailah untuk menjawab maklumat yang mereka cari. 
.
❌ Blogger Copypaste dari Blog Terkenal 
Pembaca tak mahu ye baca maklumat yang sama ada dari blog lain dan segala perkara yang bertebaran di laman sosial lain seperti facebook dan twitter sebijik-sebijik. Hello? Puaskah jadi blogger kalau sekadar tekan keyboard CTRL C + CTRL V je? Ok kalau nak ambil isu yang sama, belajarlah untuk kupas isu tersebut dengan cara dan pandangan sendiri, kenapa takut untuk jadi diri sendiri?
.
 Aku nak duit! Orang kata jadi blogger boleh buat duit sambil goyang kaki je.
Amboi amboi, itulah, orang suruh belajar buat blog tak mahu, duit mahu. Mana ada duit mudah awaknye ni pun. Blogger yang boleh buat duit melalui blognya itu mestilah blogger yang betul-betul kukuh, so orang pun tanpa segan silu dan risau sebab blogger itu ada identiti dan namanya sendiri. Faham? Ini blog pun huduh, belajar SEO pun taknak, komen blog orang pun pakai identiti anon, macam mana orang percaya untuk collaborate dengan kita? 
.
Menulis ikut sedap rasa, peduli apa haku SEO?
Menulis ikut sedap rasa ni adalah seperti menggunakan perkataan singkatan yang dalam post. Belajarlah untuk tulis sesuatu perkataan itu penuh barulah senang spider atau robot Google untuk detect keyword kita nak sampaikan dalam entry kita. Kalau tak suka duduk dalam page pertama Google Search tak perlulah susah-susah taip penuh dan belajar buat blog bagai ye, hewhewhew.
.
Ok dah publish, habis dah kerja. 
Hahaha, maksud aku lepas publish sesuatu entry tu, jangan ingat kerja dah settle. Ewah-ewah nak lepas tangan ye, babab kang! Lepas publish entry lah korang kena kerja keras untuk promotekan entry korang tu habis-habisan, barulah perfect. Macam mana nak promote? Yes baca sampai habis aku akan share semua ilmu yang aku tahu dalam bidang blogging ni. 
.
Baiklah sebenarnya kelima-lima kesalahan diatas mampu dimanipulasikan untuk kita membuat anjakan paradigma (cewah bahasa taknak kalah) dari blog yang suram dan gagal untuk belajar membuat blog yang berjaya. Jadi apakah perlu dibuat menjadi blog yang berjaya?
.
Belajar Buat Blog
.
Kenalpasti apa yang pembaca ingin tahu
Tiada salahnya kalau seseorang blogger itu mahu bercerita mengenai life journey yang dialami, terutamanya lifestyle blogger. Pada zaman semua dihujung jari ini, sebelum melalui sesuatu perkara, atau pergi ke sesuatu tempat baru, ramai yang lebih suka untuk research melalui Google. Jadi inilah peluang kita untuk memberi input dari segi pengalaman kita yang sudah melalui sesuatu perkara, atau pengalaman kita ke negeri/negara tersebut, dan selitkan sekali ilmu tips and tricks yang mungkin orang perlu tahu. 
.
Selain itu, kita boleh cerita pasal apa yang kita guna, apa yang kita beli. Ceritakan testimoni sebenar produk tersebut. Pro and cons, yang orang tak akan jumpa dalam testimoni berbayar. '
.
Pengalaman nyata kita adalah sesuatu yang memang pembaca ingin tahu.
.
Jangan copypaste penulisan dari copypaste inspirasi 
Apabila kita jumpa satu entry yang bagus dan kita suka, bukan bermakna kita boleh copy paste sesedap rasa untuk masuk ke blog kita. Perbuatan itu sangatlah menjengkelkan dan tidak berkat, seumpama kita mencuri hak dan idea orang lain.
.
Tetapi tidak salah untuk kita meniru inspirasi isu yang blogger itu utarakan. Ambil peluang untuk support kenyataan blogger tersebut dengan sudut pandangan dan buah fikiran kita sendiri, ataupun bangkang statement dia (opss berani ke?) dengan cara terpelajar dan hujah-hujah bernas.
.
Kadang-kala ada blogger yang akan utarakan persoalan pada penutup entry beliau, so ambil peluang ini untuk menjawab persoalan itu mengikut cara kita sendiri dalam entry. Senangkan?
.
Siapa kata tak boleh buat duit? Cuma janganlah tamak.
Memanglah boleh buat duit melalui blog, tapi janganlah baru nak mula berblog, belum ada nama lagi sibuk nak cari penaja sana sini. Mula-mula daftarlah nuffnang dan 8share ,itulah platform paling mudah sekali untuk buat duit melalui blog.
.
Bila kita dah stable sikit, boleh try apply adsense. Tapi itu pun mengambil masa diapprove tau. Don't give up.
.
Percayalah bila blog kita dah kukuh, insyaAllah akan ada ramai yang emel berpusu-pusu minta nak collaborate dengan blog kita. Janganlah lupa letak cara mudah hubungi kita dalam blog, at least letak contact form ataupun laman sosial yang kita ada. 
.
Menulislah sesedap rasa tetapi jaga KEYWORD penting untuk SEO
Sebaiknya masa nak draft entry tu sediakan keyword yang kita nak tekankan dalam entry kita. Pada perenggan pertama tulah seelokknya kita fokus keyword tersebut. Contohnya dalam entry ini KEYWORD adalah BELAJAR BUAT BLOG, jadi keyword ini diulang banyak kali, jangan spam pula nanti masuk sandbox baru tau. Huhuhu. 
.
Sandbox ni aku pernah terkena masa aku obses dengan keyword suatu contest haritu, so aku repeat berjuta kali, end up entry aku itu tak naik langsung kat Google Search sebab Google menganggap entry itu entry spam, Haa amek. Sedih tau sis masa tu. Punah impian.
.
Baiklah berbalik pada fokus SEO, cubalah letak ALT Text pada setiap gambar dalam entry, InsyaAllah itu juga banyak membantu dalam SEO blog kita. 
.
Langkah terakhir? Pastikan template kita mesra SEO dan responsive untuk mobile view. 
.
Promote blog kita~!
Kalau kita tak promote, siapa nak promote kan? Silalah promote sendiri ye, manfaatkan semua jenis media sosial kita, facebook, twitter, instagram, pinterest, bloglovin' dan sebagainya.
.
Bukan semua reades kita adalah blogger, jadi kalau readers kita tu tiba-tiba tersinggah dan tersuka blog kita, dia ada pilihan untuk like fanpages kita so dia boleh sentiasa up to date dengan perkembangan blog ini kan? Facebook adalah penyumbang kedua terbesar pageview blog selepas Google ye, jangan main-main.
.
Aku suka guna Bloglovin' sebab boleh auto repost entry terkini aku dekat facebook dan twitter, senang kerja tau uols. 
.
Google+ pun kita boleh auto publish entry terkini kita melalui setting blogger sendiri.
.
Pinterest pun boleh dijadikan salah satu tempat untuk kita promote blog kita, just PIN THIS POST, settle!
.
Jangan lepaskan peluang join group blogger kat facebook ataupun whatsapp/telegram, banyak ilmu boleh belajar tentang blog dari blogger-blogger yang berjaya. 
.
.
.
Special

Download E-book Belajar Buat Blog ini untuk pelbagai lagi tips berguna bermula dari cara untuk buat blog menggunakan blogspot, buat duit dengan blog, dan rahsia affiliate.
Menarik bukan? So jangan lepaskan peluang, klik banner dibawah untuk dapatkan E-Book Belajar Buat Blog by Muhamad Anuar Marsib
Jangan ragu-ragu, ilmu ni, jangan lepaskan peluang.
E-book Belajar Buat Blog
******
Entry ini dihasilkan untuk penyertaan Contest SEO : Belajar Buat Blog dari blogger Muhamad Anuar Marsib. 

Untuk Menyertai Contest ini sila klik banner dibawah sebelum 25 April 2017.
Contest SEO Belajar Buat Blog
  1. Calrase Patrick dapat bayaran RM30
  2. Nona Qiyah dapat bayaran RM30
  3. Noor Maizan dapat bayaran RM30
  4. Sayidah Napisah dapat bayaran RM30
  5. Mommy Fiqa dapat bayaran RM30
  6. Blogger Lelaki dapat bayaran RM30
  7. CikLa dapat bayaran RM30
  8. Diana Rashid dapat bayaran RM30
  9. Susah Senang Blogger dapat bayaran RM30
  10. At-Tarmizi dapat bayaran RM30
  11. MyIdeaKini dapat bayaran RM30
  12. AmirKhalis dapat bayaran RM30
  13. Saya Bukan Cikgu dapat bayaran RM30
  14. Messarah dapat bayaran RM30
  15. Jangan Bukak dapat bayaran RM30
  16. Fadzirazak dapat bayaran RM30
  17. Hero Borneo dapat bayaran RM30
  18. Nikk Hazami dapat bayaran RM30
  19. Misztrex dapat bayaran RM30
  20. Ummi Zarra dapat bayaran RM30
  21. Info Pelajar 2u
  22. Sabree Hussin
  23. Top Seo Friendly
  24. Ummi Seri
  25. Saidila
  26. Qiyasaad
  27. Kataubaid
  28. Belajar buat blog percuma 
  29. iuzira
  30. hiburan sabah
  31. heroborneo
  32. nasitambah
  33. aynorablogs
  34. ohtiptop
  35. jebengotai
  36. sensasi2020
  37.  sayaazieraa
  38. Jambubatublog
  39. Adibsite
  40. Sis Hawa
  41. Cik iLa
  42. AlongXP
  43. Elihjapahar
  44. jiesusanos.com
  45. sianangbumaya
  46. bagiblogger
  47. vitamin cerdik
  48.  Sudahkah anda berkongsi CARA BELAJAR BUAT BLOG anda? 

Follow