Assalamualaikum, 

Semalam Mai ada offer untuk tolong installkan responsive template untuk sesiapa yang tak berkesempatan untuk bertukar tapi teringin nak tukar [Baca Sini]. Mai boleh tukarkan sekadar simple-simple jelah sebab Mai pun tak kreatif, tapi jangan risau sebab Mai akan bagi coding blog asal tu balik supaya kalau tuan blog tu tak puas hati boleh tukar balik, hihi. Harapnya semua berpuas hatilah, hehehe.

Sesiapa yang nak tukar sendiri tapi pening-pening lalat, boleh usha tutorial full cara bertukar kepada responsive template yang mai dah share [ Baca Part 1 & Baca Part 2] . Good luck! Hihi. 

Baiklah jom kita tengok apa dah jadi dengan template blog Kak Reen a.k.a Cik Renex kita setelah bertukar! Cewahh macam power rangers pulak bertukarnya.


Sebelum Tukar 

Simple Template
Klik Untuk Tumbesaran
Selepas Tukar 

Responsive template
Klik Untuk Tumbesaran 

Boleh check rupa responsive template ni bila view dekat phone di Responsinator [Klik Sini]. Checklah template korang sekali kat situ, hihihi, pastikan readers kita selesa untuk view blog kita dimana-mana sahaja oteyyy. Tata.